BAB 4

1.1K 107 6
                                    


  Sedari tadi Syuhada masih leka memandang kad nama Aizat. Bukan dia tak nak telefon, tapi dia takut nak jumpa lelaki tu lagi. Boleh jadi kalau Syahadat akan terus percaya yang Aizat ni papanya dan melupakan arwah papanya yang sebenar. Dia tak nak perkara jadi sebegitu. Tapi andai dia tidak telefon, macam mana dia nak mandi? Sudahlah bagasi tu penuh baju lelaki dan barang keperluan lelaki. Dia yakin itu bagasi milik Aizat. Dia terimbau saat ada lelaki terlanggar Syahadat di KLIA. Boleh jadi waktu tersebut mereka tertukar bagasi.

  Aizat Uqaish bin Ahmad Zulkarnain
  COO of AR Holdings.
  011-2345678

  Syuhada hela nafas. Bukan calang-calang orang Aizat ni. Arkitek rupanya. COO pula tu. Syuhada gigit bibir bawah, tak pasti keputusan yang harus dibuat.

  Tapi memandangkan dia memerlukan baju untuk percutian tiga harinya ini, terpaksalah dia mendail nombor yang tertera. Telefon dilekapkan pada telinga. Dia menanti panggilan dijawab dengan penuh sabar. Perlahan-lahan, sambungan disambungkan.

  "Hello?"

  Syuhada gigit bibir bawah. Suara itu, sungguh buat dia lemah. Kenapa suaranya pun persis Farhan? Atau hanya dia yang berpendapat sebegitu dek rindu yang menggunung?

  "Hello? Who's there? If no one then, I should end this call I think." Syuhada tersentak. Serta merta jemari digenggam.

  "Farhan tunggu." gumamnya kecil namun bolehnya menyentakkan orang di sebelah sana.

  "Farhan? Oh, is it you, Syah's mom?"

  Dalam tak sedar, Syuhada mengangguk.

  "Hmm, I take that as yes. Saya rasa dah cukup jelas nama saya Aizat bukannya Farhan." Syuhada gamam. Kepalanya dijatuhkan. Dia mula meramas hujung bajunya. Dia hela nafas kecil. Kenapalah nama Farhan yang disebut?

  "Sorry."

  "Anything?" tanya Aizat di sebelah sana. Tak berminat dengan kata maaf Syuhada.

  "Urm.." Syuhada mati kata. Dia jadi tak fokus. Suara itu membuatkan dia mengimbau arwah suaminya.

  "Look Syah's mom. Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap atau saja nak buang masa saya, baik saya letak call ni."

  "Kejap Farhan!"

  "I told you right? Nama saya Aizat bukan Farhan. Perlu ke saya tunjuk IC saya dulu baru nak percaya?" Suara dia sana mula mengeras. Syuhada picit kepala. Sedarlah Syu, Farhan dah tak ada. Yang kau call tu nama dia Aizat.

  "Sorry. Urm, boleh kita jumpa?"

  "Wow. Sorry dan terus minta jumpa?"

  "Bukan maksud saya jumpa saja-saja. Bagasi kita tertukar. Awak tak cek ke bagasi awak?"

  "Bagasi? Kejap."

  Talian mula sepi. Syuhada berkira dalam hati. Cadangnya dia hanya mahu berguling dalam bilik sahaja hari ini tapi nampaknya terpaksa dia keluar juga.

  "Oh damn."

  Lamunan Syuhada mati.

  Seketika terdengar hela nafas dari hujung talian.

  "Saya tak perasan bagasi dah terukar. Fine, let's meet up."

  Talian mati. Syuhada tersentak. Skrin telefon ditenung. Syahadat yang menonton astro dipandang sekilas. Khusyuk bebenar.

  Ting!

  Telefon di tangan bergetar untuk dua saat. Dia kembali memandang telefon. Satu pesanan ringkas masuk melalui aplikasi Whatsapp.

  From: 0112345678
  If you want your luggage, come to my room. Bring Syah too or else we will ditangkap khalwat. I don't mind to marry this early :P

  Syuhada memincingkan mata. Apa ingat dia hamak sangat nak kahwin lain? Seketika dia putar biji mata. Satu lagi pesanan ringkas masuk.

  Syuhada pandang lama sebelum dia perasan sesuatu. Lelaki itu menginap di hotel yang sama. Cumanya kalau dibaca kad biliknya ini, bilik VIP.

  "Syah. Teman ibu keluar kejap."

  "Alah, Syah nak tengok Danny Phantom ni." Syah langsung tidak mengalihkan pandangan. Matanya tepat pada skrin tv.

  "Ibu nak jumpa papa. Nak ikut tak?"

  "Ha papa? Nak! Nak!" Segera Syahadat lompat di atas katil. Remote yang dipegang dia matikan kaca TV. Laju dia berdiri.

  "Jom ibu. Syah nak jumpa papa!" ujarnya riang. Wajah Syuhada mula keruh. Bagaimana dia ingin betulkan fakta yang Aizat bukan papanya yang sebenar? Anak ini, terlalu percaya yang Aizat adalah suaminya. Dia yakin, pasti sukar untuk dia jelaskan kepada Syahadat.

   KINI, mereka ada di depan satu bilik. Syuhada memandang sahaja nombor bilik tersebut. Tangannya mula beku. Hatinya berdebar.

  "Ni bilik papa ke?"

  Syuhada angguk kecil. Mata anak itu membulat. Laju dia ketuk pintu tersebut bertalu-talu yang menyentak lamunan Syuhada. Laju Syuhada tarik tangan Syahadat.

  "Syah, jaga adab. Tak elok ketuk macam tu."

  Ktak!

  "Papa!!"

  Syuhada gamam. Syahadat ni, memang semberono sahaja tindakannya. Sekelip mata dia sudah berada dalam pelukan Aizat.

  "Papa I miss you so much!" luahnya.

  "Papa miss you too. Jom masuk." ajak Aizat kembali berdiri setelah pelukan antara mereka terlerai.

  "Ibu jom masuk!"

  Pegangan Syuhada pada bagasi menjadi lebih kejap. Perlahan dia buka langkah. Aizat dan Syahadat sudah pun berlalu masuk membiarkan dia di muka pintu.

  Mata Syuhada tidak henti melilau bilik VIP ini. Tampak elegen walaupun sekadar hotel. Masuk sahaja, bukanlah bilik yang menempatkan katil, sebaliknya ruang tamu yang bersambung terus dengan ruang dapur. Bilik ini saling tak tumpah seperti apartment. Entah berapalah sewa bilik ni satu malam.

  Aizat dan Syahadat kelihatannya berada di sofa ruang tamu bergelak bersama. Syuhada terdetik, macam mana dua orang ni boleh bergelak tawa walaupun pertemuan mereka barulah tengah hari tadi?

  "M-Mana bagasi saya?" tanya Syuhada memandang Aizat. Lelaki itu berpaling seketika sebelum kembali fokus pada Syah.

  "Bilik."

  Syuhada melangkah ke satu-satunya bilik yang ada. Bilik ini besar, sebesar master room rumah teres. Dengan ada walk-in closet, memang bilik ini mewah. Bagasi yang terletak di laluan walk-in closet dicapai dan ditukar dengan bagasi yang dia bawa.

  "Saya nak bercakap sikit, boleh?"

  Syuhada menoleh ke punca suara. Aizat sudah berdiri dan disandarkan tubuh ke penghadang pintu. Tangannya bersilang.

  "Saya tak selesa dekat sini."

  "Kafe dekat lobi ada."

  Wanita itu mendiamkan diri. Sedikit sebanyak rasa penasaran tu wujud. Atas alasan apa lelaki itu mahu menemukan dia? Syuhada dengan Aizat tiada pertalian apa-apa. Nak kata kawan pun, tidak.

  "A little talk won't waste your time, I believe. Syah kata awak tak ada perancangan nak keluar malam ni."

  Syuhada lepaskan keluhan. Senang betul lelaki ni korek dari Syahadat.

  "Awak nak cakap tentang apa? Kita berdua tak saling mengenali. Saya ke sini untuk tukar bagasi. Itu sahaja. Mungkin lepas ni kita dah tak perlu nak berjumpa. Awak pergi dengan hal awak, saya dengan hal saya. Just be a strangers again."

  Syuhada tarik bagasi miliknya. Dia melintasi Aizat. Keluar dari bilik utama, suara Aizat bergema lagi.

  "Tentang Farhan."

  Serentak itu langkah Syuhada melekat ke lantai.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now