BAB 14

1.7K 145 16
                                    

Maaf lambat. Tak tahu hormon apa yang suruh baca balik buku Dedicated To Husband and seriously saya rindu Farhan T-T

----------

PEJAM celik pejam celik, Syuhada tak sangka kini dia dah berada satu kereta dengan Aizat menuju ke kampung Aizat di utara. Perlis.

  Syahadat di belakang teruja melihat pemandangan sepanjang mereka menjelajah. Terasa seperti masih dalam tempoh bercuti walaupun sebenarnya mereka pergi hari ini dan balik esok. Dia kesian lihat Aizat terpaksa memandu untuk 6 ke 7 jam hari ini dan juga esok tetapi kata lelaki itu tidak kisah. Jadi dia malas hendak berkelahi.

  Semalam Syuhada ada ketemu Amri dan menceritakan lelaki di sebelahnya kini mengajak dia untuk pulang ke kampung halaman dan berkenalan dengan ibunya. Amri juga tidak ketinggalan terkejut. Bila lelaki itu tanya atas alasan apa ke sana, Syuhada sendiri tiada jawapan. Dia pun tidak pasti. Tetapi pada saat ini, dia percayakan Aizat. Dia yakin lelaki ini tidak akan buat perkara tidak elok ke atas dirinya dan juga Syahadat.

  Dalam tempoh perjalanan mereka banyak kali juga mereka singgah di RnR. Sebaik Aizat parkir kereta, Syahadat orang pertama yang akan turun untuk buang air. Aizat yang melihat turut melajukan langkah mengikut langkah Syahadat. Anak itu sudah besar, sudah pandai malu jadi agak segan kalau Syuhada masih bawa dia ke tandas wanita.

  Sementara menunggu mereka, Syuhada akan melihat makanan yang ada di RnR. Anaknya itu mudah saja lapar. Ditambah dengan jalan agak sesak pada hujung minggu ini, terpaksalah dia beli bekalan di dalam kereta. Takut juga mereka terperangkap. Tetapi tadi Syuhada sudah cek aplikasi Waze, bila tiba di negeri Perak, jalan raya tidak sesak. Agak lengang. Dapatlah mereka tiba ke kampung Aizat dengan pantas.

  "Jom gerak." Tegur Aizat selepas Syuhada membuat bayaran. Syuhada mengangguk. Syahadat mencapai bekalan yang dibeli ibunya. Masa itu juga dia intai melihat apa yang dibeli ibunya. Bersinar matanya melihat minuman kegemarannya, Milo kotak.

  "Saya ada belikan awak teh tarik." Satu bungkus teh tarik diikat tepi disua kepada Aizat. Dia sendiri tidak tahu apa lelaki ini minum, jadi dia beli saja apa yang terlintas. Dan air teh tersebut pun dia beli kerana itu adalah minuman kegemaran Farhan. Dulu kalau Farhan terpaksa tidur lewat, dia akan minta Syuhada buatkan teh tarik untuk dia. Dia tidak pasti sama ada Aizat akan minum ataupun tidak. Kalau tak minum tidak mengapa, dia minum.

  "Thanks. My favourite!"

   Langkah Syuhada mati. Belakang tubuh Aizat dipandang lemah. Dia pejam mata untuk hapuskan semua bayangannya. Aizat bukan Farhan. Bukan sama sekali. Mungkin kebetulan saja minuman kegemaran mereka.

  "Awak okey ke Syuhada? Kenapa berhenti?" Tanya Aizat sambil kakinya kembali melangkah ke arah Syuhada. Dia laju sangat sampai tak perasan Syuhada berhenti di belakang.

  "Tak. Tak. Saya sihat." Syuhada hanya ukir senyuman kecil, tidak mahu teruna itu bersusah hati.

  "Jomlah gerak. Lama-lama nanti lambat pula sampai."

  Syuhada mengangguk. Pelipis diurut perlahan. Kenapa susah sangat untuk dia buang perspektif dirinya tentang Aizat? Aizat adalah Aizat. Farhan ialah Farhan. Aizat dan Farhan sama sekali tidak sama.

 .

.
 
  "IBU! Tengok ada motor besar! Lajunya!" Ujar Syahadat teruja dengan konvoi superbike di atas jalan raya. Syuhada tersenyum di hadapan.

  Syahadat memang tak ubah seperti Farhan. Farhan juga minat motor besar ni. Masih ada lagi superbike Farhan di rumah. Dia rasa sayang kalau dijual. Lebih baik dia beri Syah pakai bila dah besar. Tak adalah membazir sangat.

  "Papa pun ada juga dekat rumah. Nanti balik KL papa bawa Syah jalan-jalan naik motor besar nak?" Pelawa Aizat sebaik melihat wajah Syahadat yang melopong dengan kelajuan motor besar itu.

  "Boleh ke?" Matanya tampak bersinar.

  "Mestilah boleh. Dah lama juga papa tak naik tu. Nanti kita naik sama-sama ya?"

  Syahadat laju mengangguk. Tak sabar dia nak merasai sendiri kelajuan motor tersebut.

  "Awak memang minat superbike ke Aizat?" Tanya Syuhada. Dia pun tak tahu lelaki itu ada motor berkuasa tinggi. Dia tak pernah nampak lelaki tu bawa.

  "Minat sangat. Gigih saya buat OT hari-hari nak beli satu. Syarikat arwah ayah saya tak besar mana. Jadi saya terpaksa kerja lebih masa baru boleh beli motor tu. Kalau tak, berangan jelah lebih." Jelas Aizat lebar. Syuhada terangguk mendengar.

.

.

   AIZAT tarik handbrake sebaik dia sudah pun tiba di kampung halamannya. Senyumannya melebar dapat menikmati udara Perlis. Bukan senang dia nak ke sini. Makan masa lama. Kalau terdesak untuk pulang pun, dia akan naik flight. Lebih mudah.

  Aizat pandang penumpangnya. Dua beranak itu lena. Serta-merta senyumannya lebar. Sama gaya kedua-duanya tidur. Dua-dua sama polos wajah sewaktu tidur.

  "Syuhada bangun. Kita dah sampai." Kejutnya. Syahadat di belakang ditepuk sedikit. Tangan Syuhada naik mengusap matanya. Wajahnya berkerut. Satu rumah kayu di hadapan dipandang penuh tanda tanya. Dia kembali mencari memori sebelum dia tidur. Kemudian dia tersedar. Dia dah tiba di rumah Aizat. Wajahnya diraup.

  Aizat mendukung Syahadat yang masih tidak mahu bangun. Anak kecil ini penat berlama di dalam kereta. Syuhada mengambil begnya bersama Syahadat di but belakang dan digalas ke bahu.

  Aizat mendahului langkah mereka.

  "Assalamualaikum mak. Orang balik ni." Laung Aizat perlahan dari bawah rumah. Sebenarnya dia ada je kunci pendua tetapi takut pula maknya tak perasan dia pulang.

  "Waalaikumussalam. Ohh Aizat. Naiklah." Puan Halimah membuka pintu seluas mungkin untuk anak terunanya masuk. Segera Aizat masuk ke bilik adiknya, Izzati dan diletakkan Syahadat berhati-hati. Ditepuk tepi punggung Syah beberapa ketika sebelum keluar.

  "Ada apa kamu datang ni? Siapa perempuan kamu bawa tu?" Tanya Puan Halimah sekembalinya Aizat ke ruang hadapan. Dia kekok melihat Syuhada sopan menyalami dia. Tak pernah lagi dia jumpa manusia yang berbudi dengannya. Selalu dia hanya mendengar cemuhan orang kampung saja.

  "Syuhada mak. Bakal menantu mak." Aizat senyum. Dia tak sabar nak lihat reaksi maknya. Beria syurganya mahukan menantu. Kurang dua minggu dia sudah jumpa. Aizat yakin Syuhada sesuai dan serasi untuk berkongsi hidup dengannya.

  "Apa?!"

  Mati senyuman Aizat. Dia terkejut. Dia mahukan reaksi maknya, tetapi orang lain yang memberi reaksi. Aizat memandang Syuhada. Gadis itu sudah pucat mukanya.

  Aizat mengerutkan dahi. Kenapa gadis itu pula yang terkejut?

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now