BAB 36

1.1K 65 13
                                    

“CIKGU...” Langkah Amri kaku bilamana keluar dari perut kereta. Wajah sebam Syuhada dipandang lama. Melihat diri Syuhada yang sedikit tidak terurus, dia jadi penasaran. Tudung wanita itu juga sudah senget. Malah, di celah bibir gadis itu meniti darah merah. Mata sebam menghiasi wajah bekas gurunya.
Dia kaku.

Syuhada kesa air mata yang tidak terhenti. Dia tahu lelaki itu tertanya-tanya. Lepas menelefon Amri, dia terus bergerak ke hujung simpang. Tak mahu Aizat perasan kehadiran Amri. Pasti berlaku perang besar kalau dua lelaki itu bertembung.

“Cikgu okey ke ni?” tanya dia, prihatin.

“Tolong bawa saya pergi sekolah rendah, Amri. Saya nak ambil Syah.” Syuhada terus berlalu ke pintu belakang. Hendak duduk sebelah pemandu? Memang dia takkan buat sedemikian.

Amri terkedu seketika. Melihat betapa dinginnya bekas balu Farhan, dia yakin ada yang tak kena. Dia berlalu masuk ke kereta miliknya. Sebaik memakan tali pinggang keledar, matanya tertancap pada wajah Syuhada di balik cermin pandang belakang.

Amri jadi gamam.

“Cikgu...” panggilnya.

“Jalan ajelah, Amri. Saya nak pergi ambil Syah.”

“Bibir cikgu, ada darah.” Dia menegur.

Segera Syuhada lalukan jari telunjuk pada bibir dan melihat warna merah yang mencemari jemarinya. Beberapa kali dia mengesat darah yang ada dengan hujung jari. Dia mengeluh seketika.

“Awak jalan dulu, Amri. Saya perlukan Syah.”

Amri akur. Dia mula menukar gear dan menurunkan handbrake. Kereta mula bergerak.

.

.

USAI sampai ke perkarangan sekolah rendah, pantas Syuhada melepaskan tali pinggan keledar yang dipakai. Melihat kereta Aizat yang tersidai di hadapan sekolah, dadanya sesak. Mengingati ugutan Aizat sebentar tadi, jiwanya kacau. Tak dapat dia bayangkan hidup tanpa permatanya.

Dia... Sudah lambat.

“Sabar cikgu!” Tanpa menghiraukan panggilan Amri, Syuhada terus melangkah masuk. Berlari-lari anak dia masuk mencari susuk Aizat. Air mata terus mengalir tanpa dipinta. Terlihat susuk yang menghampiri dia untuk ke pagar sekolah, Syuhada segera menerpa ke arah mereka.

Lengan Syahadat cuba disambar namun Aizat lebih cekap. Tubuh kecil itu dikendongnya. Mereka berbalas pandangan.

Syuhada dengan pandangan simpati.

Aizat dengan pandangan membunuh.

“Abang, tolonglah... Bagi Syah pada Syu...” Dia sudah tidak kisah. Kalau Aizat suruh dia melutut, dia akan buat. Dia sanggup buat apa saja demi Syahadat. Itu permata yang Farhan tinggalkan. Dia mahu jaga sampai akhir hayatnya. Mahu lihat anak itu membesar depan matanya sendiri.

“Aku dah cakap, aku takkan izinkan tangan kau hinggap pada anak aku!”

“Itu anak Syu, abang! Bukan anak abang!” Syuhada melawan. Dadanya berombak melihat Aizat enggan mengalah. Kenyataannya, Aizat hanya bapa tiri. Syuhada lebih berhak ke atas Syahadat. Kenapa susah sangat lelaki ini hendak faham?

“Kau tu bagi pengaruh buruk pada Syah. Aku takkan biarkan perangai anak aku sama macam kaulah!”

Hati Syuhada dirobek. Tapi buat masa sekarang, persetankan semua itu. Dia hanya mahu Syahadat! Itu saja! Titik!

“Abang tolonglah...” Suara Syuhada seakan tak terkeluar. Bertambah pedih hatinya rasa melihat Aizat enggan membiarkan Syahadat berpaling melihat ke arahnya.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now