BAB 8

1.8K 163 10
                                    

  maaf lambat..

----

"Syah, ibu pergi tandas kejap eh." Pamit Syuhada memandangkan Syahadat seperti tidak mahu berenggang dengan Aizat. Aizat ni pun satu, masih tak serik. Sejak kejadian hari tu, masih lagi nak dekati Syahadat.

  "Okey." Ujarnya ringkas tanpa langsung memandang ibunya. Dia fokus disuap oleh Aizat. Syuhada berdengus perlahan melihat anaknya tidak langsung menghantar pemergiannya.

  Laju Syuhada angkat kaki dari meja bulat itu. Alah, bukan betul pun niatnya ingin ke tandas. Dia nak cari seseorang. Seseorang yang boleh bantu dia. Dan orang itu ada di sini.

  "Amri." Mata Syuhada seperti bercahaya terlihat orang yang dicari kini. Amri yang baru nak melangkah masuk ke dalam rumah terhenti. Terus dia berpaling.

  "Eh cikgu. Ada apa ni cari saya?" tanya dia.

  "Awak sini kejap." Syahadat dan Aizat dikerli seketika. Tangan laju menyuruh Amri menghampiri.

  "Ada apa cikgu? Macam ada masalah je." Nak tak nak Amri mendekati.

  "Awak nampak tak lelaki yang tengah layan Syah tu?"

  Jari menunding ke arah Syahadat dan Aizat.

  "Tak kenal kenapa cikgu?"

  "Cuba awak pergi dekat dia. Tegur ke apa. Tengok muka dengan suara dia. Saya yakin awak akan terkejut."

  "Apa pula ni cikgu? Saya tak kenal dia pun." Amri garu kepala. Tiba-tiba pula disuruh menegur. Pula tu orang yang tak kenal. Memang dah sah-sahlah dia tak mahu.

  "Awak tolonglah saya Amri. Kalau awak tak tolong nanti saya gila."

  "Eh apa pula cikgu cakap gila. Siapa dia cikgu?" Amri pandang wajah cikgunya.

  "Nama dia Aizat. Tapi saya percaya awak akan terkejut bila pandang dia sebab muka dia macam Farhan!"

  Jelas Syuhada bersungguh. Dia cuma harapkan Amri kerana dia tak tahu siapa yang boleh dia percaya. Tetapi kalau kata Amri juga tidak mempercayainya, dia rasa dia perlu jumpa doktor.

  Muka Amri memucat. Lelaki yang sedang menyuap Syah dipandang sekali lagi. Liur ditelan.

.

.

 

  "SYAH makan dengan siapa tu?" Tegur Amri setelah dirinya puas dipujuk oleh Syuhada. Dia pula yang jadi serba salah, jadi terpaksalah dia turutkan jua.

  "Uncle Am! Syah tengah makan dengan papa." Amri mengalihkan wajah memandang Aizat yang digelar papa oleh Syahadat.

  "Assalamualaikum bro. Aizat Uqaish." Aizat hulur tangan untuk bersalam.

Amri kaku. Wajah Aizat diteliti. Matanya berkelip sesaat memastikan dia tak salah tengok.

  "Uncle! Papa nak salam tu."

  "Ah ye ye. Waalaikumussalam. Amri Maulana. Aku nak cakap sikit dengan kau boleh?"

Kali ini Aizat yang kaku. Baru saja berkenalan, sudah ajak berbual?

  "O-key." Jawabnya teragak. Sudu yang digunakan untuk menyuap Syah diletak ke pinggan.

  "Syah pergi makan dekat Tasha dengan Marsha kejap boleh?" Pinta Amri, merujuk kepada kembar anak Bella dan Afiq.

  "Alah nak makan dengan papa." Rajuk dia. Tengah dia sedap-sedap makan, ada pula yang nak menganggu dia. Terus rasa tak sedap buah yang dia ambil.

  "Syah pergilah kejap. Nanti dah habis, Syah datanglah sini balik." Pujuk Aizat pula.

  "Yelah. Sibuk je uncle." Syahadat tarik muka. Pinggan polisterin yang mengisi makanannya yang tak habis turut dibawa pergi. Meja yang diduduki Tasha dan Marsha dihampiri. Wajah masih mencuka.

  Amri menggeleng kepala. Apa kes anak Farhan ni? Dah macam perempuan merajuk.

  "Kenapa kau nak jumpa aku? Aku kenal kau ke?" Tanya Aizat, tidak mahu melengahkan masa.

  "Aku pun tak kenal kau. Aku cuma nak tunjuk kau sesuatu." Amri terus mengeluarkan telefonnya dari poket baju melayunya. Klik sana, klik sini. Terpampang wajah sahabat berlima. Wajah Farhan dizoom. Skrin telefon dipaling kepada Aizat.

  "Muka kau. Sama macam arwah kawan aku."

  Aizat lihat wajah yang ditunjukkan Amri. Seketika dia pula yang terdiam. Tak dapat dia nafikan. Wajah di dalam gambar itu sama seperti mukanya. Wajah Amri kembali dipandang.

  "Pelanduk dua serupa kot."

  "Takkan sampai suara kau dengan dia pun sama?" Tanya Amri lagi. Aizat terkebil. Sama? Padanlah Syuhada lemah kalau dia ada dekat dengannya atau bersama Syahadat.

  "Aku nak tanya kau ni." Wajah serius.

  "Kau.. Farhan ke?"

  Amri tahu tu soalan bodoh. Tapi manalah tahu kalau betul depan mata dia Farhan, sahabatnya. Kalau betul, dia juga yang untung.

  "Hish kau mengarut apa ni?" Pantas Aizat menggelengkan kepala. Dia ketawa kekok, cuba menghilangkan rasa janggal. Pelik dia dengar soalan Amri. Tak logik.

  "I know it's kinda weird tapi mana tahu kalau kau lupa ingatan ke?" Tanya Amri masih berharap.

  "Bro I think this is enough. Mak aku besarkan aku dari kecik and now kau nak kata aku Farhan korang yang dah lupa ingatan? Nonsense!"

  Amri diam sesaat. Memang dia tak berharap pun sebenarnya, dia mencuba nasib. Manalah tahu kalau memang betul Aizat ni Farhan ke apa? Tetapi macam tak logik sungguh. Sedangkan dulu ketika arwah meninggal, dia juga yang mandikan. Dia yang imamkan. Dia yang tanam arwah. Amri geleng kecil. Dia sendiri pun dah terikut desakan Cikgu Syuhada. Kalau tak disuruh, memang taklah dia nak tanya. Tak pasal-pasal kena cemuh.

  "Kejap. Kau tanya aku ni sebab Syuhada ke?" Aizat kembali memandang Amri. Seingat dia, Syuhada orang pertama yang mengatakan wajahnya iras Farhan. Dan Amri orang kedua. Jadinya, mereka berdua ada connectionlah.

  "Kau kenal?"

  "Dah kalau anak dia pun aku suap." Terangnya ringkas.

  "Tapi aku musykil. Macam mana Syah boleh panggil kau papa? Kau kata kau bukan Farhan?" Perangkap Amri.

  "Memanglah. Aku kesian budak tu. Beria cakap aku ni papa dia. Lagipun, dia hanya kanak-kanak yang sedang membesar." Aizat jujur.

  Amri bungkam. Susah juga masalah ni eh? Satu lagi persoalan yang bermain di fikirannya kini adalah Zack jemput Aizat ni ke?

Terus matanya memandang pengantin di depan pentas. Nantilah dia tanya. Orang tengah bahagia.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now