BAB 49

1.2K 75 10
                                    

MEMORI

KELU lidah Hadid melihat lembaga yang berdiri di belakang ayahnya. Takut-takut anak mata hendak merenung si ayah.

"Kau takut, Hadid?"

Geleng. Tak berani nak mengaku.

"Ini saka keluarga kita, Hadid. Bila aku mati, dia akan ikut kau. Bila kau mati, dia akan ikut anak kau dan begitulah kehidupannya." Terang Zulkarnain. Anak kecilnya yang berumur 8 tahun itu dipandang. Jelas tubuh Hadid menggigil.

"Kau dah hafal apa yang aku ajar minggu lepas?" Soal Zulkarnain. Dia tarik satu mangkuk lalu ditempatkan di hadapan anaknya.

Hadid teguk liur. Matilah dia. Dia tak hafal mahupun faham apa yang diajar Zulkarnain. Bila ditanya pada ustaz di sekolah, ustaz marah-marah dia kata itu syirik Allah tak suka. Hadid keliru.

"Aku nak tengok kau buat."

Geleng.

Semerta, saka di belakang Zulkarnain menyalak meransang bulu roma Hadid tegak berdiri. Gementar semakin menebal.

"Kau jangan nak mengelak, Hadid. Kau pewaris seterusnya! Kau kena faham betul-betul dan belajar! Semua ni akan beri manfaat pada kau, faham?!" Meja di hadapan dihentak kuat.

"Ta... Tapi... All... Allah... Tak... Su... Ka..."

"Siapa Allah? Kau pernah nampak dia? Pernah? Takkan? Kau percaya benda yang kau tak nampak? Kau nampak saka aku? Kenapa kau boleh takut dengan dia kalau kau kata Allah tu tak suka? Bukan ke kita kena takut pada Tuhan? Maksudnya, Tuhan kau tu dekat belakang aku ni!" Kepala Hadid ditunjal-tunjal sehingga anak kecil itu mula teresak.

Hadid nak lari balik rumah tapi dia tidak tahu dia di mana. Satu rumah usang di tengah-tengah hutan.

Hadid mula rindukan Halimah. Dia nak Halimah. Dia lagi suka mengaji dan solat yang diajar Halimah. Bukan persis ayahnya. Memaksa dia belajar sihir. Belajar cara-cara nak bomoh orang dan mudah-mudah jadikan orang sekeliling mangsa.

Bahkan, orang mula pandang keji pada dia. Satu kampung tahu bapanya ini bomoh. Guna ilmu hitam. Allah laknat.

Hadid takut. Dia tak punya keberanian nak lari. Tiap kali dia lari, saka belakang ayahnya akan menerpa ke arahnya hingga dia jadi tak bermaya.

"Sekarang kau buat!" Paksa Zulkarnain.

"Tak tahu... Hadid tak tahu..."

"Dasar anak tak guna! Sial ajelah kau lahir kalau kau tak boleh jadi pewaris!" Terus dilayangkan tamparan. Nafsu amarah jadi memuncak melihat wajah lencun itu. Pukul sikit dah nangis. Senang aje.

"Kau pilih sekarang ni, kau nak buat ke atau kau nak aku seksa kau?"

Menggigl seluruh tubuh Hadid. Dua-dua pilihan Zulkarnain dia tak mahu. Dua-dua mengerikan. Menyakitkan.

"Ayah... Hadid tak nak... Hadid nak balik..." Rayu Hadid. Tubuh mengesot ke belakang saat melihat Zulkarnain mula mencapai tali cemeti yang berikat. Dilibas-libas menghasilkan bunyi yang mengerunkan.

Zap! Zap!

"AYAH! SAKIT! SAKIT!"

.

.

"MAMPUS pun kau!" Puas hati Hadid mendengar berita Ahmad Zulkarnain mati digilis. Memang dah lama dia nantikan waktu si keparat itu dicabut nyawa.

"Kau apahal?" Soal Muaz melihat kawannya seorang ini bagaikan menang loteri. Tersengih memanjang biarpun mereka baru diberi tugasan akhir tahun yang membebankan.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now