BAB 39

916 78 14
                                    

Harini saya macam baik sikitlah sebab update petang. Tanda saya dah habis exam muehehe. Enjoy walaupun bab ni tidaklah happy mana.

.

.

.

SUARA jeritan dari bilik menyentak ibu Sumayyah dan abi Sulaiman yang sedang berbual di dapur sambil menikmati teh panas. Sudah menjadi kebiasan ibu Sumayyah untuk menyediakan teh panas untuk suaminya sebelum mengulit mimpi.

“Macam suara Syuhada tu.”

“Cepat pergi tengok dia.” Kedua-dua mereka bangkit dan berlalu ke bilik Syuhada. Pintu dibuka luas dan lampu dipasang.

“Ya Allah...” Ibu Sumayyah mengucap melihat keadaan Syuhada. Mengeletar hebat tubuh itu. Selimut sudah hilang ke mana. Anak tudung yang dipakai juga sudah bersepah pergi. Tangan mengapai angin di angkasa, menolak sesuatu yang tidak pasti.

“Syuhada, bangun. Syuhada.” Tangan Syuhada dicapai dari memukul tubuhnya. Ibu Sumayyah membisikkan ayat-ayat suci, menghalau kaum yang menganggu Syuhada. Jeritan dari bibir Syuhada makin menjadi-jadi. Wajah berpeluh.

“Abang, cepatlah.”

“Sekejap.” Abi Sulaiman muncul pada muka pintu bersama mangkuk air.  Surah tiga Qul dibisikkan sementara jarinya direndam dalam air. Selesai sahaja, Abi Sulaiman merenjis air tersebut ke muka Syuhada.

“Arghh!” Tubuh Syuhada bangkit. Matanya terbeliak.

“Ya Allah, Syu...” Ibu Sumayyah langsung memeluk tubuh Syuhada. Kedengaran tangisan Syuhada pecah. Pelukan kian dieratkan.

Abi mencapai helaian tudung dari belakang pintu yang digantung langsung diberi kepada isterinya. Ibu Sumayyah tanpa berlengah menutup helaian rambut Syuhada yang terdedah.

“Abi...”

“Jangan masuk, Izuan.” Tegas Abi Sulaiman bersuara. Tangan Izuan yang baru hendak menolak pintu terhenti. Dahinya berkerut.

“Kenapa abi? Izuan nak...”

“Abi cakap jangan masuk.”

“Cikgu Syuhada okey ke tu, abi?”

“Jangan risau. Abi ada. Kamu pergi masuk bilik kamu. Abi dengan ibu tahu nak buat apa.” Nadanya masih bersuara tegas.

Bunyi derap kaki mula menghilang di balik dinding. Abi Sulaiman menghela nafas perlahan. Bukan niatnya hendak berkasar tetapi dia sedar Izuan masih muda belia. Hatinya masih mentah menilai. Pada usia seperti lelaki itu, nafsu menjadi liar.

Lagipun, Syuhada masih belum memakai tudung sebetulnya. Sebagai saudara islam, dia tidak mahu anak saudaranya berdosa melihat aurat wanita lain. Dan kerana teringatkan dosa juga, dia memalingkan wajah. Tidak menghadap isteri dan Syuhada.

“Syuhada? Kamu okey tak ni?” soal Ibu Sumayyah sambil menggosok-gosok belakang tubuh Syuhada. Jelas di depan matanya, wajah Syuhada benar-benar pucat dan ketakutan. Esakannya juga tidak berakhir lagi, masih menghamburkan kesedihan.

“I... Ibu... Syu... Syu takut...”

“Syu mimpi apa?” Ibu Sumayyah seperti tahu-tahu wanita itu nenghadapi minpi ngeri.

Syuhada tersendu-sedan melepaskan tautan tubuh. Anak matanya menggigil. Tangan juga masih degil untuk berhenti menggeletar.

Lesu.

“Syu... Syu mimpi... Jatuh dari tempat tinggi. Syu tak tahu dari mana... Sedar-sedar dah dekat udara... Syu takut, ibu. Badan Syu sakit sangat. Belakang Syu rasa azab."

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now