BAB 34

861 65 10
                                    

HUK! HUK!

Dari Syuhada tiba di rumah Amri sehinggalah pulang ke rumahnya, batoknya tidak hilang. Digosok lembut tekaknya supaya melegakan anak tekak tetapi tidak berhasil. Segera Syuhada keluar dari perut kereta dan berlalu masuk. Tas tangan tidak lupa untuk bersama. Terketar-ketar tangannya memulas kunci rumah dengan tangan kiri menekup mulut yang tidak berhenti melepaskan batok.

Laju kaki Syuhada melangkah naik ke bilik. Badan terasa lemah ketika ini. Kepala yang berpusing ditahan seketika. Tas tangan ditimpuk ke katil dan berlalu ke tandas. Singki dihampiri sebelum dia melepaskan smeua kahak yang tersekat pada tekak.

Seketika matanya membulat. Menggigil tangannya melihat jemari kiri sudah terpalit dengan darah bersama biji-bijian kecil. Syuhada angkat kepala dan melihat pantulan diri. Hendak luruh jantungnya melihat dagunya juga melelehkan darah dari celah bibir. Pili dipulas sebelum dibasuh tangan yang dicemari darah. Mulut juga dibasuh cermat.

Kepala ligat memikirkan asbab dia boleh batuk darah. Hendak kata dia sakit, tidak boleh jadi. Kalau betul, mesti Dr Hanny sudah dapat cam tetapi doktor itu tak berkata apa-apa. Atau mungkin baru sekarang sakitnya menunjukkan simptom?

Usai membersihkan darah, Syuhada keluar dari tandas. Wajah yang basah diraup sekali. Telefon dicapai. Dia perlu bertemu dengan doktor wanita itu.

.

.

PINTU yang dihempas kasar menyentak Syuhada dari lena. Mata yang masih terpejam digosok perlahan. Tubuh diangkat dengan sebelah tangan memegang kepala. Peningnya masih tidak hilang sejak petang tadi.

“Abang dah balik?” soalnya perlahan. Tekak terasa payau. Tadi selepas solat Asar, Syuhada baring dan lelapkan mata. Kepalanya benar-benar tak boleh terima sakit di kepala. Namun sehingga Aizat sudah pulang pun, sakit itu enggan pergi.

“Kenapa kau jumpa Amri lagi?”

Dahi Syuhada berkerut. Dia tidak silap dengarkah? Aizat guna gelaran ‘kau aku’?

“Aku tanya ni! Kenapa kau masih berdegil nak jumpa lelaki tu?!”

“Mana abang tahu?” Syuhada melekapkan tangan pada dada dan diusap perlahan. Entah mengapa, nafasnya terasa pendek. Mata mengerli jam yang tergantung dalam bilik. Sudah menjelang maghrib. Kenapa waktu maghrib juga Aizat hendak mengamuk?

“Tak kisahlah dari mana aku tahu! Aku dah cakap, jangan sesekali jumpa Amri! Kau lupa ke?!”

Syuhada hela nafas. Dada sudah merombak. Hidung semakin kerap kembang kuncup mencari nafas. Bibir sedikit terbuka, membantu tugas hidung menghirup oksigen. Termengah-mengah nafasnya jadi.

“Jawablah!”

“Ya, saya tak lupa.” Syuhada pejamkan mata. Liur ditelan perit. Wajahnya berkerut menahan azabnya kesukaran bernafas. Beginikah cara orang asma yang terpaksa menahan sakitnya mengah?

“Jadi, kenapa kau jumpa dia lagi?! Dah hamak sangat nakkan belaian lelaki ke?!”
Syuhada tahan kepalanya yang berpusing. Mata dicelikkan memandang Aizat yang beberapa kaki jauh darinya. Diri lelaki itu nampak kusut. Tali leher yang pagi tadi tergantung kemas di leher kini sudah hilang. Baju juga sudah tiga butang terbuka dari atas, mendedahkan singlet putih yang dipakai sebalik baju kerja. Rambut lelaki tak usah sentuh, hilang kekemasan diri lelaki itu.

“Aku tanya ni, kau jawablah!” sergahnya lagi. Kali ini dia tidak berdiri tegak. Aizat menghampiri Syuhada dan dicengkam pipi itu tajam dan dihalakan tepat ke wajahnya.

Spontan Syuhada mengerang menyeringai.

“Ksnapa kau jumpa lelaki tu lagi? Tak cukup ke apa yang aku bagi?”

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now