BAB 3

2.4K 178 29
                                    

  "Ibu! Papa panggil ibu tu." Syahadat laju merentap tangannya. Lidah masih sibuk menjilat lolipop pemberian 'papa'nya.  Berkerut dahi Syahadat mengenangkan Syuhada yang mendingin dengan lelaki tadi. Mula dia terfikir, tak betul ke apa dia cakap? Itu papa, kan? Muka dia sama macam papa. Jadi, itu papalah. Betulkan?

  "Syahadat, dengar cakap ibu. Kita gerak balik hotel."

  "No! Syah nak dengan papa."

  "Syah, kita tak ada kaitan dengan lelaki tu." Syahadat yang mula memberontak sedikit sebanyak membenihkan rasa gusar di hati Syuhada. Setiap sentuhannya Syahadat tepis. Mulut mengemam lolipop sebelum dia tarik tangannya kuat, melepaskan diri dari genggaman Syuhada.

   "Itu papa Syah!" Semberono Syahadat berlarian meninggalkan Syuhada, kembali ke sisi Aizat. Dengan mata yang sedikit memerah, Syahadat peluk kaki Aizat dengan erat dan bersembunyi di belakang susuk itu. Lolipop di bibir sudah terasa tawar dek penafian si ibu.

  Syahadat jeling ke wajah lelaki itu. Dia yakin itu papanya. Itu lelaki yang berhak ke atasnya juga.

   Syuhada tarik nafas dalam. Sebolehnya, dia tak mahu jumpa lelaki seperti itu. Yang mana rupa mereka sama. Dia tak mahu hatinya terbuka dek kerana wajah semata-mata. Lebih parah kalau sukmanya mendambakan lelaki seiras Farhan. Cukuplah Farhan Umar. Dia tidak mahu ada lelaki lain.

  Lambat-lambat Syuhada kembali ke arah Aizat. Sedikit pun dia tidak punya hati untuk melihat si Aizat. Dibiarkan lelaki itu menjadi tunggul yang menjadi tempat Syahadat sembunyikan diri.

  "Syah, let's go." pujuk Syuhada lembut, tidak sekeras tadi. Dia tahu anaknya mulai ragu-ragu. Anak itu sudah mula confuse untuk membezakan dua lelaki ini.

  "Ibu... Syah nak papa..." Suara Syahadat melembik. Genggamannya menjadi erat pada seluar Aizat.

  "Bukan dia, Syah. Dia bukan papa Syah. Kalau Syah nak papa, nanti balik kita jumpalah papa. Syah tak nak la macam ni. Malu orang tengok nanti."

  Enggan. Syahadat geleng lagi.

  "Puan, saya minta maaf kalau puan marah saya sebab anak puan."  Aizat mula mencelah perbualan dua beranak itu. Dari tadi dia terkulat-kulat di situ. Dia diibaratkan batu yang tidak diberi perhatian. Jam tangan dikerling sedikit. Jadual hariannya sudah lari sedikit. Semua gara-gara salah faham yang berlaku antara mereka berdua. Ironinya, dia yang menjadi pertelingkahan mereka.

  "Saya tak perlu maaf awak." pintas Syuhada laju. Keberanian dia kumpul untuk bertentang mata dengan lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Kepalanya sedikit terdongak.

  Setiap susuk wajah itu ditenung.

  Mata karbon itu...

  Lekuk wajah itu...

  Hidung, rahang, bibir...

  Semua sama. Aneh tapi itulah hakikatnya. Hanya gaya rambut yang diselitkan rayban dan wajah yang sedikit berjambang nipis yang membezakan lelaki di hadapannya. Kemeja yang dipakainya kelihatan fit dan menyerlahkan biceps lelaki itu.

  Syuhada mula rasa lemas. Wajah Farhan terbayang-bayang di kepala.

  "Farhan." Nama itu Syuhada gumam tanpa sedar. Cukup kuat untuk menyapa halwa telinga Aizat. Lelaki itu mula berkerut dahi.

  "Siapa? Saya? Nama saya bukan Farhan. Saya Aizat. Aizat Uqaish."

  Lelaki itu membetulkan. Syuhada tersedar langsung menggeleng. Tak patut dia samakan mereka. Di hadapannya adalah seorang lelaki yang tak dikenali.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now