BAB 42

904 69 10
                                    

"SIAPA izinkan kau bawa telefon kau sekali?"

Syuhada angkat wajah dan ditoleh ke arah pemandu. Tangan masih memegang peranti elektronik tersebut.

Berkerut-kerut dahinya mendengar persoalan Aizat.

Telefonnya penting. Kenapa tak boleh dibawa bersama?

"Aku tanya ni!"

"Tak ada siapa izinkan," jawab Syuhada, malas hendak bertengkar mulut lagi. Tambah pula, lelaki itu masih memandu. Dia tak mahu Aizat hilang fokus semata-mata memarahi dirinya.

"Bagi sini phone kau." Tangan kiri dia hulurkan. Tangan kanan masih memegang stereng. Mata juga tidak dikalih dari memandang jalan raya. Lebuh raya yang lengang menyebabkan dia memecut lebih laju.

"Awak nak buat apa?"

"Bagi ajelah! Banyak tanyalah kau!"

Syuhada ketap bibir. Tanya sikit sudah marah. Malas hendak melayan, telefon itu disua ke tapak tangan Aizat yang terbuka.

Syuhada memerhati gerak-geri suami. Aizat meletakkan telefon itu ke atas riba sebelum dibuka cermin tingkap bahagiannya. Tanpa isyarat, dia langsung mencampaknya keluar.

Membulat mata Syuhada. "Aizat!"

Dia gamam. Tak berkelip matanya memandang Aizat. Masih terkejut dengan tindakan Aizat. Kepala menoleh ke belakang melihat seketika telefonnya namun sudah hilang bayangnya.

Mata sempat menyoroti ke tempat duduk belakang, mencuri lihat anaknya yang nyenyak tidur. Tumpah rasa kasihan. Kecil-kecil lagi sudah terpaksa menghadapi masalah berat ibu bapa sendiri. Kasihan Syahadat.

"Tak payah kenanglah phone tu. Sebab benda tu lah, kau akan terus berhubung dengan Amri. Aku tak suka!"

Syuhada kembali betulkan duduk. Kepala memandang luar. Kepalanya sakit. Sakit melayan kerenah Aizat yang tak ubah macam budak-budak. Budak-budak lagi mudah nak urus berbanding lelaki di sebelahnya ini.

Sudahnya, Syuhada hanya membisu sepanjang perjalanan. Andai Aizat ada bersuara atau menyoal, sengaja dia buat-buat tidur. Tidak hingin hendak berbual bersama Aizat. Boleh buat sakit jiwa. Lebih baik dia menyepi.

.

.

"TURUN." Arah Aizat dingin. Pintu sebelah pemandu sudah terbuka, hanya menanti isinya keluar. Syuhada terkebil-kebil. Mata ditenyeh seketika. Tadi rancangnya hanya merehatkan diri tetapi tidak sedar pula boleh terlajak sehingga tertidur.

"Tak perlu acah macam tuan puteri boleh tak? Cepatlah turun." Aizat bermalasan memandang isteri. Ditinggalkan pintu terbuka dan beralih ke tempat duduk belakang. Tanpa mengejutkan anak mereka, Aizat terus merangkul tubuh Syahadat rapat ke dadanya. Dia berlalu masuk ke dalam rumah.

Perlahan-lahan, Syuhada melangkah keluar. Rumah yang sudah dua minggu dia tinggalkan itu diperhatikan.

"Kau tunggu apa lagi? Masuklah." Suara garau menegur dari muka pintu. Tubuh Syahadat sudah hilang dari pegangannya. Dia memeluk tubuh memandang langit.

Langkah Syuhada corak. Dompet dibawa rapat ke dada. Kecil saja langkah yang diambil. Gemuruhnya kembali datang.
Di sini tempat mereka bersama. Di sini tempat dia mula terasa sakit di bahagian dada dan batoknya semakin menjadi-jadi. Di sini tempat dia dan suami bertengkar. Di sini juga dia dihalau oleh suami sendiri. Dan saat ini, dia kembali berpijak di rumah yang meninggalkan banyak memori. Kali ini, dia tinggal semula bersama suami setelah dua minggu mereka berpisah.

"Kenapa perempuan ni ada lagi dekat sini, abang? Bukan abang dah halau ke?" Izzati muncul dari ruang dapur bersama muk di tangan. dahinya membentuk kerutan, tanda dia tertanya-tanya.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now