BAB 32

817 62 12
                                    

“SAYANG...” Syuhada lantas berpaling mencari punca suara. Kakinya memberat bilamana mata menangkap susuk seseorang.

Si dia menghampiri Syuhada perlahan-lahan. Bibir menguntum senyum semanis gula.

Jantung Syuhada memainkan peranan dengan berdegup pantas melihat seraut wajah itu.

“Ingat saya lagi?”

Bibir Syuhada kemam lama. Mata mula berkaca-kaca. Suara si dia benar-benar mengusik tangkai hatinya.

“Sayang tahu tak, abang rindu sangat dengan sayang.”

“Farhan...” bisik Syuhada lemah.

Dia kenal wajah di hadapannya. Inilah dia bekas suaminya. Wajah tidak ubah seperti kali terakhir dia bersemuka dengan lelaki itu. Kini, entah di mana dia dapat bertemu semula dengan Farhan. Dia jadi hiba. Saat dia telah punya Aizat, mengapa waktu ini juga jelmaan Farhan kembali muncul?

You do remember me.” Bibirnya kian melebarkan sayap senyuman. Mata tidak beralih dari menjamah wajah Syuhada.
Syuhada mengangguk mengeyakan. Pastinya dia ingat lelaki yang pernah bergelar suaminya. Wajah mirip Syahadat, mustahil dia terlupa.

“Sayang tak rindu abang ke?” soalnya kemudian.

“Rin... Rindu.” Suara Syuhada pecah. Mata dilekatkan pada wajah Farhan. Wajah yang rindu.

“Syah pun rindu abang...” tambah Syuhada lagi.

“Syahadat...” Farhan membisikkan kembali nama anak mereka. Syuhada mengangguk sekali lagi.

“Anak kita baik?”

“Baik. Baik sangat, abang. Dia sama macam abang. Wajah dia... Tak tumpah macam abang. Mata dia sama dengan abang.” Penuh sayu Syuhada terangkan semula ciri-ciri anak mereka. Sewaktu pertama kali Syahadat celikkan mata, Farhan sudah menghadap Ilahi.

Mata Farhan membundar. Dia tertunduk sedikit. “Bahagianya rasa kalau abang mampu peluk dia.”

Tangisan Syuhada pecah. Bait kata Farhan benar-benar melayukan jiwa yang diangkat kental. Hasil cinta dia dan Farhan, pengakhiran agak pedih. Menusuk hati sehingga dia lemah untuk meneruskan hidup. Namun demi hadiah Tuhan buat dirinya, dia takkan mengalah. Biarlah air mata tumpah berjuta kali, hatinya tidak akan pernah putus asa. Lagipun, janjinya bersama Farhan sentiasa diulang-ulang supaya anak mereka dijaga penuh kasih.

“Sayang ibu yang baik.”

“Bertuah Syahadat dapat ibu sebaik sayang.”

“Abang tahu sayang jaga dia penuh lemah-lembut. Tak pernah berkeras dengan dia.”

“Insha-ALLAH Syahadat akan jadi mukmin yang baik untuk agama.”

“Farhan...” Kepala Syuhada digelengkan. Tidak sanggup lagi dia mendengar kata-kata yang menoreh lukanya kembali. Kalau diikutkan hati, dia mahu menjaga Syahadat bersama-sama Farhan. Dia mahu Farhan lihat sendiri anak mereka membesar.

“Allah sayangkan sayang dan abang juga sentiasa mencintai seorang Syuhada Umairah.”

Tanpa disangka, tubuh Syuhada terasa dipeluk. Hangatnya pelukan terasa hingga ke hati. Pelukan yang lama dia dambakan kini terasa semula oleh insan yang sama.

Segera Syuhada membalas kembali pelukan Farhan. Leher lelaki itu ditarik rapat, tidak mahu menjauh. Pada bahu lelaki itu juga dia lepaskan tangisan rindu, tangisan sayang dan tangisan cinta.

“Walau apa pun terjadi, sayang... Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.” Farhan membisikkan nasihat pada Syuhada. Betul-betul pada telinga wanita itu.

“Allah uji sebab Allah sayang. Setiap kali sayang rasa lemah, kembali merayu pada Dia. Dambakan kasih sayang dan kemaafan daripada Dia.”

Farhan melonggarkan pelukan. Dahi mereka disatukan. Farhan melorek senyuman melihat wajah basah Syuhada. Jemarinya naik mengusap sisa tangisan.

Nafas Syuhada yang kasar dan tidak stabik juga terasa dihembus tepat ke wajahnya.

“Sebanyak mana pun rindu dan cinta sayang pada abang, jangan sampai lupa Pencipta kita. Abang tak suka kalau sayang terlalu rindukan abang sehingga membataskan sayang pada Allah. Abang pergi dijemput dan Insha-ALLAH sayang abang juga bakal dijemput cuma bukan sekarang.”

Syuhada capai jemari Farhan yang melekap pada pipinya. Diramas kasar jemari itu. Mata perlahan-lahan disambungkan dengan sepasang mata Farhan yang redup memandang dirinya.

“Abang sayang sayang kerana Allah. Cinta kerana Allah. Ingat dan pegang kata-kata abang sampai akhir hayat sayang. Tau?”

Syuhada telan liur seraya mengangguk. Mata dipejam erat. Kata-kata itu dia semat kemas dalam hati. Biar menjadi pendorong untuk dia teruskan kehidupan.

“Abang...” Baru saja Syuhada hendak bersuara, matanya membukat melihat sekelilingnya putih. Suduk Farhan yang baru saja memeluknya hilang. Serta-merta jantungnga berdegup pantas. Mata dililaukan mencari insan tadi.

“Abang? Farhan? Abang dekat mana?”

Hening.

Dada Syuhada terasa sesak. Kakinya terus mengorak langkah, mencari jikalau susuk iti masih ada.

“Farhan? Abang...”

Nafas Syuhada terasa pendek. Matanya panas. Pandangannya jadi berbalam namun tidak menghalang dia mencari insan yang dia sayang itu.

“Abang! Abang!”

“Sayang! Bangun! Syuhada!”

“Farhan!” Syuhada pegang dada. Matanya celik melihat suasana tempat. Cahaya tadi hilang dan beganti hitam gelap sebelum matanya menangkap sepasang mata yang risau memandangnua. Bahu terasa disentuh.

“Awak mengingau ni...” Aizat meraup muka. Pipi Syuhada yang basah dilap dengan jemarinya. Tubuh kaku itu dipandang lama.

“Awak mimpi apa sampai terjerit-jerit ni?” soal Aizat lembut.

“Saya... Mimpi?”

Aizat mengangguk.

Kali ini Syuhada pula yang meraup wajah. Telapak tangan menekup muka. Dia bermimpi sahaja? Kenapa semuanya nampak seperti realiti? Malah, sentuhan Farhan juga terasa hidup.

“Awak tak nak cerita?”

Syuhada angkat wajah. Aizat masih tidak lepas memandangnya.

“Abang dengar awak sebut nama Farhan. Kenapa ni?”

Bibir Syuhada kemam rapat.

“Syu rindu dia?” tembak Aizat. Ditanya tidak dijawab. Dia cuba untuk meneka pula.

“Kalau Syu nak cerita, cerita ajelah. Bahu abang ada untuk Syu lepaskan perasaan.” Kepala Syuhada diusapnya. Walaupun kepalanya sarat dengan persoalan, dia tidak mahu membebankan Syuhada. Kalau Syuhada enggan buka mulut, dia tidak memaksa. Namun dia akan lega sekiranya Syuhada sudi berkongsi cerita dengannya.

Syuhada menggeleng. Mana mungkin dia buka mulut. Hati Aizat perlu dia jaga. Dia tahu lelaki itu tertanya-tanya tetapi curiosity kills the cat. Syuhada tidak mahu jawapannya semua akan mengguris perasaan lelaki itu. Lelaki yang sudah bergelar suami. Lelaki yang memegang syurga miliknya di bawah telepak kakinya.
Aizat mengeluh. Nak marah, dia tak mahu marahnya tidak berasas. Sudahnya dia diam sahaja.

“Pergi basuh kaki lepas tu tidur balik. Esok kerja.” Suara Aizat tidak selembut tadi. Dia kembali baringkan diri. Tubuh diiring ke kanan, membelakangi Syuhada. Mata dilelapkan tanpa menunggu Syuhada selesai melakukan arahan yang dia suruh.

Syuhada kemam bibir. Tangan mencari telefon pintar di atas meja lampu dan dikerli waktu sekarang. Jam tiga. Rambut yang mengembang diikat dengan getah sebelum kaki melangkah masuk ke tandas.

Wuduk diambil. Solat malam ingin dia lakukan. Hatinya gusar. Antara dua lelaki, dia buntu. Mana satu yang dia kasih? Mana satu yang dia cinta?

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now