BAB 5

1K 97 4
                                    

"Awak nak cakap pasal apa?" Soal Syuhada usai dia dan Syahadat sudah habis makan. Dari kejauhan Syuhada melihat Syahadat leka melukis pada kertas yang disediakan di lobi ini.

Kedudukan mereka jauh sedikit daripada Syahadat, tak mahu anak kecil itu curi dengar.

"Saya tak pernah tahu nama awak. Why not kita perkenalkan diri masing-masing? Saya Aizat Uqaish seperti dalam business card yang saya beri pada Syah. And you?"

Syuhada kemam bibir. "Syuhada Umairah."

"Okay Syuhada, I'll be just head to the main thing I want to say. First of all, kenapa anak awak beria-ia yakin yang saya ni ayah dia? Maksud saya, how can he talks to a stranger? Benda tu sangat bahaya. Buatnya yang dia bercakap tu penyamun ke penyangak, kes lain pula yang jadi. Care to give explaination?"

Bahu Syuhada menjatuh. Mata dilarikan dari sepasang wajah yang tajam merenungnya. Bukan dia tak mahu bercakap tapi Aizat bukanlah sesiapa. Pertemuan mereka hanya di sini, mungkin selepas ini tiada lagi. Perlu ke Aizat nak ambil tahu? Untuk apa kalau ya pun?

"Saya tahu saya ni stranger yang tak layak nak ambil tahu hal orang lain. Bukan niat saya nak jaga tepi kain orang but that kid you have... He is so pure and innocent. It would be harsh if I simply push him away."

Mata jatuh pada Syahadat. Sesekali anak kecil itu angkat kepala sebelum melambai ke arahnya. Dengan ikhlas Aizat membalas sebelum tersenyum kecil. Sekali pandang pun dia boleh jatuh sayang. Bagaimana mereka hendak berpisah begini?

"Saya..." Syuhada kumpul keberanian. Dia hanya perlu cerita yang patut. Tak payah lebih-lebih. Cukup untuk redakan meter panasaran Aizat.

"Saya turut tergamam bila Syah boleh peluk awak dekat airport tempoh hari. Saya tinggalkan dia sekejap dengan niat nak pergi tandas. Alih-alih saya keluar dia hilang sebelum kita bertemu. Kalau tanya saya pun, muka awak... Tak ada beza pun dengan bekas suami saya. Sebijik. Kalau saya pun terkedu, apakan lagi anak kecil macam Syah. Mungkin sebab teruja, dia kejar awak."

"Kalau begitu, mana ayah sebenar dia?" Soal Aizat kemudiannya. Dia faham maksud Syuhada. Ada kemungkinan dia dengan bekas suami Syuhada ini pelanduk dua serupa.

"Dia... Dah meninggal. Sebelum Syah lahir. Tapi dia kenal arwah ayah dia sebab bekas suami saya rajin buat vlog. Syah suka tengok video-video arwah ayah dia. Sebab tu juga bila jumpa awak, dia sangka ayah dia walhal yang sebenarnya ayah dia dah ditelan bumi."

Jujur adalah jalan terbaik.

Syuhada hanya nak habiskan cuti sekolahnya dengan sebaik mungkin, dengan cara meluangkan masa dengan anak tunggal. Berat kehidupan hendak menjadi ibu tunggal ni. Dialah ibu, dia juga ayah. Kerja untuk sara keluarga. Tiada ibu bapa untuk membantu. Semua beban ada pada dia semata-mata.

Kerana itu, Syahadat la permata dia. Pemberian Ilahi menggantikan Farhan.

Memanjakan Syahadat adalah satu hobi baginya. Masalah yang menyesak dada hanya dapat diringankan dengan melayan Syahadat walhal masalah itu tak pernah pergi. Tetap ada, hanya Syahadat saja mampu meredakan gelodak hati.

Syahadat nakal. Sangat. Kadang-kadang ada buat dirinya rasa nak meletus, tetapi takkan mampu menandingi rasa kasihnya dia buat anak lelaki itu.

Syahadat la duri dan racun, dia jugalah penawarnya.

Syuhada tiada orang lain. Hanya Syahadat nadinya. Hilang Syahadat, rohnya juga hilang barangkali. Dia tak mampu bayangkan kehidupan tanpa Syahadat. Mungkin dia akan rebah dengan takdir. Mungkin juga memilih jalan yang salah kerana berang.

"Padanlah..." Aizat lepas nafas. Disandarkan tubuh ke sofa sebelum tangan disilangkan. Mula rasa sayu menyapa diri. Kasihannya Syahadat. Nampak ceria tapi hilang seorang tempat bermanja.

Itu satu.

Dua...

Aizat talakan pandangan ke arah Syuhada. Seorang ibu tunggal. Mesti payah kan? Menjaga anak dan juga bekerja untuk anak. Membanting tulang empat kerat untuk kehidupan si anak. Tanpa seorang suami. Jika diteka, Aizat rasa wanita di depannya ini muda lagi.

"Dia mesti kempunan nak dakap si ayah."

Entah mengapa, bicara Aizat ibarat pasir yang ditampar ke dua biji matanya. Semerta memerah. Dada mula sesak.

Bukan si anak aje... Dia juga terlalu dambakan dakapan Farhan.

Lima tahun bukan mudah. Bukan senang dia nak teruskan hidup. Untuk berdiri dengan kaki sendiri, ada kalanya dia rebah. Dia menangis sendirian tanpa sesiapa memujuk. Dia meraung mengenangkan nasib tanpa ada yang menghulur telinga untuk mendengar rintihannya.

Hanya kerana Syahadat, dia lagak kuat. Demi Farhan Syahadatnya.

"What can I do to fix that?"

"Maksud awak?" Syuhada menunduk, sembunyikan wajah yang mula memerah menahan rasa.

"Saya serba-salah kalau tinggalkan Syah macam tu aje. Dia sendiri marah bila saya kata saya ni bukan ayah dia. Siap cubit pipi saya lagi kata saya mengigau benda merepek. Tapi bila awak cerita pada saya... Somehow... I can feel his loneliness."

Syuhada kesat mata. Dikerlipkan mata supaya tidak kabur lagi. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan.

"Awak tak perlu buat apa-apa selain pergi. Jangan tunjuk muka depan Syah. Dia akan faham di kemudian hari."

"Apa?" Berkerut dahi Aizat. Telinga digosok. Dia salah dengar ke?

"Stop pretending that you are his father. Lupakan Syah."

"Dan dia akan menangis?" Simpul Aizat. Hujung bibir terjongket sikit. Tak sangka lain pula balasan ibu pada Syah ni. Dia nak buat baik, dihalau pula. Pelik sungguh.

"Untuk seketika tapi biarlah dia sedar. Kalau awak teruskan lakonan awak ni, dia akan lebih menderita jikalau suatu hari nanti dia mula faham semua yang terjadi. Saya tak nak perkara tu berlaku."

"He just a five years old kid, Syuhada."

"It's better to be slapped by the truth than kissed by the lies. Have you heard that, Aizat? Saya yakin awak faham. Kalau awak tahu sesuatu kebenaran tentang penipuan yang langsung awak tak jangka, apa awak rasa? Awak akan lagi sakit daripada diberitahu kebenarannya saat ini. Tentang Syah, biar saya urus. Saya kenal anak saya lebih daripada awak. Memang betul dia akan meragam bila saya halang dia jumpa awak dan saya bersedia. Tapi saya tak bersedia nak hadap kekecewaan dia bila once dia tahu you're not his father."

Syuhada mula bangkit. Tas tangan disilangkan.

"Saya minta diri dulu. Saya harap ini pertemuan kita terakhir. Assalamualaikum."

Terus berlalu. Syahadat dihampiri lalu diajak naik ke bilik.

Aizat memandang dari jauh. Keluhan berat dilepaskan. Sempat dia melihat wajah Syahadat yang sudah mencebik bilamana Syuhada sudah mula mendokong. Tangan si kecil itu terarah ke arahnya tapi bicara Syuhada sebentar tadi mematikan niatnya hendak menghampiri.

Mata dipejam.


Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now