BAB 7

1.9K 167 11
                                    

  Laju tak den update ehekk

--------

  Syuhada melambungkan diri ke katil biliknya. Penat bercuti tidak hilang lagi. Bersyukur dia rasa saat semuanya telah berakhir.

  Tiada lagi Aizat. Tiada lagi papa.

  "Ibu lapar." Syahadat mengambil tempat di sebelah syurganya. Dia turut penat. Turun sahaja flight terus mereka pulang ke rumah.

  "Alah ibu malas nak masaklah. Tidur je nak?" Ajak Syuhada. Sudahlah malam, memang malaslah dia nak masak. Tunggu esoklah dia masak.

  "Alahh Syah lapar." Perutnya yang kempis diusap. Kesian pada perutnya, penat buat konsert. Langsung tiada sesiapa nak bagi makan. Nasib kaulah perut.

  "Syah pergilah ambil jajan dekat dapur. Ibu penatlah."

  "Yelah."

  Nak tak nak Syahadat turutkan saja. Kalau tak lagi teruk perutnya mengamuk.

  Syuhada capai telefon pintarnya. Lock screen dibuka perlahan dan wallpaper gambar dirinya dan Farhan menghiasi pandangan. Dia hela nafas perlahan. Matanya hanya merenung gambar mereka berdua. Ibu jari bermain menyentuh wajah Farhan yang mana mungkin rasanya sama seperti di depan mata.

  Sedang dia asyik, satu notifikasi masuk menyentak Syuhada dan telefon pintarnya selamat jatuh tepat pada batang hidungnya.

  "Auch!" Syuhada lantas duduk dan menggosok hidungnya yang memerah. Itulah, leka sangat! Syuhada berdecit geram dengan siapa yang menganggu dia berangan.

  Zakuan: Salam cikgu, maaf menganggu cikgu malam-malam ni. Saya cuba nak double confirm, esok cikgu jadikan nak datang majlis nikah saya?

  Syuhada membaca sekilas sambil mengusap hidungnya. Tahu pula mamat ni tengah menganggu dia berangan. Tapi, kejap. Aplikasi kalender dibuka.

   18/3/2018 - Zakuan's Wedding

  Syuhada terkebil. Cepat sungguh masa berlalu. Esok seorang bekas anak muridnya akan bernikah dengan gadis idamannya. Serta-merta senyuman terukir. Cepat sangat masa berlalu dan tak sangka dia dapat makan nasi minyak anak muridnya sebegini pantas.

  Laju dia membalas pesanan ringkas Zakuan.

  Syuhada: Sure. Goodluck esok, jangan nervous.. buat malu bakal bini nanti :p

  Dan.. sent!

  Terus Syuhada matikan telefon. Suasana hening kembali mengusung dirinya. Dia termenung.

  Esok Zakuan akan bernikah. Tapi sayang, Farhan tak dapat lihat sahabatnya menjadi suami orang.

  "Abang.. kawan abang nak kahwin dah."

  Sepi. Tiada balasan.

  Serta-merta Syuhada dihurung rindu yang tiada penghujung. Dia lelapkan mata, cuba untuk memadam api rindu.

.

.

   SYUHADA memakirkan keretanya agak jauh dari rumah bakal isteri Zack. Dia sepatutnya datang awal tetapi pagi tadi sungguh dia tak sedar. Tidur mati! Akibatnya dia terpaksa memecut di atas jalan raya. Sehinggakan Syahadat kata dia ingin menjadi pelumba F1 yang tak kesampaian. Hailah, si kenit tu.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now