BAB 35

1K 65 9
                                    

"KAU tak layak jadi isteri aku, Syuhada! Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

"Abang!!"

Mata Syuhada membulat. Nafas tidak teratur seiring dengan dada yang berombak kencang. Pandangan yang gelap mengerutkan dahinya. Dililaukan pandangan ke sekeliling. Kosong.

Dia hanya bermimpi? Kenapa semua nampak betul?

Syuhada tekup wajah. Mata dipejamkan kembali. Mimpi tadi benar-benar menakutkan dirinya. Dia lihat Aizat mengambil Syahadat bersamanya sebelum talak dijatuhkan. Bukan talak satu sebaliknya, talak tiga. Dia gerun. Syukur, dia hanya bermimpi.

Huk! Huk!

Tangan Syuhada menekup mulut. Seksanya rasa bilamana batoknya langsung tidak beransur pulih. Menolak tepi segala hal, Syuhada bangkit. Alang-alang dia sudah terjaga,ada baiknya dia sujud kepada Ilahi. Menenangkan hati yang gundah. Mengadu hubungan suami isteri mereka yang mula retak.

.

.

BAM! BAM! BAM!

Syuhada tersentak bilamana pintu bilik disiplin diketuk bagai nak pecah. Cikgu Saidah yang menjengah ke pintu luar memandang ke arahnya gerun. Dia langsung membuka pintu.

Sejurus pintu terbuka, seorang lelaki terus merempuh masuk dan meja Syuhada dihampiri laju. Penumbuk dihempas ke meja dengan sepasang mata yang memandang tajam ke arah Syuhada. Jelas di wajahnya merah menyala. Urat-urat hijau mula kelihatan di dahi.

"A... Abang kenapa? Kenapa cari saya dekat sini?" Syuhada bangkit dari duduk. Seriau dia rasakan dengan aura dingin Aizat yang membelenggu dirinya. Spontan, dia mula batok semula. Wajah Cikgu Saidah yang pucat dikerli seketika.

"Kau memang perempuan tak gunalah, Syuhada!" tepiknya kasar. Hilang senyuman kekok Syuhada. Digelar tidak guna tanpa asbab, hatinya terusik. Lebih-lebih lagi bilamana suaminya sendiri yang berkata.

"Abang memang datang sini semata-mata nak mengamuk ke?" tanya Syuhada. Pinggang dicekak. Pen di tangan dicampak ke meja. Pelipis diurut perlahan. Selang beberapa minit mulutnya mengeluarkan batok.

"Ya, memang aku datang sini sebab nak mengamuk!"

"Boleh tak kita cakap dekat rumah?"

"Kenapa? Kau takut orang tahu sikap kau yang sebenar macam mana ke?"

"Ini sekolahlah, abang. Jom balik!" Syuhada langsung mencapai tas tangan. Lengan Aizat ditariknya kasar. Wajah Cikgu Saidah dipandang minta simpati. Seperti wanita itu faham wajah yang dimemekkan Syuhada, dia mengangguk. Terus wanita itu kembali ke biliknya.

"Okey, fine! Kita cakap dekat rumah!" Aizat terus merengkuh bahu Syuhada. Dia mendahului langkah Syuhada. Kereta yang terparkir depan sekolah dibolosi.

"Kau naik kereta aku!" Mengaum suara Aizat saat Syuhada mengeluarkan kunci keretanya.

Tanpa bantahan, Syuhada akur. Pipi sudah merona merah, geram dengan aksi selamba badak Aizat yang membuat onar di sekolah. Pasti ada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah, cikgu mahupun murid.

Kunci sahaja pintu, Aizat terus menekan minyak. Kelajuan kereta melebihi had laju 60KM/J. Lampu merah juga selamba dilanggar bila jalan lenggang tanpa kereta. Tiba di selekoh juga, Aizat masih menekan minyak. Bila membelok sahaja baru ditekan brek. Syuhada di sisi sudah gerun dengan cara pemanduan suaminya. Tangan berpaut pada pemegang pintu kereta. Walaupun sudah memakai seatbelt, keselamatan terasa terancam.

"Perlahanlah sikit bawa kereta! Ini bukan
highwaylah, abang!"

Aizat degil. Kaki gatal menambah kelajuan kereta. Syukur dia cekap ketika bertembung dengan kereta lain di persimpangan.

Dedicated To Wife ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن