BAB 47

1K 71 11
                                    

"MAK LANG." Sofea mengambil tempat di sisi Halimah yang sibuk menggaul nasi dengan ikan goreng lebihan.

"Oh, Sofea. Kenapa? Ada nak apa-apa ke?"

"Mak Lang buat apa? Bukan semua dah makan ke tadi?" Berkerut dahi Sofea melihat banyak nasi yang disenduk. Ikan goreng pun banyak.

"Untuk kucing. Selalu banyak kucing datang rumah mak lang cari makan. Itu yang mak lang selalu goreng ikan untuk depa. Yelah, mak lang duduk seorang diri dekat sini. Sunyilah juga. Mungkin sebab tu Allah hantarkan kucing-kucing tu untuk layan mak lang. Sofea datang dapur ni nak air ke? Mak lang boleh buatkan."

"Eh, tak perlu pun." Sofea menegah.

"Maaflah Sofea. Mak lang segan dengan kamu. Yelah, umi kamu mana suka mak lang. Tiba-tiba pula kamu datang sini dengan suami. Mak lang tak biasa dengan tetamu. Maaflah kalau ada yang kurang."

"Mana ada, mak lang. Alhamdulillah semua baik-baik je. Syah tu pun happy kita orang datang sini. Mak lang pun mesti happy juga kan?"

Halimah senyum. Kepala mengangguk.

"Bila mak lang tengok kamu dengan suami, teringat pula mak lang dengan arwah suami."

"Maaf Sofea nak tanya, pak lang meninggal sebab apa?"

Disebabkan keluarga Sofea melarang besar dia bercakap mahupun berbual dengan Halimah, hinggakan dia tidak tahu satu berita pun tentang keluarga Halimah. Senyap sepi saja. Jadi, dia tertanya-tanya kehidupan Halimah ni bagaimana.

"Kemalangan. Dah sepuluh tahun pun."

"Oh..."

Mahu saja Sofea tanya lebih tapi ditahankan diri. Lihat riak wajah mak langnya pun sudah berubah sayu. Mesti rindu arwah suami.

"Ni mak lang nak hantar makanan dekat luar. Sofea selesakan la diri dekat sini. Buat macam rumah sendiri. Mak lang tak kisah."

Sofea hantar pemergian Halimah dengan kerlingan mata. Sudah itu, bibirnya terherot-herot.

Pada matanya, tak nampak pun Halimah ni jahat. Tiada ciri! Itu yang dia aneh. Betul ke mak langnya ini pakai ilmu hitam? Atau dia saja yang dikaburi?

.

.

TELEFON pintar yang melekat di telinga semakin longgar peganggannya. Semerta, mata Zack basah. Rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi.

"Alhamdulillah... Aku nak pergi sana, Am."

"Nanti kesian pada Syah."

"Aku nak tengok keadaan kawan aku, Am."

Amri diam di hujung talian. Wajahnya turut basah tapi, bibir merekah senyum. Bahunya diusap oleh kawan-kawannya.

Afiq, Nabil dan Izuan.

"Nanti orang syak."

"Aku rindu kawan aku juga..." Bergetar suara Zack. Syukurlah dia sedang singgah di satu kafe di kawasan sini bersama Syahadat dan Sofea. Tidaklah Halimah hidu misi mereka.

"Zack... Aku tak tahu tapi kita kena tanam semula arwah secepat mungkin. Tak baik nak lengahkan."

"Huk..." Zack hilang kata. Mata dipejam. Zack cuba rasionalkan diri. Dia tak boleh terlalu ikutkan emosi.

Mayat kawannya sudah lama terseksa. Berbulan dirompak dari tempat tinggalnya yang asal. Kini bila sudah temui, selayaknya mereka mudahkan urusan pengebumian. Bagilah sahabatnya rehat dengan tenang di alam sana.

Hujung mata dikesat. Nafas dihembus berat.

"Teruskan jelah, Am. Aku redha tak nampak tengok dia lagi. Cukuplah Han dapat kembali pada Pencipta semula."

Dedicated To Wife ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ