BAB 6

2K 176 22
                                    

-------

  "Yeayyy dah sampai!" Sorak Syahadat sebaik turun daripada kereta. Syuhada hanya tersenyum melihat telatah anak kecil itu. Dia segera mencapai beg Syahadat yang berisi sepasang baju dan juga bekalan makanan untuk dibawa bersama.

  "Jom gerak."

  "Let's go!"

  Mereka berdua berpimpin tangan melangkah masuk ke Zoo Bukit Gambang. Syuhada laju beratur ke laluan membeli tiket sebaik melihat orang ramai mula berasak-asak datang.

  Sebaik mendapatkan tiket, mereka berdua laju sahaja masuk.

  "Look ibu! Ada haiwan!"

  "Memanglah haiwan kalau nama pun dah zoo. Tak pernah pula ibu tengok zoo ada zombi?"

  "Eee, perli eh?" Syahadat tarik muncung. Bukan sengaja dia sebut haiwan, sudah dia tak tahu haiwan apa yang ada, bedal sajalah haiwan. Lagi selamat.

  "Jomlah. Kat atas ada banyak lagi haiwan."

  "Jommm!!" Matanya bersinar.

  "Look ibu, lion!" Mata Syahadat membulat sebaik sahaja mereka naik ke tingkat atas. Mata mereka dijamu dengan pasangan singa putih yang berada di balik kaca tebal memisahkan manusia dan haiwan tersebut. Laju Syahadat menghimpit di balik manusia untuk melihat dengan lebih dekat. Mulutnya ternganga.

  Dalam kesempatan itu, Syuhada banyak menangkap gambar anaknya menggunakan telefon pintarnya. Mudah untuk dijadikan kenang-kenangan.

  "Syah! Look here!"

  Snap! Snap!

  Entah berapa kali Syuhada menekan butang snap sebaik Syahadat menukar posing.

  "Ibu jom ke sana pula!" Tangan Syuhada ditarik. Terkedek-kedek kakinya melangkah. Gembira terlebih.

  "Wahh ada bears!"

  Syuhada sempat juga merakam beberapa detik Syahadat berceloteh panjang dengan mata bulatnya disertakan mulutnya yang tak reti nak tutup. Terujanya sukar ditutup.

  "Syahadat." Suara garau menganggu konsentrasi Syahadat melihat pekerja zoo memberi beruang-beruang itu makan. Laju dia berpaling melihat gerangan tersebut.

  "Papa!!"

  Tubuh sasa itu didakap erat.

  Kaki Syuhada terasa digam. Jantungnya nak jatuh. Semua sendi dalam tubuhnya seperti ingin mencair. Dia terkedu. Dia tak sangka pula Aizat berani ikut dia sehingga ke sini. Sangkanya cukup setakat semalam dan lelaki itu tidak akan menganggunya lagi tapi dia silap. Lelaki itu memang tak makan saman!

  "Papa! Ibu! Jom ke sana pula." Syahadat menarik tangan Syuhada dengan kanan kirinya dan tangan Aizat berada di genggaman tangan kanannya.

  Syuhada memandang sebelah. Aizat seperti mengabaikannya saat kini. Syuhada kian celaru. Permainan apa lelaki ini lakar? Tak cukup ke peringatan dia semalam? Apa masalah lelaki ni ya?

Syuhada panas hati.

  Sungguh... sepanjang hari, Syahadat lebih banyak meluangkan masa bersama 'papa'nya berbanding dirinya. Dia banyak mendiamkan diri. Dia akan menjawab tatkala perlu saja kerana hari itu jiwanya perit sangat.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now