BAB 15

1.7K 142 22
                                    

 Cakk! Double update!! Happy tak? Hehe..

________

"SYU buat apa tu?" Tanya Puan Halimah yang masih dalam telekung usai solat Isyak berjemaah. Syuhada tidak solat, jadinya dia jengah dan mencari Syuhada dan ketemu gadis itu di dapur.

  "Buat teh susu Mak Mah." Jelas Syuhada ringkas. Berusaha juga dia mencari di mana susu di mana uncang teh dan di mana jug kecil untuk dia kacau air.

  "Siapa nak minum tu?"

  "Aizatlah Mak Mah. Mak Mah tak minum ke air ni? Syu boleh buat air lain kalau Mak Mah tak minum." Dia berpaling memandang ibu Aizat. Air tadi sudah siap dikacau. Tinggal hidang sahaja.

  "Mak memang minum tapi Aizat tak minum. Dia tak suka air ni. Dia lagi suka nescafe panas." Jelas Puan Halimah.

  "Hah?" Syuhada naik hairan. Masih segar lagi di ingatannya yang Aizat katakan teh susu ataupun teh tarik itu kegemarannya. Atau sebenarnya lelaki itu auta saja untuk menjaga perasaannya?

  "Tapi kalau dah buat tu tak apalah Syu. Nanti mak buatkan dia air lain. Syu pergilah panggil Aizat dengan anak kamu tu makan."

  Syuhada akur. Dia terus basuh tangan dan keluar dari ruang dapur. Ruang hadapan menjadi destinasi. Syah sedang khusyuk menonton televisyen yang menayangkan cerita kartun di astro ceria. Tak sangka juga rumah kampung pun mampu untuk pasang astro. Syuhada yakin kalau tak ada astro ataupun kartun, Syah akan meragam macam tak dapat makan sebulan.

  "Syah, papa mana?"

  "Luar." Bibir dia juih ke luar pintu yang terbuka. Syuhada biarkan anaknya menonton televisyen. Dia melangkah keluar. Kelihatan Aizat duduk di tangga paling bawah. Syuhada pula mengambil tempat di bahagian atas tangga. Dia juga sama duduk. Belakang tubuh Aizat dipandang.

  "Awak memang tak suka teh susu ke Aizat?" Tanya Syuhada memecahkan suasana. Dapat dia lihat teruna itu tersentak sebelum memalingkan muka. Terus dia tarik nafas lega sebaik ternampak Syuhada yang menegurnya. Sangka dia ada makhluk lain yang mengganggunya.

  "Ingatkan langsuir mana tadi." Gumamnya tapi cukup didengari mereka berdua. Syuhada tersenyum tipis. Tak ada niat pun dia nak terkejutkan lelaki itu. Dia cuma tidak tahu bagaimana hendak menegur.

  "Saya tanya ni."

  "Suka."

  "Awak tengah nak jaga hati saya ke?" Soal Syuhada lagi, masih tidak puas hati dengan jawapan Aizat.

  "Tak adalah. Saya memang suka teh susu. Kenapa awak tanya ni?" Aizat palingkan muka memandang Syuhada. Dahinya penuh kerutan.

  Syuhada menggeleng perlahan.

  Kemudian suasana kembali sunyi.

  "Aizat..." wajah lelaki itu dipandang. Dia tak tahu kenapa bila saja dia dekat dengan jejaka ini dia rasa tenang. Tenang yang lain macam. Dia rasa selamat. Dia rasa senang. Masalah yang dia pikul ibarat hilang serta-merta.

  "Awak betul ke nak kahwin dengan saya?" Syuhada sambungkan jari telunjuk dari kedua tangannya. Bila topik itu dibuka dia jadi segan. Lelaki mana yang sudi terima balu sebagai isteri? Ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh dijadikan suri hidup mereka. Lagipun dia sudah berumur. Hidupnya mungkin tidak panjang.

  "Syuhada... saya tak pernah main-main dalam hal macam ni. Saya nak hidup dengan awak. Dengan ikatan yang halal." Lelaki itu merenung langit malam. Matanya membundar menyaksikan keindahan langit Allah di malam hari yang penuh dengan cahaya bintang dan juga cahaya satelit di angkasa.

  "Saya tak pernah rasa perasaan ni. Rasa tenang. Rasa selesa. Bila awak dan Syah ada dengan saya, saya rasa bahagia. Selama saya hidup, tak pernah lagi saya rasa macam ni." Ulasnya tanpa dipinta. Syuhada di belakang hanya merenung. Dia agak terusik dengan ayat Aizat.

  Perasaan mereka sama.

  Syuhada ukir senyuman hambar. Dia tak pasti sama ada dia mampu lupakan Farhan. Bukan melupakan. Dia tidak yakin hati dia ini terbuka untuk lelaki lain selain Farhan. Telah banyak dia dan Farhan tempuhi. Suka duka mereka bersama. Syuhada jadi takut untuk bersama dengan orang lain. Takut dia akan membandingkan kisah hidup dia dan Farhan dengan dia dan orang lain.

  "Syuhada Umairah.." seru Aizat lembut. Syuhada angkat kepala. Mata mereka bertentang.

  "Boleh tak awak janji dengan saya sesuatu?" Tanya Aizat sambil matanya menikam sepasang mata hazel. Syuhada hanya memandang tanpa membalas.

  "Janji untuk lepaskan cinta awak pada Farhan dan belajar berikan hati awak pada saya?"

  Saat itu, Syuhada merasakan hatinya disiat kasar. Air mata secara langsung jatuh. Dia pejamkan mata. Bayangan Farhan bermain di kota fikirannya. Semuanya.

  "Macam mana Aizat? Saya tak mampu." Kata Syuhada dengan nada tertahan. Hampir saja tidak terkeluar suaranya. Kepalanya menggeleng kecil.

  Petang tadi saat Aizat suarakan kepada bondanya yang Syuhada adalah bakal isterinya dia sudah terkejut. Sinar cahaya bahagia dari Mak Mah menambah rasa bersalah dalam jiwa Syuhada untuk menolak. Bukan setakat itu, Mak Mah siap tanya macam-macam. Keputusannya langsung tiada siapa yang tahu. Lagipun, dia tiada keputusan. Syah sudah bersorak gembira hinggakan Mak Mah, ibu Aizat dipanggil Tok Ma. Syuhada hanya kaku.

  "Syuhada... percayakan saya. Terima saya seadanya."

  Syuhada kian tertunduk. Hatinya meronta. Antara Aizat dan Farhan, dia perlu buat keputusan besar.

  Farhan ada di hati manakala Aizat orang baru yang menghulur cinta baru.

  Syuhada buntu.

.

.

  SYUHADA mengangkat pinggan mangkuk di atas meja dan dibawa ke dapur. Waktu makan tadi sunyi. Hanya kedengaran telatah Syah dan Aizat. Syuhada langsung bungkam. Makan pun tidak banyak. Dia banyak berfikir.

  Kemesraan Aizat dan Syah di depan matanya tadi juga menganggu fikirannya. Dapat dia saksikan anak lelaki dia itu tersenyum lebar. Bahkan gelaran papa itu seperti sudah melekat pada lidah mereka berdua.

  "Syu?" Panggil Puan Halimah melihat bakal menantunya itu mengelamun jauh. Pinggan di tangan Syuhada diambil untuk dibasuh. Syuhada tersentak sebaik pinggan di tangannya hilang.

  "Kamu fikir apa?" Tanya Puan Halimah sambil tangan ligat mencuci kotoran di pinggan.

  "Tak ada apa Mak Mah. Fikirkan Syah." Dalih Syuhada. Tidak mahu dia suarakan masalah itu kepada Puan Halimah. Dia takut itu akan mengguris perasaan wanita tua itu. Biarlah dia yang tanggung semua itu.

  "Syu..." panggil Puan Halimah lagi melihat Syuhada seperti kembali termenung.

  "Ya Mak Mah?"

  Puan Halimah tutup pili air. Tangan dilap pada kain yang tersidai. Wajah wanita yang menjadi pilihan anaknya dipandang. Jemari halus itu ditarik lembut dan digenggam erat. Anak mata mereka berpandangan.

  "Sejak nama mak jadi buruk dekat kampung ni, Aizat selalu muram. Dia marahkan mak sebab mak degil tak nak pindah KL dengan dia. Aizat banyak sibukkan diri dengan belajar dan kemudian kerja sampai lupa nak makan. Tapi hari ni, mak tengok anak lelaki mak, gembira sangat bawa balik Syu jumpa mak. Syu, mak tak harap lebih. Mak cuma harap yang terbaik buat anak mak. Mak tahu Syu masih berfikir dengan keputusan yang Syu akan buat. Mak pun tak ada suami. Kita sama-sama balu. Mak faham perasaan untuk lepaskan rasa sayang pada arwah suami kita. Jadi mak nak ingatkan pada Syu. Syu buatlah keputusan yang terbaik untuk diri Syu dan anak Syu. Mak tak paksa Syu nikah dengan Aizat. Kalau diikutkan memang itu harapannya tapi mak tak nak paksa. Syu ambillah masa untuk Syu fikir. Mak tak kisah tapi jangan lama sangat Syu. Mak risau hati Aizat pula terluka kalau Syu lewatkan keputusan."

  Syuhada terkedu. Wanita itu lebih banyak makan garam jadi dia lebih tahu kehidupan ini. Syuhada tayang senyum nipis. Wanita itu lantas meminta diri meninggalkan Syuhada di situ sendirian.

  Syuhada termenung. Fikirannya tepu. Dia perlukan masa untuk semua ini. Dia perlu fikir baik buruk yang akan terjadi kelak. Dia akhirnya hela nafas lemah. Dia naik terus ke bilik Izzati yang menjadi tempat dia dan Syah berehat malam ini.

Dedicated To Wife ✓Där berättelser lever. Upptäck nu