BAB 46

1K 72 10
                                    

Actually I want to make Aizat is Farhan tapi nahh, let's wake up. This is not fantasy sobsob...

.

.

.

.

SAKIT kepala menjengah. Syuhada cuba bangkit dari pembaringan perlahan-lahan.

Jam dicari. Sudah menjadi kewajiban untuk melihat waktu setiap kali bangun tidur. Mata merayap ke seinci bilik sebelum terpaku pada jam loceng Syahadat.

3.45 pagi.

Sudah pagi. Dia benar-benar terlena. Syuhada kembali baring. Mata merenung siling.

Otaknya tepu. Penat memikirkan masalah yang semakin mencengkam jiwa dan raganya.

Aizat bukanlah Farhan.

Syuhada senyum pahit. Kenapa dia boleh terfikir sekujur mayat bisa bangkit dan hidup semula selepas tujuh tahun at the first place?

Ini bukan dogeng. Bukan dunia magika.

Ini hanya realiti yang dia harus akur. Hakikat bahawa Farhan Umar telah lama menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Suaminya adalah Aizat Uqaish.

Selepas tahu kebenaran ujian DNA itu, Syuhada belajar mencintai suami. Dia letak sepenuh kepercayaan pada lelaki itu. Semua sudah terang saat itu. Dia akur dengan jodohnya bersama Aizat. Kerana itu, dia mula berlembut dalam perkahwinan mereka.

Namun siapa sangka hari yang terik tidak sampai ke petang? Hujan lebat membadai mereka.

Aizat jumpa laporan ujian itu dan akhirnya rasa dikhianati.

Sikit pun Aizat enggan mendengar alasan Syuhada. Yang lelaki itu tahu hanya kekecewaan. Memang layak pun dia terima amukan Aizat.

Dia banyak berahsia. Jikalau dia jujur dari awal, mungkin perkara ini tidak seteruk sekarang. Hinggakan Syahadat menjadi barang perjudian.

Aizat tahu sangat kelemahannya.

Terkenang perwatakan Syahadat yang lantang menentang Aizat, dia rasa sayu. Kasihan anak itu. Dia tak bersalah tapi terpaksa terbabit secara tidak langsung.

Syuhada segera gagaukan tangan mahu memeluk permata hatinya.

Seketika Syuhada bungkam. Mata melirik ke sisi.

Kosong.

Terus Syuhada bangkit. Dipandang ke bawah katil jikalau Syahadat tidur hingga jatuh dari katil.

Tiada.

Wajah Syuhada sudah pucat. Bukan ke semalam dia tidur memeluk Syahadat? Mana anaknya ini? Tandas juga tidak terpasang lampunya.

Sudah. Mana pergi anak lelakinya?

Hati spontan bergemirap mengenangkan perbalahan dengan Aizat. Laju kaki Syuhada dijatuhkan ke lantai sebelum dicorak ke luar bilik.

Melihat pintu sudah tidak berkunci sedangkan semalam dia mengunci pintu ini, sah anaknya memang dah keluar.

Seisi rumah yang gelap menambah rasa dedau. Syuhada lihat biliknya bersama Aizat. Kosong juga.

Nafas Syuhada jadi tak betul. Diusung kaki turun ke tingkat bawah. Seluruh lampu dipasang.

"Syah? Syah dekat mana?" Laung Syuhada dengan harapan ada yang membalas.

Khali.

Syuhada gigit bibir. Ke dapur, tetap tiada orang.

Langsir ruang tamu diselak sebelum wajah Syuhada memucat. Kereta Aizat tiada!

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now