BAB 22

2K 133 8
                                    


-----

Ruang meja makan terasa sunyi. Hanya terdengar suara Syah yang kecoh dilayan oleh ibu kepada Aizat. Syuhada hanya melirik dari hujung mata. Serta-merta senyumannya terukir. Sejuk matanya melihat Syah tidak kekok bersama orang baru. Syukurlah.

  Cuma... Dia sedikit gusar dengan adik Aizat. Izzati langsung tidak bersuara. Bila ditanya soalan sekali pun, dia akan memberi jawapan seringkas mungkin. Kemudian, akan ada seketika dia menjeling Syuhada tanpa sebab.

  "Aizat, kamu tak nak pergi honeymoon ke?" Tanya Puan Halimah kepada Aizat dan Syuhada. Biasanya pengantin baru sangat menantikan bulan madu, jadi kenapa tidak anaknya?

  "Er..." Syuhada kaku. Gelas yang berisi air kosong diteguk pantas. Hampir saja dia tersedak. Kenapa soalan mengejut perlu ditanya sewaktu makan? Tidak ada waktu lain ke?

  Syuhada melirikkan mata memandang Aizat di sebelahnya. Lelaki itu sunggih senyuman kacak.

  "Ada mak."

  Tangan Syuhada berhenti menggaulkan nasi dan lauk. Dia tidak mahu tersedak lagi. Takut-takut andai suaminya mahupun mak mertuanya akan mengejutkan dia dengan soalan atau jawapan mengejut.

  "Bila kamu nak pergi?"

  "Esok."

  "Esok?" Syuhada menekup mulut dengan tangan kiri. Dia mengemam bibirnya. Kenapa gatal sangat mulut hendak menyoal? Bagilah suaminya cerita dahulu! Eee mulut ni!

  Aizat menoleh memandang Syuhada yang menekup mulut. Senyuman nakal ditayang.

  "Ya sayang. Esok kita gerak."

  Bulu roma Syuhada segera bangkit. Seram sejuk dia melihat senyuman Aizat. Seperti ada maksud di balik senyuman itu.

  "Kamu nak ke mana Aizat?"

  Aizat memandang semula maknya. Syuhada lekas menarik nafas lega. Dia jatuhkan pandangan. Berdebar jantungnya melihat senyuman nakal Aizat.

  "Dekat-dekat je mak. Cameron."

  "Cameron? Syah tak pernah pergi Cameron! Syah nak ikut boleh?" Syahadat laju menegakkan tubuh. Teruja dia mendengar nama tempat itu. Dia ada mendengar cerita dari rakan-rakannya yang pernah melawat kawasan itu. Kata mereka tempat itu sejuk. Dia hendak ke sana!

  "Mana boleh Syah. Ni percutian papa dengan ibu. Budak kecik tak boleh ikut." Rambut Syahadat dikusutkan sengaja.

  "Alah, nak ikut! Ibu boleh pergi kenapa Syah tak boleh?" Bibir dia cebikkan. Dia tidak puas hati. Selama ini dia tidak pernah berpisah dengan ibunya, masakan kali ini dia perlu lepaskan ibunya pergi? Oh tidak!

  "Syah nak adik tak? Kalau nak, Syah duduk dengan Tok Ma dengan aunty Zati ajelah. Biarkan papa dengan ibu bercuti."

  "Betul ke Syah boleh dapat adik?" Matanya terus bersinar. Terpancar cahaya kegembiraan.

  Syuhada terkedu. Dia tergamam dengan ayat yang dilontarkan oleh mak mertuanya. Adik, atau lebih tepat anak. Dia melirik ke arah Aizat. Lelaki itu hanya pasung senyuman. Ah, lelaki itu pastilah tak kisah tetapi dirinya? Sudah bersediakah dia?

  Kunyahan Syuhada semakin perlahan.

  "Berapa lama papa dengan ibu pergi?"

  "Lima hari."

  "Hah?" Wajah Syuhada memucat. Dia terus angkat wajah dan menikam memandang Aizat.

  "Aizat, saya minta cuti dua hari aje tau. Lusa saya kerjalah." Jelas Syuhada. Kenapalah Aizat tidak berbincang dengan dia dahulu?

  "Tahu." Ringkas sahaja jawapan yang diberi Aizat. Syuhada pandang tidak percaya.

  "Sudah tu kenapa pandai-pandai rancang tanpa saya?" Puan Halimah dan Izzati langsung diabaikan. Dia sedikit bengang sekarang. Sudahlah pengetua sekolahnya itu tegas. Kalau silap buat tugas memang naya. Inikan pula bercuti melebihi permohonan cuti yang diminta. Matilah dia.

  "Syuhada." Aizat membalas pandangan isterinya. Senyuman tidak pudar dari senyumannya.

  "Saya dah call pengetua awak dan mintakan cuti awak. Dia okey saja. Awak tu yang mengada. Dah tahu kita nikah, kenapa minta cuti sekejap aje? Buat apa simpan cuti tahunan tu lama-lama? Burnt macam tu ajelah akhir tahun." Bebel Aizat. Air kosong diteguk perlahan. Wajah Syuhada dipandang semula.

  Wajah gadis itu pucat.

  "Awak tak percaya? Cubalah call pengetua awak tu tanya. Saya cakap tak percaya." Aizat bangun dan membawa pinggan ke dapur. Syuhada termangu. Selama ini, mana pernah dia telefon pengetua sekolahnya. Paling teruk pun dia berjumpa berhadapan di bilik pengetua.

  "Pergi ajelah Syu. Bukan senang nak cuti. Kira untunglah Aizat minta cuti dari pengetua. Syu ikut ya?" Lembut Puan Halimah memujuk. Dia dapat rasa ketegangan antara dua mempelai yang baru disatukan. Dia faham, mereka berdua harus diberi masa mencari chemistry antara mereka.

  Syuhada tertunduk. Dia runsing. Sebelum dia turun tadi, pihak hospital menelefonnya. Ujian DNA sudah lama siap, hanya tunggu diambil sahaja namun Syuhada tiada masa. Ditambah pula dengan perancangan bulan madu, semakin lambatlah dia tahu kebenarannya.

  Syuhada mengeluh lemah.

__________


Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now