BAB 2

2.3K 166 15
                                    

  Tiba sudah cuti sekolah.

  "Yeayy! Naik plane!" Suara Syahadat yang lantang saja mampu menarik perhatian beberapa pengunjung yang lain di KLIA tersebut. Ada yang tersenyum melihat gelagat Syahadat dan ada juga yang menggeleng kepala, mungkin menganggu ketenteraman awam.

  Syuhada sedari tadi meleret senyuman. Bukan dia tak nak memandu untuk ke destinasi tapi apa salahnya kalau merantau melalui pengangkutan udara? Tak salah pun. Lihat saja Syahadat, teruja sangat nampaknya. Biarlah dia beri pengalaman baru buat Syahadat.

  "Sudah sudah. Meh tolong ibu tarik beg. Kita kena cepat. Nanti flight terlepas, kita pergi zoo sini je biar monkey kejar Syah lagi."

  "No! I hate monkeys! Jom kita gerak sekarang captain!" Laju anak kecil itu berlari. Punya takut dengan monyet di zoo tempatan, hingga ke sudah tak jejak zoo tu lagi.

  Syuhada mengejar langkah Syahadat di hadapan. Budak ni macamlah tahu nak kena ke mana.

  Buk!

"Aduh. Sorry dik. Abang tak perasan." Syuhada laju mengangkat anaknya yang dilanggar oleh manusia yang sedari tadi menghadap telefon. Hanya perkataan 'sorry' dan kini lelaki itu pergi dengan bagasi hitamnya. Langsung tiada hati nak menolong Syahadat untuk bangun.

Syuhada hela nafas. Rasa tidak puas hati ditolak tepi. Syahadat didudukkan sebelum pipi si kecil itu diusap lembut.

  Syahadat mencebik menahan rasa sakit. Berkerut-kerut dahi manakala bibir digigit.

  "Sakit dekat mana sayang?" soal Syuhada.

Jari telunjuk Syahadat segera menunjuk ke arah ke arah lutut. Mungkin rempuhan lelaki tadi terlalu kuat. Syuhada berpaling melihat lelaki itu dan dia sedikit tergamam.

  Mustahil.

  Syuhada geleng kepala. Namun wajah yang sama. Berkali-kali dia tengok pun, orang yang sama. Wajah itu tak berubah. Mulalah Syuhada diterjah pelbagai soalan.

  "Ibu sakit!"

  "Ya ya ibu kat sini."

   Raungan Syahadat menarik Syuhada kembali ke realiti. Lutut Syahadat bertukar merah. Syuhada membaca sedikit ayat lalu ditiup lutut anaknya.

  "Ibu baca apa?"

  "Ibu baca doa supaya kaki Syah tak sakit. Kalau sakit nanti tak bolehlah nak pergi bercuti." Syahadat meng-o-kan sahaja jawapan si ibu. Lantas dia bangun dan renggangkan kakinya.

  "Haahlah ibu tak sakit. Powerlah ibu ada kuasa."

  "Ibu mana ada kuasa. Allah yang ubatkan sakit Syah." terang Syuhada ringkas.

  "Jomlah gerak. Nanti lewat."




  "IBU. Lapar." Adu Syahadat sebaik keluar dari balai pelepasan. Tidak lama pun mereka berada di pesawat namun bagi si anak kecil yang baru belajar naik pesawat, pastinya macam-macam yang dia alami.  Sewaktu pesawat hendak berlepas, jenuh juga Syuhada memujuk Syahadat. Seluruh wajahnya sudah pucat lesi melihat mereka mulai meninggalkan tanah. Hingga sampai ke destinasi pun, Syahadat setia menggenggam erat tangan Syuhada.

  "Kita pergi toilet dulu boleh? Ibu tak tahan ni."

  "Ala... tapi Syah lapar."

"Iya. Ibu pun lapar tapi bagilah ibu pergi toilet dulu. Nanti lega-lega, boleh terus pergi hotel."

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now