EPILOG

2.7K 107 9
                                    

Segala info dalam bab ini hanyalah rujukan daripada internet semata-mata. Sebarang kesilapan dan kesalahan, minta dibetulkan. Sama-sama kita belajar, Insha-ALLAH.

.

.

SULAIMAN anggukkan kepala.

Aizat yang berbaju melayu hitam tanpa sampin mula bangkit. Sebelah tangan memegang sehelai kertas.

"Bismillahirahhmanirahim..."

Suasana rumah kayu itu mula berangin. Semua yang ada utuh berdiam diri.

"Ya Allah , sesungguhnya aku mewakili diriku dan seluruh ahli keluarga keturunanku dengan penuh kesedaran, keinsafan dan pertaubatan, dengan ini berikrar bahawa..."

Semakin kencang angin bertiupan. Bibir Sulaiman terkumat-kamit membaca bacaan-bacaan surah, diikuti jemaah yang lain menuturkan ayah kursi.

"Wahai para jin…

Kami ingin memutuskan semua perjanjian, atau ikatan yg kami, atau orang sebelum kami, atau keluarga besar kami, yang sekiranya perjanjian itu pernah lakukan, baik secara sedar mahupun tidak dengan segolongan jin.

Kami mengharamkan tubuh badan kami dari dimasuki, dihuni atau diperlakukan dengan apa jua tujuan, oleh apa jua jenis jin dan pada bila-bila masa.

Kami menegaskan bahawa kami dengan penuh yakin dan percaya kepada Allah dan hanya kepadaNyalah bergantung mengharapkan perlindungan dan pertolongan, bukan kepada mana-mana golongan jin."

"Huwarghhh!!!" Rumah jadi bergegar dengan suara makhluk halus ini yang berteriak. Dia marah.

"Teruskan Aizat!"

Aizat menggigil namun digagahkan jua. Suara dikuatkan, melawan ngauman sang jin yang mula mengamuk.

"Kami sesungguhnya memutuskan perjanjian antara kami atau nenek moyang kami dengan kamu wahai jin, maka pergilah kamu, kembalilah ke tempat asal kamu, cukuplah dengan apa yang terjadi sehingga saat ini. Kami bebaskan kamu dan kami mendoakan agar kamu nanti menjadi makhluk Allah yang beriman dan taat kepadaNya. Sekiranya kamu enggan dan engkar, maka dengarkanlah… Ya Allah, mulai dari saat dan ketika ini.

Aku tidak menghalalkan semua makanan dan minumanku, seluruh anggota tubuhku dari semua jin yang berada di dalam dan di luar tubuhku atau yang menggangguku.

Ya Allah, Sekiranya mereka (jin) makan dan minum, jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah, sebagai racun buatnya, racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh semua jin-jin itu Ya Allah.

Dengan haq La ilaha illallah Muhamadurasulullah. Amin Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin." Aizat nokhtahkan ikrar pemutus perjanjian yang bertujuan melepaskan ikatan jin saka dengan keluarga dan keturunan keluarga tersebut.

Serentak itu juga bunyi kuat bergema.

Pom!

"AAAARRRGHHHH!!!!" Aizat menggelupur bagaikan mayat dibakar apabila muncul saka yang selama ini mendampinginya mula berubah watak. Menjadi lebih agresif.

Kaki mula terasa basah. Sang saka itu menerkam Aizat lalu dengan kuku yang tajam dibenamkan dari bawah perut Aizat hingga ke hujung kaki. Dilakar garisan-garisan besar sebelum kaki itu membengkak lalu rasa kejang.

Aizat tersadai lemah. Jatuh terbaring. Cuba digerakkan kaki namun hampa. Aizat sendiri tidak mampu merasakan anggota itu. Jika dilihat, tiada pendarahan teruk. Hanya lebam-lebam dek tindakan jin itu namun peritnya tetap terasa.

"Kau jangan fikir boleh lari daripada aku!" Bergoncang hebat rumah orang tua Aizat.

"Aku adalah warga jin yang sedari nenek moyang aku lagi berikrar dan berjanji untuk menyesatkan dan membinasakan kaum cucu cicit Adam hingga ke hari kiamat!! Kau semua adalah makhluk yang jijik!! Kononnya diangkat menjadi khalifah walhal kalian sendiri yang menyimpang dengan janjian kalian!! Kerana itu yang membezakan kalian daripada kami!! Kami berpegang pada ikrar dan janji kami kepada Allah untuk membawa seramai daripada kalian ke neraka jahannam bersama kamii!!"

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now