PROLOG

3.5K 175 25
                                    

Here we go again
The journey of a widow with her son
Live without beloved husband
And actually it killed them
To stay strong for themselves
Without a man's love

There he come
Catch the son's attention
Calling papa without hesistate
Hug him tight like he believes he is the father of him
But the reality is
He's not Farhan,
Named Aizat
Come to test their love and faith
Towards late husband
But she can't resist the love she feel

Day she smiles, night she cries
She paralysed and confused
Thousands of doubt about the love between them
Either a love or a place to cure the miss
The fact that
They never knew
They love each other
But none of true love is there
Both have intention
And killed all the love
For lust they kept.

Buckle up and sit back
This is ain't a romantic love story
It just a place to cure your heart
Towards Syuhan shippers that lose their soul
Due to the previous chapter
That killed them
This is crazy and insane
But, just relax
It won't be hurt
It just killed you, again.

Stargazell
Pasir Gudang
10.8.19

Happy Reading!

🌸🌸🌸

   Syuhada menggenggam erat batu nisan yang terpacak pada kubur seorang manusia yang paling disayangi Syuhada. Selepas ibu dan bapanya, orang itu merajai hatinya. Tidak ada insan lain yang mampu bernaung pada peringkat pertama hatinya. Sungguh, hatinya hanya mencintai lelaki itu sahaja. Tiada lelaki lain. Tawarkan dia berjuta lelaki pelbagai rupa dan personaliti sekalipun, hatinya tidak sudi. Jiwanya tidak mampu dicuri. Hatinya dibiarkan terikat setia dengan si mati walaupun jarak mereka beribu batu berjauhan tanpa sempadan.

   “Ibu.” Syuhada menoleh ke kanan. Anak kecilnya turut bercangkung bersamanya. Jemari kecil itu menolak-nolak ulat-ulat kecil yang merayap mencari makan. Wajah kecil itu mendongak sebaik mengelap jemarinya pada seluar hitamnya.

   “Ibu rindu papa, ya?”

   Syuhada tersentak.

   Tujuh tahun. Tujuh tahun bukan tempoh yang sekejap. Lama... Lama dia menyimpan rindu ini.

    Rindu yang tak mungkin berbalas.

    Rindu yang hanya mampu dipendam sendirian.

    “Ibu janganlah sedih. Nanti Syah sedih juga.” Petah anak kecil itu bersuara. Tangan kiri naik mengusap belakang ibunya. Sepasang mata bundarnya memandang tanah kubur tersebut. Bibirnya dikemam.

    “Nanti kita tengok gambar papa ya? Ibu mesti suka.” Anak kecil itu bersuara lagi.

    Tiada balasan dari ibunya menambah kerisauan hatinya. Setiap kali mereka berpijak ke tanah perkuburan, memang situasi seperti ini akan berlaku. Ibunya akan diam dan hanya membiarkan dia bersuara seorang diri. Ibu akan memilih untuk termenung. Acap kali, dia yang akan memujuk ibunya walhal anak kecil itu sendiri kurang faham apa yang terjadi. Yang dia tahu, dia tidak punya ayah sejak lahir. Hanya si ibu yang setia dengannya sehingga umurnya sekarang.

    Tujuh tahun dia membesar tanpa kasih sayang bapa. Dia tidak tahu perasaan bahagia memiliki seorang ayah yang sering dijadikan hero oleh rakan-rakannya. Apabila cikgu di sekolah membuka topik keluarga dan lebih spesifik mengenai ayah, dia seorang yang akan terpinga-pinga. Mendengar cerita yang pelbagai oleh rakan-rakannya membuat dia cemburu.

    Namun, cemburunya tidak berasas.

    Dia tidak kenal seorang ayah.

   “Ibu, nak hujan.” Syahadat mendongakkan kepala. Air hujan menitis mengenai wajahnya. Lekas dia sapu dengan tangannya. Seketika dia jatuhkan semula wajah pada ibunya. Sebelah telapak tangan dibiarkan bernaung atas kepala si Syuhada, tidak mahu ibunya basah. Syahadat kembali merenung kubur di hadapannya.

    Kubur itu, tanah itu serta batu nisan itu dia sedar milik ayahnya. Tulisan jawi pada batu nisan tidak pernah dia faham  tetapi setelah bertanyakan kepada si ibu, dia mula sedar. Batu nisan itu menempatkan nama arwah ayahnya berserta tarikh dia hidup sehinggalah nyawanya dicabut.

Farhan Umar bin Farish
24/4/1996 – 20/12/2013

    Ya. Lapan belas tahun sahaja. Lapan belas tahun usia yang dipinjamkan oleh si Ilahi buat ayahnya.

    Bak kata si ibu lagi, saat ayahnya memejam mata, dia pula yang mencelikkan mata untuk melihat dunia buat kali pertama.

     Sadis.

    Jarak masa dua nyawa itu hanyalah beberapa minit.

    Syahadat semakin kerap menyapu wajahnya yang basah. Air mata kian menitik laju. Wajah si ibu dipandang sayu. Dia tahu ibunya bersedih tetapi dia tidak suka andai sebegini teruk. Hari sudah gelap masakan ibunya masih terus-menerus hendak duduk di sini?

    “Ibu, jomlah.” Syahadat menarik-narik lengan Syuhada. Dek kegeraman tidak dilayan, Syahadat menarik dengan sekuat hati sehinggalah ibunya berpusing menghadapnya.

    “Kita balik?” soal anak kecil itu.
Syuhada renung wajah yang sudah dibasahi air hujan.

     Wajah itu... saling tidak tumpah seperti arwah suaminya. Anak kecil itu memiliki sepasang mata karbon seperti suaminya. Lekuk wajah anaknya juga seiras suaminya. Hidung dan kening juga tidak berubah. Hanya bibir anaknya sahaja yang mengikut gen dirinya. Wajah ini persis Farhan.

     Tujuh tahun berlalu, bermacam jenis manusia dia temui namun langsung tiada satu pun yang mampu membuka kembali pintu hatinya. Biarlah dia tutup selamanya supaya dia dapat berpegang tangan dengan Farhan, melangkah titian As-sirat bersama sehingga ke syurga.

     Farhan...

    Kalau mampu diundur waktu, Syuhada akan mengambil peluang menyelamatkan suaminya tetapi sayangnya kejadian tersebut sudah pun berlaku. Mana mungkin masa dapat diputar. Kalau dia menangis air mata darah sekali pun... mustahil. Perkara sudah lepas.

    “Ibu... Baju Syah dah basah.”

     Lamunan Syuhada mati. Segaris senyuman ditayangkan kepada anak kecil itu.

     “Okey, jom balik.”

     Mereka berdua mula bangkit dan meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now