BAB 13

1.7K 143 26
                                    

  "Cikgu!" Bella laju menyarungkan seliparnya untuk mendapatkan aku. Pintu pagar automatik terbuka perlahan-lahan. Tangan Syuhada ditarik laju.

  "Kenapa kamu ni Nabila?"

  "Syah cikgu. Dia demam!"

  "Hah?!" Tanpa disuruh Syuhada mempercepatkan langkahnya. Bella laju membimbing Syuhada ke bilik ditempatkan Syah.

  Kelihatan Tasha dan Marsha turut berada di situ. Gelak tawa menghiasi wajah kembar tersebut dan tak terlepas juga Syahadat. Tiba saja Bella dan Syuhada, tawa mereka terhenti. Syahadat yang ternampak susuk tubuh ibunya laju menutup muka dengan selimut dan dipandang tingkap.

  Syuhada terus menghampiri anaknya. Bella pula mengajak anak kembarnya keluar, memberi privasi kepada pasangan anak beranak tersebut.

  "Syah, Syah okey tak sayang ibu ni?" Selimut ditarik turun. Wajah anaknya dibelek. Tangan dilekap pada dahi. Benar. Memang panas.

  "Kita pergi klinik ya?"

  "Tak naklah." Syah tarik kembali selimut menutupi wajahnya.

  "Jomlah, papa bawa." Syuhada masih cuba memancing dengan Aizat.

  Syahadat angkat tubuh. Sangka Syuhada anak lelakinya itu akan teruja berjumpa Aizat, tetapi sebaliknya. Wajahnya mencuka. Wajah ibunya dipandang lama.

  "Ibu..." Anak mata Syuhada dipandang tepat. Tangan ibunya ditarik lembut.

  "Kenapa ibu macam ni?" Suaranya serak, cuba menahan rasa. Matanya tidak berganjak, masih setia memandang Syuhada.

  "Macam apa sayang? Syah bukan suka ke jumpa papa?"

  "Memang Syah suka. Tapi Syah tak nak ibu sedih." Suaranya melirih.

  "Kenapa pula ibu nak sedih?"

  "Ibu tak suka Syah dekat dengan papa. Syah tahu. Syah dengar. Syah cuma nak papa Syah. Orang lain semua ada ayah, tapi Syah tak ada. Syah sedih bila orang kata Syah tak ada hero. Syah nak hero Syah. Syah nak papa. Syah dan Farhan Syah. Bukan Farhan Syahadat, Syah cuma nak papa, Farhan Umar. Syah nak papa." Akhirnya dia kalah. Air matanya tumpah. Segala bebanan yang dia rasa, dia lepaskan kini.

  Syuhada terkedu mendengar luahan anaknya. Sangkanya anaknya teruja tetapi tidak. Aizat hanya tempat dia lepaskan rindu.

  Syah nak bermanja dengan papanya.

  Syah nak peluk papanya.

  Syah nak kasih sayang seorang ayah.

  Dek kerana itu, dia sanggup jadikan Aizat sebagai mangsa. Kerana muka mereka yang langsung tiada beza, dia lagi merayu. Dia lebih meminta. Bila Aizat melayan, berganda-ganda rasa kecanduannya. Ghairah mahu mendambakan belaian lelaki itu, biarpun sekadar berpura-pura.

Itu sebenarnya anak kecil itu rasa.

  "Syah tahu ibu tak suka. Syah tahu ibu sedih bila Syah tak sayang papa Syah sendiri. Tapi Syah nak peluk papa. Syah nak cium papa. Syah nak cakap i love you dekat papa macam Syah buat dengan ibu. Syah nak papa ajar Syah macam-macam. Syah nak papa ada dengan kita. Syah tak nak ibu sedih. Syah tahu Syah tak ada atok nenek. Hari-hari Syah doa dekat Allah. Syah nak papa, Syah nak papa. Syah cakap Syah rindu papa. Dan Allah bagi bu. Allah bagi papa tapi bukan papa Syah yang sebenar." Gongoinya lagi. Tubuh ibunya sudah selamat di dalam pelukannya.

  Syuhada bungkam. Masih terkejut. Betapa sayangnya anak kecil ini kepada dia dan Farhan. Betapa besarnya doa anak ini untuk lihat mereka bahagia. Betapa sakitnya anak ini melihat anak-anak lain bahagia bersama ibu dan ayah mereka.

  Anak ini tiada papa. Anak ini tiada atok nenek dari kedua belah pihak. Anak ini tiada saudara terdekat kecuali Mak Long. Anak ini cuma hanya ada dia sebagai ibu. Anak ini sedih dalam diam, memendam segala rasa.

  "Ibu..." Wajah ibunya disentuh. Wajah itu sungguh lencun sama seperti wajahnya kini. Dia kesat wajah ibunya dengan jemari kecilnya.

  "Ibu tak nak cari papa baru?"

  Syuhada terpanar. Jantungnya seperti luruh ingin jatuh. Papa baru sama juga dengan suami baru. Serta-merta dia teringat kembali surat terakhir Farhan. Farhan pernah kata, dia izinkan kalau Syuhada nak cari pengganti lain sebagai suami. Liur dia telan lambat. Dia teringat juga Izuan.

  "Ibu..." panggil Syahadat melihat tiada reaksi dari ibunya. Mungkin soalannya silap.

  "Syah minta maaf. Syah macam budak kecik minta macam-macam." Dia mencebik. Dia pun tak faham dirinya. Kenapalah soalan itu yang terpancul keluar?

  "Syah nak ibu kahwin lain?" Tanya Syuhada semula. Wajah anaknya direnung dalam. Mata itu penuh derita hakikatnya yang dia tidak nampak.

  "Syah... tak paksa." Dia tundukkan kepala.

  "Syah nak papa baru? Yes or no?" Soal Syuhada lagi.

  Akhirnya, dengan tempo perlahan Syahadat menganggukkan kepala. Serta-merta air mata Syuhada kembali jatuh. Jemari membentuk buku lima. Dalam hati dia mencari kekuatan. Wajah Farhan kembali terbayang.

  Farhan.. patut ke saya cari pengganti awak?

.

.

   SEPANJANG perjalanan pulang, Aizat kaku di tempat pemandu. Sudah banyak kali dia cuba hangatkan suasana namun hampa. Anak mahupun ibu tidak terasa. Kesudahnya dia diam. Syahadat juga sama. Entah kenapa kali ini dia diam. Mungkin kerana demam. Kesian anak itu.

  Aizat tarik handbrake sebaik tiba di rumah Syuhada. Terus dia tanggalkan tali pinggang keledar. Pintu dibuka. Laju dia bergerak ke pintu belakang dan dibukakan pintu untuk Syahadat. Anak itu didukung walaupun Syahadat menolak. Dia jatuh kesian melihat anak kecil ini demam. Jadi biarlah dia beri layanan teristimewa yang dia mampu.

  "Papa..." panggil Syah yang masih berpaut pada leher Aizat.

  "Ya?"

  "Syah minta maaf susahkan papa." Ucapnya tulus.

"Nothing. Papa tak kisah." Tubuh kecil itu diletakkan di bilik yang dibuka oleh Syuhada. Syahadat menarik lengan Aizat saat lelaki itu mahu pergi. Aizat terus memandang anak itu. Mana tahu andai dia perlukan sesuatu.

  Aizat tarik semakin mendekat. Dia mahu cakap sesuatu, tetapi tidak mahu didengari ibunya.

  "Syah cakap ni papa jangan marah eh?" Pintanya dulu. Takut juga kalau kejap lagi lelaki itu terkejut beruk. Aizat menyimpul senyum tetapi kepalanya terangguk jatuh.

  Syahadat ukir senyuman.

  "Papa kahwin dengan ibu boleh?"

  Aizat diam. Dia tak jangka soalan itu yang ditanya. Wajah Syahadat dipandang penuh kasih.

  "Doakan papa dengan ibu." Jawapan penuh tersirat. Syahadat kerut dahi tidak faham. Aizat melebarkan ukiran senyum. Dahi anak itu dikucup dan berlalu keluar.

  Doakan Allah izinkan semuanya berlaku Syah.

____

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now