BAB 18

1.7K 137 23
                                    

  Maaf lambat. Selamat membaca~

------

TEMPOH sebulan telah berlalu. Esok hari Syuhada dan Aizat perlu buat ujian darah dan selepas itu semua selesai. Hantaran sudah siap dibeli dan diperkemaskan. Busana akan mereka ambil dua minggu lagi.

  Syuhada di dalam biliknya tidak lagi membuat kerja. Buku-buku pelajar yang harus ditanda ditinggalkan sekejap. Pertemuan dia dengan Amri petang tadi mengusik dia.

  Aizat adalah Farhan?

  Itu kata mereka setelah masuk tiga bulan arwah hilang. Cadangan yang diberi Izuan turut menambah gemuruhnya.

  "Cikgu ajak Syah untuk buat DNA test. Tengok sama ada synchronise dengan Aizat atau pun tidak. Itu saja cara untuk buktikan Aizat adalah Farhan."

  DNA test.

  Dia tak kisah nak buat ujian itu tetapi takut Aizat kata dia seperti tidak mempercayai dia lagi. Nampaknya, terpaksalah dia berahsia hal ini. Dia akan beritahu doktor untuk merahsiakan ujian darah tersebut.

  "Syah ikut ibu esok boleh?"

  "Buat apa ibu?"

  "Adalah. Ikut ibulah sayang. Sekejap je. Lepas tu ibu belanja Syah makan ais kepal. Nak?"

  "Nakkk!!" Membulat mata Syah bila ditawarkan dengan makanan sejuk. Cuaca sekarang panas, kalau makan makanan sejuk siapa saja mampu tolak.

  Syuhada tersenyum nipis. Nasib anaknya hendak ikut. Kalau tak terpaksa pula cari hari lain. Lagi payah kerana belum tentu dia akan ada masa lapang lagi.

 .

.


  KAKI mereka melangkah keluar dari bilik doktor yang ditugaskan. Syuhada terus duduk di bangku yang ada di sepanjang koridor diikuti anaknya dan Aizat.

  "Lepas ni kita cuma perlu ambil busana. Minggu depannya lagi kita boleh ambil keputusan darah dan semuanya selesai." Jelas Aizat tanpa dipinta. Syuhada mengangguk sahaja. Kepalanya sedang memikirkan cara untuk lari sekejap dari Aizat.

  "Jomlah kita gerak."

  "Aizat."

  Aizat yang baru hendak membuka langkah kembali duduk. Wajah tunangnya dipandang hairan.

  "Saya nak pergi tandas dulu." Pinta Syuhada.

  "Oh pergilah. Saya dengan Syah tunggu dekat kereta okay?"

  "Tak apa ke Syah ikut awak?"

  "Macam tak biasa pula awak ni. Syah ni nanti anak saya juga. Syah ikut papa ya?"

  "Okey! Syah tak sabar nak makan ais kepal! Nyum, nyum sedapnya! Ibu cepat sikit tau!"

  Lagi membulat mata Syuhada. Semalam baru saja mereka berbincang rancangan mereka, harini Syah sudah lupa. Aduh.

  "Syah!" Suaranya keras. Anak yang sedang memandang skrin telefon mengangkat kepala. Matanya berkelip lama melihat ibunya membulatkan mata seperti memberi isyarat.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now