BAB 37

974 65 12
                                    

“KAMU dah fikir betul-betul ke Syuhada? Kenapa secara tiba-tiba?”

Syuhada menunduk. Semalam dia sudah tekad untuk melepaskan pekerjaannya sebagai guru. Surat perletakan jawatan 24 jam telah dia sediakan dan kini dia berada di bilik berpenghawa dingin, berhadapan dengan puan pengetua. Pastinya beliau terkejut mendapat surat rasmi daripadanya. Tiada angin, tiada ribut mahu berhenti kerja. Siapa aje tak pelik.

“Saya dah buat keputusan puan.”

“Ya, memang kalau diikutkan SOP awak layak untuk lepaskan jawatan awak sebab awak berkhidmat sebagai guru lebih 10 tahun tapi awak belum masuk fourty series lagi, Syuhada. Kalau awak berhenti sekarang, awak tak dapat duit pencen.” Pengetua memberi penjelasan tentang prosedur melepaskan jawatan sebagai guru. Kepalanya tidak dapat terima berita mengejut ini. Selalunya mereka yang meletakkan jawatan adalah kerana ingin pencen awal tetapi dalam kes ini, Syuhada baru 33 tahun. Ada tujuh tahun untuk dapat pencen awal tetapi wanitia itu enggan.

“Tak apa, puan. Saya memang betul-betul nak berhenti.”

“Awak ada masalah ke? Saya boleh bagi cuti tanpa gaji untuk awak kalau awak ada masalah peribadi. Sepanjang tempoh cuti, awak fikirkan semula keputusan awak. Saya tak nak awak buat keputusan terburu-buru. Nanti awak menyesal.”

Syuhada senyum tawar. Kalau dia ambil cuti tanpa gaji, sampai bila agaknya? Lagipun, sudah lebih dari cukup dia berbakti kepada anak muda. Kini, dia hanya mahu rehat. Mahu mencari ketenangan hidup.

Syuhada gelengkan kepala. “Saya tekad. Saya takkan pandang belakang semula, puan.”

Pengetua menghembus nafas perlahan. Mata memandang Syuhada lama. Dia di sini sudah 5 tahun. Dia kenal guru muda ini. Memang seorang yang baik dan peramah dengan anak murid. Bila wanita ini mengambil keputusan untuk berhenti, seperti dia hilang mutiara di lautan. Hilang seorang guru boleh diibaratkan satu api lilin sudah terpadam. Anak-anak yang sebelum ini menggelilingi lilin itu terpaksa berpindah cahaya.

“Kalau itu kata awak, saya tak boleh buat apa-apa lagi. Terima kasih atas semua jasa awak dalam bidang ini, Syuhada.”
Syuhada mengangguk kecil. Tubir matanya panas. Hakikatnya dia enggan berhenti tetapi keadaan memaksa dirinya.

Lagipun, dia akan bertolak ke Mersing. Jadi, dia tak mahu mencampur-aduk urusan sekolah dan peribadi.

Istikharah telah dia buat tiga malam berturut-turut dan kata hatinya kuat menyuruh dia berhenti. Buat kali pertama dalam sejarah, dia mengundur diri dalam bidang pendidikan. Dia tarik diri dari menjadi tenaga pelajar.

“Terima kasih, puan. Saya akan kemaskan barang saya hari ini juga.”

.

.

SATU kotak di atas meja Syuhada capai. Kerus yang ada dia tarik dan labuhkan duduk. Kulit kotak empat segi tepat diusap perlahan. Mata melilau melihat keadaan bilik ini. Sudah dua bulan dia tidak pulang ke sini. Di sinilah segala kenangan dia dan Farhan tersimpan kemas. Dan di sini juga dia membesarkan Syahadat, mengenalkan anak itu kepada bapa yang sudi jauh pergi dari bumi.

Kini... Dia kembali sendirian.

Tanpa Farhan.

Tanpa Syahadat.

Dan...

Jemari Syuhada hinggap pada perutnya yang kempis. Tanpa nyawa yang menumpang di rahimnya.

Pedih...

Tangan pantas menekup wajah, menghalang air mata dari tumpah lagi. Sesungguhnya, dia tak sangka ada si kecil yang dikurniakan untuk dibesarkan tetapi dia terlewat. Tahu-tahu, anak itu telah pergi tanpa melihat dunia. Allah... Dia teringat kisah dulu. Sebelum lahirnya Syahadat, mereka pernah ada seorang lagi cahaya mata yang menetap. Nasibnya sama dengan yang terbaru. Dua-dua keguguran sebelum sempat diketahui kewujudannya.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now