BAB 31

961 67 2
                                    

NEK CAH!!”

Syahadat berlari-lari anak menghampiri wanita yang sudah menanti di hadapan rumah dengan senyuman di bibir. Tubuh Mak Long didakapnya penuh erat.
Syuhada yang baru keluar dari kereta menyimpul senyum. Girangnya anaknya dapat pulang ke kampung. Ini saja kampung yang dia ada. Kali terakhir dia datang adalah tahun lepas sewaktu raya. Memandangkan hari ini hari minggu ditambah pula dengan cuti umum pada hari isnin, Syuhada mengajak suaminya pulang ke Terengganu. Syukur Aizat bersetuju dengan ideanya. Lagipun sewaktu mereka bernikah, Mak Long tidak hadir kerana perlu ke Johor untuk urusan anaknya.

“Cucu Nek Cah dah sampai. Lama Nek Cah  tunggu tau.”

“Papalah yang lambat. Nak pergi sarapan dululah. Syah dah cakap mesti Nek Cah tunggu lama.” Wajah itu mencuka. Bibir sudah memuncung bebelkan si ayah. Syuhada tersengih bilamana Aizat pamer wajah toya. Padahal Syahadat sewaktu nak gerak kata lapar, maka mereka singgah makan dahulu. Bila di hadapan Mak Long, dicerita benda lain pula. Hailah anak dia ni...

“Ni dah kenyanglah ni?” duga Mak Long kepada cucu kepada adiknya. Kasihnya tumpah sejak Syahadat lahir lagi. Lahir-lahir saja tidak punya ayah. Bukan setakat ayah, malah tiada nenek dan atok dari kedua-dua belah pihak. Dia sebagai mak cik kepada Syuhada dengan senang hati menganggap mereka sebagai anak dan cucunya sendiri.

“Belum! Nak makan kopok lekor Nek Cah!” pantas Syahadat cantas. Mata sudah membulat apabila Mak Long mengusiknya. Syahadat memang, kalau tiap-tiap kali balik Terengganu memang keropok lekor yang dicari. Macam tak pernah jumpa dekat Selangor! Katanya, rasa tak sama. Syuhada hanya mengiyakan. Malas nak berbahas dengan anaknya.

“Amboi. Nek Cah lupa nak gorenglah.” Mak Long menyimpul senyum.

“Alah, Nek Cah! Nak makan kopok lekor. Sedap tau Nek Cah punya kopok lekor. Macam ni sedap dia.” Syahadat angkat ibu jari dengn harapan Mak Long menggoreng untuknya.

“Nek Cah gurau ajelah. Untuk Syah, mestilah Nek Cah dah sediakan awal-awal. Cucu Nek Cah nak balik, mestilah Nek Cah sediakan makan favourite dia.”

Terus Syahadat melaung kegembiraan. Tubuh Mak Long dipeluk erat.

“Assalamualaikum, Mak Long. Mak Long sihat?” Syuhada menghulur tangan dan bersalaman dengan kakak kepada ibunya.

“Waalaikumussalam, Syu. Mak Long sihat aje ni.”

Syuhada ukir senyuman. Dipeluk tubuh tua itu seketika. Terasa kehangatan tubuh mereka bersatu. Langsung Syuhada teringat ibu kandungnya. Sudah lebih sepuluh tahun dia hidup sebagai yatim piatu. Pastinya dia rindu keluarganya termasuk suaminya juga. Sewaktu satu per satu orang kesayangannya dicabut nyawa, dia hanya ada Mak Long untuk luahkan segala. Di bahu wanita itu dia menangis merindui ibu dan ayah, juga adik perempuannya.

“Mak Long,” sapa Aizat yang hadir bersama beg mereka. Mak Long hanya tersenyum melihat wajah suami Syuhada buat kali pertama.

“Aizat ya?” Aizat membalas senyuman sebelum menjawab.

“Aiman mana Mak Long?” Syuhada bertanyakan sepupu lelakinya yang merupakan anak Mak Long.

“Ada dekat dalam. Tidur. Dia sampai malam tadi.”

“Siapa Aiman?” soal Aizat tiba-tiba. Syuhada dan Mak Long langsung menoleh ke arah lelaki itu.

“Anak Mak Long.”

Aizat hanya menganggukkan kepala. Belakang kepala digaru sekilas. Tidak pula dia tahu isterinya ada sepupu. Yang dia tahu hanyalah Syuhada anak yatim piatu yang menumpang kasih ibu saudara. Tidak pula disentuh isu sepupu. Dia juga tidak bertanya.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now