BAB 27

979 72 4
                                    

HARI KEDUA

MATA Aizat tidak lekang dari merenung sekujur tubuh yang hanya berdiam diri. Suara miliknya ibarat hilang. Apabila dia bertanya, hanya anggukan dan gelenggan sahaja sebagai jawapan. Aizat kian buntu. Malam yang sepatutnya indah bertukar kelam.

Tidak mampu menahan perasaan, Aizat merapatkan tubuh menghampiri isterinya. Balik ke bilik, Syuhada langsung mencabut tudung dan baringkan diri. Mungkin wanita itu masih terkejut dengan kejadian tadi. Aizat tahu dia silap tetapi niatnya hanya mengusik. Tidak lebih. Tidak sangka begini pengakhiran hari ini.

“Syuhada...” Aizat menggosok bahu isterinya. Buat pertama kali selepas bernikah, isterinya berpaling muka saat tiba waktu tidur. Aizat tahu jiwa wanita itu kacau. Kalau tidak merajuk pasti Syuhada tidak buat masalah. Silent treatment yang diberi Syuhada ternyata menganggu fikirannya. Mana mungkin dia boleh tidur lena selagi Syuhada masih belum dipujuk?

Jeda. Tiada balasan.

Aizat lepaskan keluhan. Pertama kali menghadapi orang merajuk, dia tidak reti. Setakat Izzati merajuk, dia tidak hairan kerana yakin air yang dicincang tidak akan putus. Kalau sekali Izzati merajuk teruk pun, pasti tiba masa mereka berbaik. Mereka hanya dua beradik, siapa lagi yang nak melayan kerenah masing-masing? Tak begitu?

“Syuhada, pandanglah saya.”

Aizat kemam bibir bilamana tiada respon dari si isteri. Dia menolak selimut ke tepidan mula turun dari katil. Dia berlalu dan bercangkung di sebelah katil tempat isterinya tidur. Andai isterinya tidak mahu berpusing, biar dia yang mengalah. Setakat berjalan beberapa tapak, apalah sangat. Hatinya tidak akan tenang selagi tidak mendapat kata maaf dari isteri. Sanggup dia turunkan ego. Harapanya cukup agar isterinya tidak seperti gadis di luar sana yang cerewet.

Melihat Syuhada yang memejam mata, Aizat tersenyum nipis. Tindakan Syuhada itu tidak pasti betul atau dibuat-buat. Tidak mungkin semudah ABC boleh tidur?

Tangan Syuhada yang bercantum di dada diambilnya lembut. Digosok perlahan. Urat-urat hijau jelas nampak pada kulit putih isterinya. Belakang telapak tangan Syuhada terus dijadikan sasaran bibir. Lama bibirnya berehat di situ.

Mengingati semula kehidupan wanita ini, dia jadi sebak. Begitu tabahnya seorang ibu tunggal meneruskan hidup seorang diri. Tiada ahli keluarga yang lain. Semua bergantung kepada tugasnya sebagai guru. Melahirkan dan menjaga Syahadat sehingga usia tujuh tanpa seorang suami, pastinya lelah. Aizat kagum dengan kesabaran dan kekuatan isterinya ini.

Andai dia di tempat Syuhada, mungkin dia sudah putus asa. Bukan mudah untuk menjaga anak dan bekerja pada masa yang sama. Agaknya, bagaimanalah keadaan Syuhada yang dulu?

Aizat celikkan mata semula dan menjauhkan semula jemari Syuhada dari wajahnya. Ibu jari melukis kosong di atas jemari itu. Jari manis sebelah kanan terletak cincin yang dia beli buat Syuhada sebagai tanda miliknya. Manis kelihatan di situ. Wanita itu langsung tidak mencabut. Alangkah beruntungnya dia. Walaupun hari pernikahan mereka tidak berjalan seperti dirancang, itu semua tidak boleh mengubah realiti bahawa mereka berdua sudah menjadi suami isteri.

Dalam akadnya, dia berjanji dengan Tuhan untuk menjaga seorang hambanya dengan nyawanya. Dalam pada itu juga menguji dirinya sebagai seorang bapa kepada anak Syuhada. Sekali lafaz, dia juga menjadi seorang ayah. Walaupun sekadar anak tiri, kasihnya tumpah kepada Syahadat. Anak baik itulah menjadi kekuatan kepada si ibu untuk meneruskan kehidupan. Sudah tiba masa untuk dia membahagiakan wanita ini. Cukuplah tujuh tahun mereka sengsara dengan perasaan sendiri. Biarlah dia membaja perasaan kasih dan cinta yang pudar dalam hati wanita ini.

“Syuhada...”

Diam.

Dari bercangkung, Aizat berlutut. Dirapatkan wajah untuk melihat lebih dekat seraut wajah isteri. Tangan membelai ubun-ubun sang isteri. Dua ulas bibir jatuh pada dahi isteri.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now