BAB 30

980 71 1
                                    

“ABANG.”

Aizat yang menghadap laptop menukar pandangannya ke arah gerangan yang memanggil. Spontan senyuman terukir di bibir bilamana isterinya yang menghampiri. Di tangan Syuhada ada satu gelas. Syuhada meletakkan gelas itu di atas meja. Laju Aizat curi lihat isi air. Matanya bersinar saat air teh susu yang dihidang oleh isteri. Seperti tahu-tahu yang dia perlukan air pada lewat malam ini.

“Terima kasih, Syu.” Segera lelaki itu mencicip air yang dibuat untuknya. Hati memuji air tersebut. Betul-betul kena dengan seleranya.

“Abang, Syu nak cakap ni.”

“Ya, kenapa?” Aizat memusingkan kerusi dan wajah isteri ditatap. Jemari isteri dicapai dan digenggam lembut.

“Syu risau tengok Syah,” luah Syuhada lemah. Sejak dia pulang, anak itu kurang aktif. Senang kata, memang bukan Syahadat yang dia kenal. Terasa seperti orang lain yang berada dalam tubuh anaknya.

“Kenapa dengan Syah?”

“Dia macam...” Syuhada garu kepala kasar. “Dia nampak murung.”

Aizat kaku. Mata berkelip beberapa ketika. Senyuman tadi terus lesap. Dia bangkit dari duduk. Syuhada laju tahan dada Aizat.

“Abang nak buat apa?”

“Abang nak pergi tengok Syah.”

Syuhada menggeleng kecil.

“Dia dah tidur.” Seketika Syuhada lepaskan keluhan. Wajahnya kusut.

“Syu jangan macam ni.” Pujuk Aizat bilamana dia faham isterinya risau. Lihat wajah saja sudah tahu.

“Macam mana ni abang? Syu tak pernah tengok dia macam tu. Dia betul-betul diam. Tadi Syu jenguk dia, dia tak banyak cakap. Nak berbual dengan Syu pun dia tak sudi.”

“Shh... Esok kita bawak dia pergi jumpa doktor. Okey, Syu?”

Syuhada hanya pasrah. Dia tidak tahu cara apa yang sesuai. Yang dia mahu hanyalah anaknya kembali sihat. Hatinya tidak akan tenang jika tidak lihat Syahadat mengukir senyuman. Malah, hendak dengar mulut itu becok berkata-kata juga sudah hilang cerianya. Cuti hari ini pun, anak itu lebih suka duduk di bilik bersendirian. Turun hanya perut lapar.

Sebagai ibu, dia risau. Takut andai menganggu pelajaran Syahadat juga. Sebagai guru, dia pernah menghadiri kursus psikologi. Dan hasil dari kursus pendek itu, anaknya diklasifikasikan menghadapi kemurungan. Simptom-simptomnya jelas pada karakter anaknya.

Sayang ibu, kenapa murung? Apa yang tak kena? Ibu risau. Dalam hati, Syuhada tidak berhenti mendoakan anaknya. Dia mahu Syahadat kembali biasa.

.

.

SYU, ada ex-student kau nak jumpa.”

Syuhada angkat wajah. Susuk cikgu Saidah terpancul di hadapan pintu bilik disiplin. Dia mencabut kasut sebelum diangkat susun bersebelahan kasut miliknya.

Ex-student?”

“Haah. Tiga orang.” Syuhada diam seketika. Kepapa menjengah jadual waktu. Panjang lagi waktu rehatnya.

“Panggillah mereka masuk.”

Cikgu Saidah mengangguk. Dia bawa kepala ke luar pintu seketika sebelum kembali masuk. Dia langsung masuk ke biliknya. Syuhada bangkit untuk menyambut bekas anak muridnya yang datang melawat. Siapa agaknya?

“Cikgu!”

Senyuman yang ditayangkan di bibir mati apabila kelibat Amri, Izuan dan Afiq yang muncul. Kepala digaru kecil. Kenapa dia tak terfikir mereka yang datang ya? Mahu tak mahu, Syuhada jemput masuk. Pendingin hawa diturunkan suhu. Pasti panas anak-anak mridnya tunggu di luar.

Dedicated To Wife ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat