BAB 24

946 68 3
                                    

HARI PERTAMA

"SEJUKNYA..." Kedua-dua tangan Syuhada lekas menggosok lengan dan bahunya berkali-kali untuk menghasilkan haba. Mata meliar melihat kawasan tanah tinggi ini.

"Dah pakai baju sejuk pun masih sejuk?" Aizat berdiri di sebelah Syuhada. Tangan kanan menjinjit beg pakaian mereka berdua. Nasiblah tidak banyak pakaian mereka, muat satu beg. Tak perlu bersusah payah bawa beg lain.

"Saya tak pernah pergi sini. Tak tahu pula sejuk dia macam ni. Tahu saya bawa semua baju tebal yang ada dekat almari."
"Tak boleh bawa awak pergi luar negaralah macam ni. Ini baru sejuk Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa. Kalau saya bawa awak ke negara barat, silap-silap boleh jadi olaf awak nanti." Aizat tayang sengihan. Sengaja nak mengusik isterinya.

Syuhada menjeling tajam Aizat. Tangan semakin lincah menggosok. Sejuk!

"Tak perlu pandang-pandang. Kalau nak, cakap aje."

Belum sempat Syuhada nak bersuara, kepalanya tersembam ke dada Aizat. Laju Syuhada tolak dada itu kasar. Sesuka hati tarik dirinya. Nasib sempat ambil oksigen, kalau tak? Jadi dudalah Aizat ni.

"Apa? Saya cuba nak menyalurkan kehangatan saya."

Syuhada memutarkan biji mata. Menyampah.

"Mana bilik kita?"

"Kenapa? Tak sabar nak bagi Syah adik ke?" Bisik Aizat sambil merapatkan jarak mereka. Aizat akhiri ayatnya dengan tawa nakal.

"Gatal!" Syuhada menepuk dada Aizat geram sebelum segera berlalu masuk ke resort yang ada di hadapan mereka.

"Alah sayang! Tunggulah saya! Saya pun tak sabar juga!" Laung Aizat tanpa memikirkan pelancong di sekitarnya. Kaki segera membuka langkah mengejar Syuhada.

"Mulut tu jagalah sikit! Malu orang dengar tahu?" Syuhada berpusing menghadap Aizat. Mata sempat mengerli kiri dan kanan. Entah kenapalah suami dia ni gatal tak bertempat? Tempat awam ni jagalah sikit bahasa tu. Buat malu aje.

"Sorry!" Aizat tayang sengih tak bersalah sekali gus menambah geram Syuhada. Syuhada berdengus kuat.

"Bilik A-30. Tingkat 4. Jom. Let’s move to next level."

"Eee Aizat!!" Kalau boleh, Syuhada mahu saja tanam Aizat ni hidup-hidup. Memang nak kena!

"Apa lagi? Saya bisik aje. Bukan menjerit. Kalau jerit tu, bolehlah marah saya."

"Saya rasa macam nak picit awak lumat-lumat sekarang ni lagi-lagi mulut tak ada insurans awak tu!"

"Aw... Nak picit bibir saya? Picitlah guna bibir awak juga..." Aizat depakan tangan ingin memeluk Syuhada. Bibir dicebikkan ke hadapan.

Terbuntang biji mata Syuhada. Dua tangannya naik menekup bibir Aizat. Mata memandang sekeliling. Wajahnya berpeluh. Kelihatan pekerja di kaunter reception menayang senyuman yang cuba disorokkan. Semakin terbuntang mata Syuhada.

  Syuhada kembali menghala pandangan ke arah suaminya. Lelaki itu hanya tayang senyuman selamba. Syuhada membalas suaminya dengan pandangan tajam. Dia melihat atas kepala Aizat sekilas.  Syuhada ukir senyuman sinis. Dia laju menarik sesuatu di atas kepala Aizat.

  "Aduhh! Syu, sakit! Sayang! Apa ni? Sakitlah! Lepaskan! Sakit!"

  "Awak buat macam tu lagi, botak saya kerjakan!" Ugut Syuhada. Tangan masih tidak lepas menarik rambut hadapan Aizat. Apa ingat dia tak boleh balas dendam? Cubalah!

  "Ya ya! Lepaskanlah! Sakitlah! Malu orang tengok!"

  "Tahu pun malu! Mulut tu jagalah sikit!" Syuhada melepaskan juga rambut Aizat. Tangan kanan yang digunakan untuk menarik rambut Aizat dipandang. Beberapa helai rambut jatuh ke tapak tangannya. Syuhada tergamam. Boleh tahan kuatlah genggamannya sehingga ada helaian rambut yang putus.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now