BAB 21

2.1K 146 14
                                    

  Sorry sangat-sangat atas kelewatan update. Sejak nak masuk new year, saya semakin sibuk. Selamat membaca semua!

--------

  "A.. Awak kenapa?" Syuhada takut-takut ingin bertanya. Mana tahu kalau semua ini prank sebelum dia dikerjakan.

  Aizat masih lagi dalam lirikan nakalnya sebelum dia campakkan tubuh genit itu ke atas katil dengan lembut. Syuhada kaku melihat Aizat yang langsung tiada riak marah. Dia jadi teragak-agak hendak memberi tindak balas. Saraf satu badan turut jadi kejung.

  Tangan Aizat naik menarik selendang suci putih yang dipakai Syuhada sejak pagi. Brooch dan juga peniti dibuka satu per satu. Selesai tugasnya, perlahan-lahan dialihkan selendang tersebut yang menutupi aurat isterinya yang sah. Peniti dan selendang diletakkan pada meja lampu.

  Wajah bersih itu dipandang. Wajah itu sudah hilang make up, mungkin kerana hujan yang melunturkan warna-warni pada wajah. Apabila dilihat tanpa sebarang touch up, hakikatnya wanita itu tampak lebih menarik, lebih suci dan lebih realistik.

  Anak tudung Syuhada dicabut dan getah rambut dileraikan sekali. Hari ini dan saat ini dia dapat lihat keindahan ciptaan wanita dari jarak dekat. Memang benarlah wanita itu senjata terlemah lelaki kerana sungguh ciptaan Allah yang ini tampak seperti berlian yang sentiasa dijaga rapi oleh cengkerang.

  "Awak..." Syuhada mula rasa lemah. Lelaki di hadapannya langsung tidak bersuara, dia jadi sesak. Mana tahu kalau lelaki ini berpura-pura tetapi pandangannya tak nampak pula seperti berpura-pura.

  Aizat menyelit anak rambut Syuhada pada belakang telinga. Wajah di hadapannya diamati. Hatta ini kali pertama matanya melihat tetapi entah mengapa dia persis pernah lihat segala perhiasan wajah ini. Hatinya langsung terpaut kepada Syuhada tanpa sebab. Dia tidak pasti mengapa hatinya bertindak sebegini namun dia akur dengan kata hati untuk menikahi gadis ini.

  "Aizat..." Syuhada pegang lengan Aizat. Dia tak mampu seperti ini. Mereka masih baru. Walhal dia pernah bersuami, dia tetap masih kekok apatah lagi bersama orang baru untuk menjadi teman sekatil.

  "Why you're so gorgeous?"

  Aizat tidak mempeduli. Matanya terpukau dan hatinya tertarik. Europhia berdetak tinggi dan seperti biasa detak jantungnya berlari pantas.

  Jari kasarnya mula bermain. Pipi mulus itu diusap dan secara tidak langsung, hatinya girang. Dia suka.

  "Aizat... janganlah macam ni." Syuhada sudah kalut. Dia tahu kalau Aizat meminta sekarang pun dia perlu beri tetapi takkan dengan badannya yang berlengas? Berjam-jam dia berpakaian busana ini. Badannya pun sudah tidak larat menanggung busana ini.

  "Will this be your last time?" Tanya Aizat. Pandangan matanya mencari anak mata Syuhada. Dia tarik tangan itu untuk duduk. Dia faham gadis itu masih takut. Sebaiknya dia layankan kerenah isterinya dahulu.

  "Maksud awak?"

  "Untuk sayang Farhan dan lawat dia."

  Syuhada tergamam. Matanya tidak berkelip.

  "Syu, kita dah halal. Hati saya ni sakit bila awak lari pergi kubur dia." Jelas Aizat. Nafasnya dibetulkan dan duduknya diperkemaskan supaya dapat bertentang dengan Syuhada.

  "Kenapa awak tak halang saya? Atau tarik saya pergi?" Syuhada ingin menduga. Dia sedikit tersentap dengan permintaan Aizat tetapi hatinya pula nak bermain tarik tali.

  "Sebab saya tak ada dekat tempat awak. Saya tak tahu apa awak lalui. Walaupun awak isteri saya, saya tiada pada masa lalu awak. Saya tak tahu apa awak lalui bersama arwah bekas suami awak." Jelas Aizat.

  Ya, hakikatnya dia memang marah dan sakit hati dengan kejadian pagi tadi tapi dia sedar. Dia sedar bahawa dia masih baru dalam hidup Syuhada sedangkan lelaki bernama Farhan itu sudah bertahun lama dengan Syuhada. Lebih lama dari perkenalan mereka. Agak kejam kalau dia menggunakan veto sebagai suami yang sah untuk menarik Syuhada pulang. Isterinya juga punya hati dan perasaan. Mungkin kalau dia di tempat Syuhada juga dia akan bertindak sama seperti Syuhada. Sebagai seorang lelaki dan seorang suami, dia seharusnya bertindak lebih matang.

  "Saya tinggalkan awak dekat kubur lama sebab Syah ada cakap awak sayang sangat dekat Farhan. Syu, saya tak minta lebih. Saya cuma nak pagi tadi pertemuan terakhir awak dengan dia. Awak dah bertukar syurga, Syu. Kalau awak masih sayangkan dia, awak berdosa sebab dia bukan lagi syurga awak. Saya syurga awak sekarang."

  Aizat merenung sepasang mata hazel itu penuh pengharapan. Dia sanggup biarkan gadis itu beremosi sebentar tadi dengan harapan selepas saat itu, Syuhada miliknya yang mutlak fizikal dan mental.

  Syuhada tak mampu untuk berlama-lama memandang Aizat, maka dia jatuhkan pandangan. Kata-kata Aizat sememangnya menyentak hati dan perasaannya. Bukan kepada marah, lebih kepada simpati dan bungkam. Aizat benar. Kalau sekarang pun dia masih mencintai Farhan, berdosa dia kerana mencurangi Aizat.

  "Syuhada, janji dengan saya... Belajar cintakan saya?" Dagu Syuhada dipagut lembut. Wajah yang keliru itu dia renung. Dia faham sangat hati wanita itu setia namun wanita itu juga yang memilih untuk bersamanya, maka nak tak nak wanita itu perlu akur.

  Akhirnya, Syuhada mengangguk. Cukuplah cinta dan sayang dia kepada Farhan, dia harus curahkan semua itu kepada Aizat pula. Bukan dengan mencintai Aizat akan membuatkan dia melupakan Farhan, hakikatnya lelaki itu tidak pernah dia tinggalkan dalam hati.

  "Cintakan saya walaupun muka saya sebijik macam Farhan bak kata awak?" Duga Aizat lagi. Sekali lagi Syuhada terdiam. Seketika selepas sunyi melanda, Syuhada sekali lagi mengangguk.

  "Terima kasih. Saya akan sayang awak sepenuh hati saya, Syuhada." Wanita yang bergelar isteri itu dibawa ke dalam pelukan. Ubun-ubun sebelah kanan dikucup lama. Aizat sempat titipkan beberapa potong ayat supaya hati wanita ini tidak berbelah bahagi.

  Nyamannya pelukan seorang suami kepada isteri, mata Syuhada berkaca. Sungguh, dia sudah lupa kali terakhir dipeluk lelaki bergelar suami. Kini, kehangatannya terasa kembali.

  Ya Allah, kau bantulah aku untuk mencintai lelaki ini. Syuhada berdoa dalam hati. Dia tahu hatinya belum sepenuh hati diberikan kepada Aizat. Dia cuma mengharapkan hari-hari yang akan mendatang akan menambahkan lagi baja cinta dan sayang terhadap Aizat.


-------

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now