BAB 45

1K 73 8
                                    

"KALAU dia tak boleh, biar aku ajelah yang pergi." Amri buat keputusan.

"Sabarlah dulu, Am. Kau jangan terburu-buru."

"Sabar? Sabar apa lagi? Sampai bila? Keadaan sekarang dah teruk tahu tak? Cikgu Syuhada tu sampaikan perlu lupakan Farhan semata-mata untuk puaskan hati Aizat."

Zack mengeluh. Dah lama Amri tak bersuara banyak gini. Bila dah jadi begini, semua keputusan Amri sudah kurang rasional. Amri sangat terdesak sekarang. Dia dah kenal kawannya ni lama.

"Aku dah tak kisah, Zack. Aku nak tamatkan semua ni cepat." Putus Amri. Dia sudah bangkit dari duduk. Dipandang semua kawannya tajam, tanda dia serius. Dia tak mahu lenggahkan lagi.

"Then what? Lepastu apa kita nak buat bila dah selesai? Apa perasaan Cikgu Syuhada dengan Syah? Kau tak fikir ke?" Afiq pula bersuara, juga menyokong Zack.

"They deserves better. Zack, isteri kau sendiri kata yang mak Aizat tu pandai sihir. Siapa tahu kalau mereka yang hantar? Mak dia pun dah tak ada dekat sini."

"Sejak bila kau jadi sebegini negatif, Am?" Izuan geleng kepala. Dia tarik tangan Amri, menyuruh lelaki itu duduk lalu bertenang. Dihulur gelas berisi air sejuk namun ditolak.

"Farhan tu kawan aku."

"Dia pun kawan aku. Kawan Wan, kawan Nabil dan kawan Afiq. Jangan fikirkan perasaan kau seorang. Nanti lagi keruh keadaan. Lagipun abang kau kata apa? Macam mana permohonan dia? Lepas ke? Mana boleh sembarangan kita langkau undang-undang."

Terus Amri berdengus. Disandar tubuh ke sofa. Bila Zack kata begitu, spontan terkenangkan Ameer yang banyak berkelahi dengan dia.

Dia dah kata nak cepat-cepat settle tapi dia semula dimarahi. Seperti sekarang, semua menentang keputusannya.

"Okeylah, aku faham perasaan kau Am. Cuma kita kena cakna situasi. Macam kau cakap, Cikgu Syuhada pun dah tak sanggup berjauhan dengan anak dia disebabkan Aizat. Aizat ugut dia macam-macam dan satu perkara lagi dia disantau. Memang betul kata kau, kita tak boleh nak kacau cikgu lagi. Biar dia bersama-sama dengan Syah. Jangan sebab marah kita, hubungan dia anak beranak jadi mangsa. Soal Farhan, kita tunggu Ameer. Bila dia dah approve, baru kita semua gerak. Kita ada undang-undang. Jangan sebab rasa sebal, kita langgar. Sia-sia kena masuk penjara. Amri... Mungkin kau perlu tenangkan diri kau. Carilah ketenangan kau dulu. Waraskan fikiran kau. Bila tiba masanya, Allah akan izinkan juga kita selesaikan masalah ni. InshaAllah. Kita kena percaya aturan Allah."

Panjang lebar Afiq meredakan ketegangan yang berlaku.

"Aku setuju cakap Afiq." Balas Zack sebelum matanya ditala ke hadapan, berpandangan dengan wajah tidak puas hati Amri.

Senyuman kecil terbit. Dia tahu lelaki itu bersalah pada arwah. Apakan daya... Dahulu Amri terlepas peluang itu hingga meragut nyawa Farhan, pasti Amri jadi trauma. Dia tak mahu kejadian sama berlaku. Dia tak mahu kerana dirinya yang menjadi asbab masalah ini tergantung sepi.

.

.

KERTAS di tangan dironyokkan ibarat melepaskan segala amarah yang terbuku. Seketika, kertas itu dihempas ke dinding. Dengan dada penuh ombak, Aizat bangkit. Pintu bilik dibuka. Syuhada dicari di ruang hadapan.

Melihat Syuhada bergelak tawa bersama Syahadat, api amukannya semakin menjulang-julang tinggi.

"Syuhada Umairah binti Abdullah." Sebaris nama penuh disebut, sekaligus mematikan hilai tawa dua beranak.

Syahadat sudah mendung wajahnya.

Syuhada pula gamam. Tak pernah sepanjang mereka bergaduh sakan, nama penuh yang dilaung. Sah, perkara buruk akan berlaku. Liur diteguk kelat.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now