BAB 11

1.8K 155 16
                                    

  Syuhada pandang skrin telefon pintarnya. Dia baru saja menerima mesej dari Aizat cumanya dia masih tidak tahu sama ada mahu membalas atau membiarkan saja.

  Aizat: Saya nak jumpa awak boleh?

  Syuhada hela nafas. Dia teringat perbincangan dia dengan Amri. Mungkin kalau dia jumpa Aizat, dia boleh cari klu setidaknya. Dia cuma mahukan mayat Farhan dikembalikan. Benda pertama sekali yang perlu dia tahu adalah Aizat ini adalah pelanduk ataupun Farhan yang sebenar? Macam tak mustahil juga kalau nak kata Aizat adalah Farhan. Tapi.. kata Amri ada benarnya juga. Mungkin penjenayah cuma mahukan organ Farhan.

  Ah dia stress. Akhirnya dia beri kata putus kepada Aizat.

  Syuhada: okay. Jumpa mana?

  Seketika pesanan masuk. Laju dia lihat.

  Aizat: Esok awak sekolahkan? Lepas habis kerja awak saya ambil awak.

  Syuhada baca berkali-kali. Dia terkedu. Aizat tahu dia cikgu? Macam mana?

  Syuhada: Mana awak tahu saya cikgu?

  Aizat: Saya tak tahu pula awak cikgu. Saya ingat awak makcik kantin je dekat sekolah.

  Hati Syuhada membara. Sesedap saja lelaki itu nak kata dia makcik kantin. Sudahlah berserta emoji gelak. Memang sengaja lelaki ini.

  Syuhada: Awak ingat kelakar ke apa?

  Aizat: Tak kelakar eh? Ohh, mungkin awak ni makcik cleaner tak?

  Genggaman tangan Syuhada pada telefonnya dieratkan. Ini melebih. Makcik cleaner? Hampeh!

  Syuhada: Makcik cleaner otak awak. Saya cikgulah!

  Kali ni lama Aizat ambil masa untuk balas. Syuhada menanti balasan dari sebelah sana.

  "Ibu ni macam mana?"

  Syahadat datang menempel ke arah ibunya bersama buku dan pensel. Tempat di sebelah Syuhada diduduknya.

  "Ibu!"

  "Ya Syah. Kenapa?"

  "Apa ada dalam phone tu sampai tak dengar Syah cakap apa?" Syahadat buat suara rajuk. Selalunya ibunya cekap. Ini tidak pula. Entah siapalah yang ganggu ibu dia ni. Tiba-tiba hatinya dipagut cemburu.

  "Ibu mesej kawan ibu. Kenapa Syah?" Jawab Syuhada masih leka memandang skrin.

  "Ibu ni! Syah dekat sini ibu masih nak tengok phone tu. Tak payahlah tanya ibu." Syahadat terus turun dari katil. Syuhada diam, matanya memandang skrin. Syahadat memandang ibunya sekilas. Hampa, ibunya tak pandang.

  Mutiara jernih terukir. Terus dia letak buku dan pensel di atas meja. Dia melangkah ke satu bilik. Pintu itu ditolak perlahan dan dikunci. Katil yang selalu menjadi tempat ibunya melepaskan rindu kepada Farhan dia ambil alih. Baju arwah papanya dicapai. Badannya dijatuhkan mengereng. Baju itu ditarik dan dipeluk. Air mata dia kesat.

  "Papa, Syah nak papa. Kenapa papa pergi? Syah tak pernah jumpa papa. Dalam video aje Syah boleh tengok, tapi tak boleh peluk."

  Dia terus mengadu pada papanya sehinggalah terlelap.

.

.

  SENYUMAN Aizat meleret membalas mesej bersama ibunya Syah. Tak sangka pula dia gadis ini nak melayan dia. Yelah, selama ini beku dingin macam ais. Sekarang laju saja balas mesej. Baguslah begitu.

  "Aizat."

  "Mak, masuklah." Aizat terus duduk dari baringnya. Mak Aizat mengambil tempat di sisi anaknya.

  "Kamu buat apa?"

  "Mesej kawan." Balasnya ringkas. Maknya langsung tidak tahu menahu kisahnya bersama Syuhada dan Syahadat. Biarlah dia diamkan. Tak penting lagi.

  "Aizat, kamu tu dah masuk 25 tahun. Kamu tak nak ke tamatkan zaman bujang kamu?" Tangan anaknya itu digenggam. Bukan apa, dia risau dia pergi dulu.

  "Mak, Aizat muda lagilah. Baru 25. Mak teringin cucu sangat ke?" Bahu maknya diletakkan kepala. Kasihnya kepada ibu yang melahirkannya melebihi segalanya. Telefon dia letak tepi. Nanti-nanti dia boleh balas mesej Syuhada.

  "Aizat, mak tak muda lagi tau. Mak nak masuk 50. Mak akan ikut ayah kamu juga lepas ni. Mak nak tengok anak-anak mak kahwin."

  "Izzati kan ada mak. Suruhlah dia kahwin dulu."

  "Aizat, adik kamu tu masih belajar. Mak tak nak dia hilang fokus. Kamu tu dah kerja. Pendapatan pun dah stabil. COO syarikat ayah lagi. Kamu tunggu apa lagi?" Maknya masih memujuk. Aizat tersenyum. Maknya ini, risau sangat. Macamlah dia akan jatuh miskin kalau tak kahwin.

  "Nantilah bila Aizat dah ready."

  "Nak tunggu kamu ready sampai mak tutup mata belum tentu kamu bawa jumpa mak."

   "Hish! Apa mak cakap macam ni." Aizat tarik muka. Kepala sudah diangkat. Mata tepat memandang mak.

  "Aizat. Aizat nak mak carikan jodoh ke? Kalau itu boleh buat Aizat kahwin, mak tak kisah."

  "Aizat tak naklah kahwin dengan orang sana. Nak sini-sini je."

  "Wani tu ada. Dia kerja sinikan. Lagipun, dia cukup cantik, pandai masak, hormat orang tua semua. Kamu tak nak ke?" Pujuk si maknya lagi.

  Aizat garu kepala. Bukan dia tak suka si Wani. Gadis itu, dia gedik. Setiap hati mesti pejabatnya diceroboh macam hak milik dia sampai dia naik rimas. Cuma dia saja tak cerita pada pakciknya yang merupakan CEO syarikat tersebut.

  "Tak naklah mak. Dia, Aizat tak suka. Macam nilah mak, nanti Aizat dah jumpa orang yang sesuai, Aizat bawa dia jumpa mak okey?"

  "Esok mak dah kena balik kampung. Mak risau tengok kamu ni tak kahwin lagi tau. Siapa nak jaga anak mak kalau mak tak ada?" Wajah anaknya itu diusap penuh kasih. Sayangnya tak pernah pudar buat anak ini.

  "Mak perlu ke balik sana? Orang kampungkan tak suka kita. Mak duduk jelah sini dengan Aizat, dengan Zati."

  "Bukan mak tak nak. Rumah tu je satu-satunya tempat kenangan mak dengan arwah ayah. Mana mungkin mak nak pindah. Lagipun dekat sini ramai makcik pakcik kamu. Mak tak naklah diaorang layan anak mak buruk sebab mak."

  "Kenapa orang cakap buruk dekat mak? Apa salah mak sampai kena macam ni?" Keluh Aizat. Dia pun tak faham dengan orang sekeliling. Suka sangat cakap buruk tentang mak dia. Maknya, Halimah hanya diam membisu. Dia cuma tersenyum kecil.

  "Aizat. Mak serius tau pasal jodoh kamu. Boleh tak kamu janji dengan mak, dalam tempoh sebulan, kamu bawa balik satu?" Pinta dia sayu.

  "Mak.." wajah Halimah dipandang. Maknya terlalu berharap. Entah sebab apa.

  "Tolong mak ye."

  Akhirnya Aizat cuma mengangguk. Tidak mahu dia kecewakan maknya.

 

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now