BAB 26

1K 64 1
                                    

HARI KEDUA

DING! Dong!

Syuhada segera menyarung membuka pintu bilik. Selepas solat isyak bersama Aizat, lelaki itu meminta diri keluar. Dirinya pula dipesan bersiap cantik-cantik. Sudah lebih lima belas minit dia menanti Aizat dan kini pintunya ditekan loceng.

Buka sahaja pintu, Syuhada naik hairan. Langsung tiada orang. Segera dia panjangkan leher dan melihat kiri dan kanan. Kosong sebelum kakinya terpijak sesuatu. Anak mata dijatuhkan. Sehelai origami berbentuk burung yang membawa sebuah hati diambil. Syuhada kembali menutup pintu. Dia duduk semula ke katil.
Surat misteri itu terserlah bauan wangi tanpa perlu dia hidu dengan dekat. Buka sahaja origami tersebut, terdapat satu tulisan yang dia kenali. Spontan, jantungnya berdegup pantas.

Ini... Tulisan Farhan.

Syuhada kenal tulisan ini. Selaku guru yang pernah mengajar Farhan, mustahil dia akan lupa bentuk tulisan lelaki itu. Syuhada termenung.

Kau ingat Farhan seorang aje yang boleh ada tulisan macam tu? Kau kena ingat, kau hanya nak tubuh Farhan kembali ke tanah. Itu aje, Syuhada! Bukan mengharapkan Aizat itu Farhan! Cukup dengan angan-angan kau! Syuhada hapuskan segala bayangannya.

Surat itu dibaca pantas. Dia bangkit dan meninggalkan surat itu ke atas meja. Dia mencapai dompet kecil dan telefon pintarnya dan diselit ke dalam poket. Tidak perlu rasanya dia bawa tas tangan. Menurut surat itu, dia hanya perlu ke dobi dan pergi ke bahagian restoran yang terletak di bawa. Jadi, tak usah dia bawa barang lain. Cukup telefon bimbit dan dompet.

Gaun labuh itu segera Syuhada telek dari cermin. Gaun pemberian Aizat. Entah bila dia beli, Syuhada tidak pasti. Tahu-tahu saja lepas maghrib, lelaki itu menghulur sebuah kotak. Lihat-lihat saja, rupanya jubah berwarna biru. Warnanya lembut, disiapkan sekali dengan biru yang sedikit gelap. Nampak pandan!

Shawl dibetulkan sedikit. Kaki melangkah keluar bilik. Kad akses bilik dicabut dari suis utama. Laju dia berjalan turun. Malu bilamana ada mata-mata yang pelik melihat dia yang siap berjubah. Tak ubah macam cinderella yang perlu balik sebelum jam 12!

“Mrs. Aizat?” Syuhada segera berpaling. Satu gadis yang bersut formal lengkap tersenyum ke arahnya. Syuhada pegun, terkejut dengan panggilan nama yang diberi. Mrs Aizat? Mat sallehnya!

“Jom, saya bawakan puan.” Syuhada hanya mengekori. Dia pun tidak pasti di mana restoran yang Aizat katakan. Syuhada pandang semula jubahnya. Dengan labuci yang tersusun kemas, mustahil dia tidak dijadikan tumpuan. Rasa malu menebal. Tahu dia bawa sekali jaket sejuk, dapatlah tutup sedikit jubah yang gah ini.

“Silakan puan.”

Gadis itu langsung berhenti. Tangan dihayun ke arah kanan, menjemput tetamunya masuk. Arahan yang dia dapat hanyalah tunjukkan kepada Syuhada tempat restoran hotel ini. Jadi, setakat di sini sahaja tugasnya.

“Saya masuk seorang?” soal Syuhada perlahan. Seram pula dia lihat di bahagian dalam hanyalah gelap. Betul ke budak ni bawa aku?

“Betul puan. Masuk aje. Jangan takut, nanti puan jumpa lampu.”

Walaupun tak yakin, Syuhada corakkan langkah. Perlahan kakinya berjalan. Tangan sudah melekap ke dada, menahan gelora jantung yang berdegup.

Stop.” Langkah Syuhada mati seiring bisikan halus yang bergema. Liur ditelan sekali. Seriau rasanya.

Beberapa saat kemudian, cahaya mula menunjukkan bayang. Lilin-lilin mula bercahaya. Di hadapan matanya terbentang karpet merah yang ditabur bunga mawar yang harum. Lilin pula disusun sepanjang karpet. Matanya mengikut arah cahaya lilin itu bernyala sehingga matamya bertemu dengan sepasang mata karbon. Spontan, Syuhada menjadi gugup. Lama pandangan mata mereka beradu sebelum suara Aizat bergema di ruangan tersebut.

Dedicated To Wife ✓Where stories live. Discover now