Flashback II 🌷🖤

2K 73 0
                                    

Qayish tersenyum puas apabila kerjanya sudah selesai. Tak sia-sia dia terperap dalam bilik ni dari malam semalam sampai pagi ini. Sanggup dia tunda nak bersama dengan Qaseh malam semalam tau!

Tok tok tok!

"Masuk!" Qayish memandang pintunya yang baru terbuka. Qaseh berjalan dekat ke arahnya.

"Kerja awak dah siap?" Tanya Qaseh bersahaja. Qayish hanya mengangguk kecil dan memejamkan matanya, dia bersandar pada kerusi empuk itu.

"Kalau awak ngantuk tidurlah dalam bilik, jangan tidur disini. Nanti badan dengan leher awak sakit."

Hening.

Qaseh menggigit bibir bawahnya apabila Qayish tidak meresponnya.

"Awak-" Qaseh terjerit kecil apabila tangannya disambar. Qayish menarik Qaseh supaya duduk di atas ribanya.

Terkelip-kelip mata Qaseh apabila mata hazel Qayish menatap tajam dirinya.

"Banyak cakap betul. Bibir tu nak aku cium ke hm?" Tanya Qayish sarkastik.

"S-sorry saya cuma-"Kata-kata Qaseh terputus apabila dua jari Qayish melekat di bibirnya.

"Shuhh" Qayish mendekatkan bibirnya pada jarinya yang masih ada dibibir Qaseh.

Cup!

Qayish mencium jarinya sendiri.

"Kau suruh aku tidur dalam bilik kan? Ok tapi aku nak kau teman." Qayish menjauhkan jarinya dari bibir Qaseh dan mencempung badan ramping isterinya dibawa masuk ke dalam bilik.



Qaseh memandang wajah nyenyak suaminya. Wajah itu tenang saja, nyaman untuk dipandang. Tapi itulah kalau dah bangun muka terus macam singa kelaparan.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak."Ujar Qaseh sendiri. Kejadian sebulan lepas masih terngiang-ngiang di akal fikirannya. Di mana dia dan Qayish berada di atas katil tanpa sehelai benang. Tambah lagi semasa itu mereka berdua tiada apa-apa ikatan.

Remuk hati dia apabila Qayish langsung tidak minta maaf, Qayish hanya membawa satu orang tok kadi dan dua orang saksi untuk mengahwininya.

Setelah itu, Qayish hanya menganggap dia ini sebagai pemuas nafsu sahaja. Tidak pernah langsung dia di layan sebagai isteri yang sepatutnya.

Tetapi dia sedikit bersyukur Qayish sudah berubah. Pada permulaan perkahwinan rahsia mereka, Qayish sentiasa pulang malam dalam keadaan mabuk dan akhirnya dia yang menjadi mangsa pemuas nafsu Qayish.

Sepanjang dia berada di sini fikiran dia hanya tertuju pada ibu bapanya. Bagaimana keadaan ibu bapanya? Sihat atau tidak? Arghh ingin saja Qaseh lari dari penthouse ni tapi tidak boleh! Qayish mengawal ketat rumah ni.

Tersentak Qaseh apabila Qayish tiba-tiba menariknya dalam pelukan. Dah bangun ke singa ni?

Oh tidak!

Mata Qayish kekal tertutup. Qaseh menghela nafas lega.Huh baik dia blah dulu sebelum singa ni bangun.

Tangan Qaseh cuba mengalihkan tangan kekar Qayish yang berada di pinggangnya.

Gagal.

Berat betul! Macam gajah.Hurh!

Qaseh tidak putus asa. Dia cuba lagi hinggalah pelukan itu semakin erat. Qaseh memandang Qayish.

Gulp.

Mata hazel Qayish terlebih dahulu menikam mata Qaseh.

"Where do you think you're going hmm tulip?" Suara serak basah Qayish menyapa di telinga Qaseh. Dipandang saja mata bulat Qaseh bagai ingin tembus.

"S-saya nak pakai baju. Sejuk"Qaseh memberi alasan. Cuba menahan gugup. Ingin tercabut jantungnya apabila mata Qayish masih tidak lepas memandangnya.

Tangan yang berada di pinggang Qaseh dialihkan pada belakang badan Qaseh. Dipeluk erat tubuh itu.

"Enough hm? Or you want to continue what we have done about five hours ago. Maybe it will warm you up"

"It's okay! This is better!"Cantas Qaseh. Huh dia tak sanggup nak ulang benda tu.

Qayish sembunyi senyum. Tahu takut.





Qaseh memandang Qayish yang sudah berpeluh. Ai, masa hujan ni pun boleh berpeluh ke? Pelik dah tengah malam ni, muka Qayish pun jangan cakap la dah macam kucing hilang anak gayanya.

"Ilyaz"

Hening. Hanya bunyi rintihan hujan. Qayish menutup telinganya.

"Diam. Diam. Diam!"

Terkejut Qaseh melihat Qayish yang seperti ketakutan.

"Awak" Qaseh memegang bahu suaminya.

Bunyi petir yang kuat menyapa di telinga mereka. Serentak dengan itu Qayish tiba-tiba mengamuk. Dia menolak Qaseh menjauh dan menutup telinganya.

Qaseh terjerit kecil. Tolakan Qayish agak kuat hingga belakang badannya berlaga dengan laci di tepi katil.

"Aww"

Qayish bagai baru tersedar dengan apa yang dilakukannya. Air matanya mengalir sebelum dia bergerak merapati Qaseh.

"Sayang, maaf aku tak sengaja. Aku-" Kata-kata Qayish mati setelah bunyi petir yang tak kalah kuat seperti tadi. Jejaka itu pantas menutup telinganya.

Qayish tetap memandu walaupun suasana di luar begitu lebat tambah lagi bersama bunyi petir dan guruh. Dia agak gusar.

"Relax Qay, dah nak sampai dah ni"Hanya kata-kata sahaja, Qayish tak dapat menafikan bahawa jantungnya sudah berdegup dengan laju. Jalan di luar tidak terlalu nampak kerana hujan yang begitu lebat.

Ringgg!

Qayish menyeluk poketnya, mengambil handphone yang berbunyi.

"Ha hello"

"Qay,kenapa umi call kau tak angkat? Kau tahu tak umi rindu kau. Bila nak balik Malaysia?" Tanya Qalish di ceruk telefon. Menahan geram.

"Oh my god, along call Qay semata-mata nak tanya itu sahaja? Dahlah orang tengah drive ni, kang accident naya je"

"Ok fine sorry. Nanti aku call balik. Kau drive hati-hati. Ni aku dengar macam lebat sangat hujan dekat situ"

"Okay bye my lovely twin"

Panggilan itu mati disebelah pihak.

Sejurus dengan itu gemuruh bersama petir mula menyapa di telinga Qayish.Terlalu kuat hingga membuatkan bahu Qayish terhinjut.

Ringgg

"Haih siapa pula call ni?"Qayish memandang handphone nya. Nama yang tertera dibaca. Qayish terkejut. Nadine! Baru saja dia mahu menjawab tetapi bunyi petir lagi menyapa di telinganya, Qayish memandang di hadapan yang tiba-tiba bercahaya sehingga matanya agak silau.

Bagai mahu tercabut jantung Qayish melihat truk dihadapannya. Pantas dia memusing stering kereta ke tepi bagi mengelak dari berlaga dengan truk itu.

Bomm!

Nasib tidak menyebelahinya akibat terlanggar pula pokok besar yang ada di bahu jalan.


Qaseh memandang Qayish yang menutup telinga dan mata. Rasa sakit dibiarkan. Qaseh perlahan mendekati  Qayish dan memeluk tubuh suaminya yang menggigil.

"Shh saya ada"Pujuk Qaseh. Bibirnya berlabuh di kepala Qayish.

"B-benda tu. A-aku tak nak d-dengar"Bergetar seluruh tubuh Qayish. Dia teringat tentang kemalangan dia di US beberapa tahun yang lalu.

Kemalangan yang agak tragis.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now