Bab 4 🌷🖤

1.6K 51 0
                                    

"Akak ni kenapa cakap macam tu?"Memuncung bibir Qaseh kurang suka dengan topik yang dibicarakan sekarang. Dia naik menyampah mendengar nama itu

"Sebab dia suami Qaseh. Suami yang sah"

"Kalau lah dia suami Qaseh, kenapa dia tak cari Qaseh masa Qaseh lari dari dia. Sikit pun dia tak berusaha. Jumpa mummy dengan daddy pun tak ada."Bidas Qaseh. Masih bersikeras. Dia benci Qayish.

"Qaseh sendiri yang tak nak bawa mummy dengan daddy jumpa dia kan, masa dia orang nak jumpa Qayish" Balas Ariyani pula. Dia tahu di sebalik hati Qaseh sayangkan Qayish. Tapi entah kenapa Qaseh selalu mengungkapkan yang dia bencikan Qayish, mungkin kerana trajedi dua tahun lepas..

"Dahlah kak, Qaseh ngantuk, esok Qaseh kerja. Qaseh masuk dulu"Qaseh melajukan jalannya masuk ke dalam rumah.

Menggeleng kepala Ariyani melihat Qaseh yang selalu mengelak apabila berbicara tentang Qayish.




Perlahan-lahan air mata Qaseh gugur. Perbicaraan antara dia dan Ariyani tadi membuatkan hati dia mula murung semula. Qaseh kembali teringat pada trajedi dua tahun lepas. Di mana dia hilang orang yang dia sayang.

Tok tok tok

Qaseh memandang pintu yang baru terbuka dari luar. Ariyani berjalan mendekati Qaseh. Punggung di labuhkan di birai katil.

"Akak minta maaf. Akak tak sepatutnya bangkitkan tentang hal tu"Sayu suara Ariyani. Terlupa akan penderitaan yang Qaseh tanggung selama ini.

"Tak apa. Qaseh tahu, akak cuma nak yang terbaik untuk Qaseh"Mereka berpelukan. Ariyani mengusap rambut Qaseh dengan penuh kasih sayang.

"Qaseh teringat tentang dia ya? Sebab tu Qaseh nangis"

"Akak, Qaseh benci dia. Sebab dia... S-sebab dia Qaseh hilang mummy, daddy dan..."Susah payah Qaseh ingin menghabiskan ayatnya.

"Shuhh, dah. Akak ada, akak akan sentiasa ada untuk Qaseh"Tanpa dipinta, air mata Ariyani turut gugur. Perkara yang adiknya lalui bukanlah perkara biasa ia telah melibatkan nyawa.


"Qaseh"Qaseh tersentak apabila namanya dipanggil seseorang.Mata mencari gerangan itu.

"Oh ya Fazira? Ada apa-apa ke?"Soal Qaseh ramah.

"Encik Harraz panggil"

"Oh okay" Hati Qaseh tertanya. Dah kenapa tiba-tiba panggil. Buat hati aku takut jelah.

Qaseh melangkah ke lif. Cepat-cepat Qaseh berlari ke arah lif apabila pintu lif itu kelihatan ingin tutup.

Nasib menyebelahi Qaseh, sempat dia masuk ke dalam lif. Qaseh buat tak endah pada lelaki yang ada di dalam lif itu.

"Tulip?"

Membulat mata Qaseh mendengar suara itu. Suara itu...

Oh my! Don't tell me that he's...

"Tulip"

Qaseh buat pekak. Tidak peduli dengan lelaki yang tadi dibelakangnya kini berada di sebelahnya. Huhh cepatlah naik. Aku tak nak berdua dengan lelaki ni.

"Tulip"

Terasa lengan di sentuh. Qaseh pantas menepis kasar.

"Maaf jangan sentuh saya. Hormat saya please"Ujar Qaseh tanpa nada. Wajah Qayish langsung tidak dipandang. Sakit hatinya jika dipandang.

"Sayang.."

"I'm not your girlfriend"

"But my wife" Qaseh terkekeh kecil. Entah apa yang lucu tetapi Qaseh terasa ingin gelak.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now