Bab 38 🌷🖤

1K 48 2
                                    

Sudah seminggu Qayish mengelak darinya. Mereka kurang berbual buat seminggu ini. Apa puncanya pun Qaseh tidak tahu. Bila ditanya, pasti Qayish akan senyum, diam dan terus pergi. Apa yang terjadi sebenarnya ini? Tidak cukup dengan itu Qaseh selalu melihat Qayish termenung, ada kala semasa pukul tiga pagi, Qaseh melihat Qayish menangis di atas sejadah.

Qaseh mengetap giginya, dia perlu tahu juga puncanya! Dia terus bergegas masuk ke dalam bilik, langkah diatur ke arah Qayish yang berada di birai katil. Qaseh melabuhkan punggungnya di sebelah Qayish.

"Abang, abang ada masalah ke? Cuba cerita dengan Nuha. Abang cakap tak ada rahsia antara kita kan?" Qaseh menyoal lembut. Tangan Qayish diambil dan diletakkan di atas pehanya, tangan itu diusap lembut.

"Abang kalau abang ada masalah, abang cakap dengan Nuha, kita hadap masalah itu sama-sama. Jangan diam macam ni je. Baby pun sedih tau papa tak layan dia seminggu ni" Qaseh usap pula perut dia. Qayish angkat kepala memandang wajah sayu isterinya.

Melihat wajah itu terus air matanya tumpah.

"Nuha tak jijik ke dengan abang lepas tengok gambar-gambar hari tu? Abang sendiri jijik Nuha tengok gambar-gambar tak senonoh abang dulu. Abang rasa abang tak layak untuk sesiapa. Abang... Abang rasa abang ni jahat, tak layak untuk sesiapa." Luah Qayish lemah. Seminggu ini dia asyik fikir ayat-ayat yang keluar dari mulut umi tempoh hari. Setiap bait kata umi bermain di fikirannya. Sedangkan ibu kandungnya sendiri jijik dengannya inikan pula isterinya?

"Abanggg... Jangan cakap macam tu. Nanti Muhammad dan baby dengar pun sedih tau. Nuha tak pernah anggap suami Nuha ni jijik. Abang, semua orang tak pernah lari dari buat silap. Manusia tak sempurna abang."

"Berdosa ke abang? Berdosa ke abang sebab dah tinggikan suara dekat umi haritu. Mungkin sebab itu hati abang rasa kosong sekarang. Allah nak balas semua perbuatan jahat abang." Qayish mula tumpahkan air mata lagi. Teringat hari dimana dia meninggikan suara pada umi.

Qaseh terus bawa suaminya merapatinya. Sebelah tangannya memegang belakang kepala suaminya  dan diletakkan di atas bahu sebelum sebelah lagi tangan mengusap belakang tubuh suaminya.

"Shhh, dah jangan sedih-sedih. Nanti Nuha, Muhammad dan baby turut sedih tengok keadaan abang macam ni." Qayish makin menjadi-jadi keluar air mata. Dengar saja nama Muhammad, dia jadi sedih.

"Abang jangan risau ya? Nuha ada bersama abang. Nuha janji Nuha takkan tinggalkan abang. Biarlah satu dunia buang abang, tapi Nuha tak akan buang abang." Dapat Qaseh merasa anggukan kecil dari suaminya. Qaseh senyum tipis dan menjauhkan sedikit jarak mereka.

Mereka memandang satu sama lain. Qaseh menyeka air mata suaminya sebelum tangan membawa kepala suaminya berlaga lembut dengan kepalanya. Tepi kepala suaminya diusap.

"Nanti kita sama-sama minta maaf pada umi ya? Jangan risau, Nuha ada. Kite perlu terima semua cakap umi." Lambat-lambat Qaseh tumpahkan air mata jua. Sakit hatinya melihat orang yang dia sayang dalam keadaan begini.

Sebelah tangan Qaseh menggenggam erat tangan suaminya.




"Nak apa kau orang datang sini? Aku tak nak tengok muka kau orang." Penuh angkuh Elvira berbicara.

"Kami cuma nak minta maaf."

"Minta maaf? Huh! Aku tak hadap maaf kau orang. Berhambus dari sini! Aku dah cakap kan jangan jejakkan kaki ke sini lagi!" Qayish tundukkan kepala.

"Angah!" Qaylisha berlari ke pintu. Dia memandang Qaseh sebelum senyum tipis.

"Inilah kakak ipar adik tu ya? Cantik! Jomlah masuk!" Ujar Qaylisha tidak pedulikan kewujudan uminya.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now