Bab 24 🌷🖤

1K 53 2
                                    

Qayish mula tidak sedap hati mendengar suara Qaseh. Nasib baik sekarang dia sedang dalam perjalanan ke rumah Qaseh. Qayish menekan pedal minyak, memecut di atas jalan.

"Ya Allah, kau lindungilah isteri aku"

Kalau terjadi sesuatu pada Qaseh, dia takkan maafkan dirinya. Semuanya salah dia, kalaulah dia tak keluar tinggalkan Qaseh sendiri. Sekarang Qaseh sudah berada dalam bahaya atas silapnya.




"Farhan lepaskan aku!" Qaseh meronta-ronta, minta Farhan bangun dari atas tubuhnya. Farhan tersenyum sinis.

"Never sayang, we'll have fun. Saya dah cakap kan tadi. Awak milik saya. Saya akan jadikan awak milik saya. Saya akan buat jantan tak guna tu ceraikan awak. You'll carry my baby" Farhan gelak jahat. Menitis air mata Qaseh mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Please Farhan, jangan buat macam ni" Rayu Qaseh dia sudah cuba sedaya upaya untuk lepas dari Farhan tapi apakan daya, tenaga Farhan lebih besar darinya.

"Shhh. Jangan risau, you'll enjoy"

"Tolonggg!!"

Pang

Berdarah tepi bibir Qaseh selepas terkena tamparan dari Farhan.

"Diam!" Terus terdiam Qaseh dengan jerkahan Farhan. Farhan tersenyum kemenangan apabila Qaseh menurut. Nafsu sudah menguasai dirinya.

Makin banyak tangisan keluar apabila hidung Farhan menyentuh lehernya. Dia tidak dapat buat apa-apa. Farhan sudah memegang kuat kedua-dua tangannya. Hati Qaseh sudah meronta menyebut nama suaminya. Qayish ilyaz.

'Ilyaz tolong saya'

Bammm!

Pintu bilik Qaseh dirempuh kuat. Farhan dan Qaseh menoleh pada pintu. Qayish yang berwajah panik itu bertukar marah melihat Farhan yang menindih tubuh Qaseh. Yang paling dia tidak dapat terima ialah melihat tangisan Qaseh.

"Tak guna kau!" Qayish menarik tubuh Farhan dari terus menindih tubuh Qaseh. Pantas Qaseh bangun dari baringnya, lutut dirapatkan ke dada sebelum telinga ditutup rapat.

"Tak guna! Berani kau sentuh isteri aku!" Pipi Farhan ditumbuk kuat sehingga mulutnya mengeluarkan darah. Farhan rebah ke lantai. Lutut Qayish menekan kuat perut Farhan sebelum pipi Farhan ditumbuk kuat sehingga Farhan kehilangan tenaga.

Merah wajah Qayish ketika ini, kepalanya masih ingat situasi dimana Farhan menindih tubuh Qaseh. Entah apa lagi perkara yang tidak senonoh Farhan lakukan pada Qaseh sebelum ketibaannya.

"Kau tak layak sentuh dia!!" Tumbukan Qayish terhenti apabila mendengar kekehan kecil Farhan. Makin mendidih hati ini.

"Kau yang tak layak Qayish ilyaz. Hahahaha by the way aku suka bibir Qaseh-"

Bukk

"Bodoh!" Qayish terus menumbuk Farhan tanpa belas kasihan. Sedangkan Qaseh hanya menutup telinga dan matanya. Dia tidak mahu mendengar atau melihat apa-apa. Dia masih takut selagi Farhan berada di situ.

"Qay!" Terasa tubuhnya dijauhkan dari Farhan yang sudah nyawa-nyawa ikan.

"Qay bawak mengucap!" Ujar Inspektor Emir, kawan kepada Qayish. Selepas sahaja mendengar suara Qaseh melalui telefon tadi sempat Qayish menelfon rakannya untuk meminta bantuan.

"Arghh! Lepaslah! Biar aku bunuh dia! Dia tak layak hidup dalam muka bumi ni!" Qayish meronta minta dilepaskan, dia masih tidak puas melepaskan marahnya pada Farhan. Dia sanggup jadi pembunuh demi Qaseh. Demi isterinya.

"Qay! Ingat isteri kau! Dia perlukan kau sekarang!" Bentak Emir membuatkan Qayish terus tersedar. Qayish melihat isterinya yang sedang memeluk lutut di hujung sudut bilik. Qayish meluru ke arah isterinya.

"Tulip" Baru sahaja bahu disentuh Qaseh terus mengangkat wajahnya. Terkejut.

"Sayang"

"Ilyaz" Qayish memeluk erat isterinya. Lemah dia melihat air mata Qaseh. Kenapa Qaseh perlu mengalirkan air matanya lagi. Urgh! Semua salah dia! Sebab dia Qaseh menangis kembali. Padahal dia sudah berjanji untuk tidak membuat Qaseh mengalirkan air mata walaupun setitis.

"Abang ada sayang. Shhhh. I'm here, don't worry" Pujuk Qayish. Dia mengucup lembut kepala Qaseh. Tanpa sedar dia juga mengalirkan air mata. Sesungguhnya dia suami yang tak guna.

Emir mengeluh kecil melihat sepasang suami isteri yang sedang berpelukan itu.

"Tuan" Emir memandang dua polis yang sedang menggari tangan Farhan.

"Bawa dia pergi balai" Arah Emir tegas. Kedua-dua polis itu mengangguk dan mengheret Farhan keluar dari rumah itu.







"Sayang makan sikit please" Pujuk Qayish. Sejak kejadian petang tadi Qaseh tidak makan. Qayish risau dengan keadaan isterinya sekarang ini. Senyap sahaja langsung tidak mengeluarkan suara.

Qaseh hanya menggeleng tanda tidak mahu. Kejadian petang tadi terasa berlaku dengan cepat.

"Kalau awak tak makan nanti awak sakit. Makan sikit je, lepas tu awak boleh tidur" Pujuk Qayish lagi. Kesabaran Qaseh mula menipis, dia rimas apabila Qayish tidak berhenti memaksanya untuk makan dari tadi.

Mangkuk yang berada di tangan Qayish ditepis kasar sehingga ia jatuh ke lantai.

"Saya cakap tak nak, tak nak lah! Kenapa nak paksa-paksa. Saya rimaslah!" Bentak Qaseh tanpa rasa serba salah. Dia menjeling tajam Qayish sebelum baring membelakangi jejaka itu.

Qayish mengeluh kecil. Bubur yang selamat berada di lantai dipandang.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now