Flashback III 🌷🖤

1.8K 57 1
                                    

Qaseh menempelkan cool fever pada dahi suaminya. Qayish masih lagi tidak sedar, badannya juga begitu panas sejak semalam membuatkan Qaseh begitu risau.

Qaseh juga membasahi tuala kecil dan mengelapnya di leher suaminya sebelum tubuh itu Qaseh tutup menggunakan comforter tebal.

Ting!

Qaseh memandang handphone Qayish yang baru berbunyi. Dia memandang Qayish sekilas sebelum handphone itu diambil

Qaseh hanya membaca Whatsapp itu melalui skrin handphone.

Awek doktor🩺❤️
'Qay,u dekat mana? Hey,aunty El cari u tahu tak?! I pergi office u takde. U ada di penthouse ke? I datang sana eh 😉'

Awek doktor? Siapakah gerangan itu?Adakah salah satu 'girlfriend ' Qayish? Huh, Qayish belum berubah. Dia masih lagi bersama wanita lain. Tapi tidak pernah pula Qayish bawa mana-mana perempuan ke sini.

Hmm patutkah Qaseh balas ataupun biar sahaja? Eh tapi sekejap, perempuan tu cakap nak datang sini!

"Alamak macam mana ni. Nanti dia tahu pasal aku macam mana? Ilyaz tak benarkan sesiapa tahu tentang ni" Qaseh memandang Qayish yang masih lena. Bibir suaminya agak pucat.

"Argh jawab jelah. Daripada Ilyaz mengamuk kalau awek dia tahu pasal aku" Jari Qaseh membuka password handphone Qayish. Wow! Password handphone Qayish tarikh mereka bernikah.

'Eh tak payah datang! I busy ada banyak kerja. Lagipun penthouse I bersepah sikit, nanti u tengok. Rimas pula'

Send!

Qaseh membaca Whatsapp yang baru ditulisnya tadi.

Pap!

Qaseh menepuk dahi. Apa punya alasan yang aku bagi ni!

Ting!

Qaseh pantas membaca Whatsapp yang baru dihantar oleh 'Awek doktor' itu.

Awek doktor🩺❤️
'Hm yelah Qay.But! Nanti bile u jumpa aunty El u tadah telinga jelah ye😌'

Qaseh hanya membiarkan Whatsapp itu tidak terbalas. Taktau nak menipu apa.

Qaseh pandang wajah Qayish yang masih lena.

"Nuha" Gumam Qayish dengan mata masih terpejam. Tersentak Qaseh.Dia menggaruk kepalanya.

"Awak"

"Nuha"

"Nuha. Abang minta maaf"

"Abang minta maaf atas salah silap abang. Tolonglah balik. Abang nak Nuha"

"Ilyaz" Qaseh menggoncang perlahan tubuh Qayish yang masih meracau. Dipanggil sahaja nama penuh Qaseh. Qaseh arnuha.

"Nuha. Tolonglah pulang ke pangkuan abang. Abang rindukan Nuha"

"Nuha!"Qayish terus bangun dari baringnya. Tanpa sedar air matanya mengalir deras.

"Ilyaz awak kenap-" Kata-kata Qaseh mati apabila Qayish terus memeluknya erat. Enggan mahu melepaskan.

Qaseh cuba melepaskan pelukan yang erat itu.

"Stay"

Pinta Qayish lembut. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Adakah mimpi dia akan menjadi kenyataan? Qaseh akan tinggalkannya?

"Ilyaz. Awak kenapa?"Tanya Qaseh polos. Masih tertanya apa yang dimimpikan suaminya itu. Jangan tinggalkan abang? Aku akan tinggalkan Qayish?

"Diam."

Bidadari Qayish Ilyaz Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum