Bab 36 🌷🖤

1K 44 3
                                    

Qaseh memandang kosong gelas di hadapannya. Air yang tadinya panas sudah dingin kerana dibiarkan lama.

"Sayang," Qaseh tersentak sebelum menoleh ke samping. Suaminya kelihatan pelik, pucat lesu wajahnya.

"Abang. Awalnya balik? Abang tak sihat ke?" Qaseh menjeling jam di dinding. Baru pukul satu. Qayish senyum perit sebelum berbaring di peha Qaseh.

"Abang penat. Sakit kepala..." Adu Qayish manja. Dia menyembamkan wajahnya di perut Qaseh. Qaseh mengusap rambut perang suaminya.

"Abang dah makan?"

"Makan sikit je. Tak ada selera. Abang nak Nuha masak tapi, kesian pula dekat Nuha."

"Kesian kenapa?"

"Yelah Nuha kan mengandung mana boleh bergerak banyak."

"Abang, baru berapa minggu kandungan Nuha ni. Tak ada effect apa-apa punlah.." Qayish menggeleng laju. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya.

"Tak apalah, Nuha rehat je. Abang nak tidur sekejap." Qayish terus menutup matanya, mahu lelap seketika. Qaseh tersenyum nipis.








Baru hari ini, mereka mahu berpindah ke penthouse Qayish. Barang milik Qayish tidak banyak di rumah sewa Qaseh ini, jadi Qayish tidaklah kalut mahu mengemas barangnya. Dia terlebih dahulu membantu isterinya mengemas barang yang mahu dibawa ke rumahnya.

"Emm abang, Nuha nak ambil barang mandian Nuha sekejap ya?" Qayish mengangguk kecil, tangannya ralit melipat baju isterinya sambil berdiri. Badannya dibongkok sedikit melipat baju isterinya di atas katil.

Qayish capai satu baju. Tiba-tiba baju itu terlepas dari tangannya. Qayish terus jatuhkan tubuh mahu mengambil baju milk isterinya. Sejurus dengan itu matanya tertangkap satu kotak yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil di bawah katil. Kotak itu diambil, mungkin isterinya mahu bawa juga ke penthouse.

Akibat tertanya dengan apa isi di dalam kotak itu Qayish terus labuhkan punggung di birai katil. Kotak itu dibuka.

Tergamam dia melihat, baju-baju bayi dan beberapa keping gambar ultrasound bayi. Pelik, melihat gambar bayi yang sudah agak sempurna. Satu gambar dicapai.

Makin tergamam Qayish melihat tarikh gambar itu ialah tarikh dua tahun lepas. Ada juga beberapa kertas lagi Qayish ambil.

Qaseh arnuha binti azran?

"Abang-" Suara Qaseh terhenti melihat benda yang dipegang Qayish sekarang. Qaseh telan air liur melihat setitis air mata suaminya sudah gugur.

"Apa ni?"

"Abang, Nuha..."

"Jujur dengan abang. Apa benda semua ni?" Tanya Qayish, berusaha untuk tenang. Dia memandang wajah Qaseh. Qaseh mendekati suaminya, dan duduk di sebelah suaminya.

"Itu.... Gambar anak kita." Qayish gelak kecil, menahan perit di dada.

"Kenapa tarikh gambar ultrasound bayi ni tarikh dua tahun lepas? Apa yang Nuha dah sorok dari abang?" Tanya Qayish lagi tanpa memandang wajah Qaseh. Tanpa sedar Qaseh sudah mengalirkan air matanya.

"Nuha..... Pernah mengandung."

"Mana anak kita sekarang? Mana? Mana Qaseh arnuha?" Makin laju air mata Qaseh tumpah mendengar soalan suaminya.

"Nuha gugur masa bayi kita berusia enam bulan. Two years ago, Nuha tak pernah berniat nak tinggalkan rumah abang. Tapi bila Nuha dapat tahu Nuha mengandung, Nuha ambil keputusan untuk pergi sebab Nuha takut. Nuha takut abang suruh Nuha gugurkan kandungan tu" Cerita Qaseh sayu. Qayish terus memejam rapat matanya, seiring dengan itu air matanya terus tumpah.

Masih ingat betapa kejamnya dia pada Qaseh arnuha dahulu.

"Nuha balik ke rumah keluarga Nuha tanpa cerita tentang kandungan Nuha. Selepas kandungan Nuha masuk enam bulan, daddy dapat tahu. Daddy sangat marah, dia mengamuk sebab ingatkan Nuha dah kandungkan anak haram. Daddy ambil keputusan untuk bawa Nuha ke Italy, tinggal dengan kakak. Dalam perjalanan ke airport, we got a car crashed." Qaseh diam. Air matanya sudah berjurai keluar sama seperti Qayish. Qaseh memandang lama wajah Qayish.

"The driver, my parents and our baby... Cannot make it. They.... They...." Tak sempat Qaseh nak habiskan ayatnya dia sudah masuk ke dalam pelukan Qayish.

"Allahu Akbar, anak aku!" Qayish mahu memarah diri sendiri. Sangkanya dia hanya gagal menjadi suami dan anak yang baik. Tapi nyatanya? Dia juga gagal menjadi ayah yang baik. Anaknya meninggal sebelum lahir dari dunia ini.

"I'm sorry abang. It was my fault! Salah Nuha, hari-hari Nuha tertanya kenapa Allah tak ambil Nuha sekali semasa kemalangan tu. Nuha nak ikut Muhammad!" Adu Qaseh. Qayish menggeleng. Kalau Allah ambil Nuha, abang macam mana?

"No tulip, you have try your best. You're the best mother. Jangan cakap macam tu lagi sayang." Qayish masih cuba memujuk isterinya walaupun diri dia sendiri sudah tidak waras. Kewujudan anaknya pun dia tidak pernah tahu, bukankah dia ayah yang paling kejam di muka bumi ini?

Bodohnya dia tidak pernah mencari keberadaan Qaseh selama Qaseh menghilang. Akhirnya, dia yang menyesal.

Mereka tidak habis melampiaskan kesedihan bersama. Walaupun sudah dua tahun berlalu, tapi peninggalan Muhammad masih melukakan hati dua insan itu.












Raina tersenyum sinis melihat beberapa keping gambar lama Qayish. Gambar Qayish bersama perempuan, di dalam kelab dan banyak lagi gambar yang tidak senonoh. Tidak sabar rasanya mahu menunjuk gambar-gambar ini pada Aunty Elvira dan Qaseh. Dia mahu dua wanita yang mempunyai tempat istimewa di hati Qayish membuang Qayish. Selepas itu bolehlah dia masuk jarum.

"Qay, you tu milik I. Tiada sesiapa boleh memiliki you termasuk Aunty El. You're belong to me. Biar semua orang buang you, hanya I saja akan berada di sisi you." Raina senyum manis. Dia tidak sabar mahu menunggu saat Qayish melutut dihadapannya, meminta perhatiannya apabila semua orang membuang dia.

Saat itu akan tiba. Tidak lama lagi.

Raina meletakkan gambar-gambar itu pada dua sampul. Satu untuk Aunty El dan satu lagi untuk Qaseh. Adil bukan?











Selesai mengaminkan bacaan doa, Qayish pusingkan tubuh ke belakang. Tangan dihulur pada Qaseh. Qaseh terus menyalam tangan suaminya.

"Abang marahkan Nuha?" Tanya Qaseh takut-takut. Mana tahu suaminya akan marah dan meninggalkannya selepas tahu rahsia besar itu.

"Tipulah kalau abang cakap abang tak marah. Tapi... Abang lebih kepada kecewa. Kecewa Nuha rahsiakan perkara besar seperti ini." Qayish senyum sinis.

"Kejamnya abang terhadap Nuha dahulu sampai Nuha ingat abang akan suruh Nuha gugurkan kandungan Nuha kalau abang dapat tahu pasal itu." Ujar Qayish tiada nada. Berbanding kecewanya pada Qaseh dia lebih kecewa pada diri sendiri.

Qaseh menundukkan kepalanya sedih. Remuk hati dia dengan nada bicara Qayish.

Qaseh mengangkat kepalanya semula apabila tangan Qayish bergerak menyentuh perutnya.

"Janji dengan abang, jangan ada rahsia lagi di antara kita. Jangan lari lagi dari abang. Kali ini, kita harungi semuanya bersama. Kita harungi semua rintangan yang akan datang." Bibir Qayish bergerak mengucup lama dahi isterinya. Kedua-dua mereka menggugurkan air mata lagi.

Qayish jauhkan bibirnya dari dahi Qaseh. Mereka memandang satu sama lain.

"Ya sayang?" Qaseh mengangguk laju dan tersenyum perit. Qayish turut tersenyum.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now