Bab 57 🌷🖤

1K 51 2
                                    

Qaseh masuk ke dalam dapur mahu meminum air sejuk. Kering tekaknya. Qayish entah ke mana dia menghilang. Mungkin berada di luar bersama Ayyin bermain di tepi kolam.

Terasa seseorang juga berada di sini, Qaseh menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat mak mertuanya dengan wajah kosong. Qaseh merasa gugup apabila wanita itu mendekatinya.

"Hey perempuan! Dengar sini ya. Aku nak kau tinggalkan anak aku lepas kau beranak nanti. Dan anak itu beri Qay yang jaga. Aku tak nak cucu aku dibesarkan dengan perempuan macam kau ni!"

"Kenapa ni umi? Apa salah saya?" Tanya Qaseh perlahan. Kenapalah mak mertuanya selalu tidak berpuas hati dengannya. Ada saja mahu cari pasal.

"Salah kau? Kau tanya aku salah kau? Salah kau dah rampas anak aku! Sebab kau dia derhaka dengan aku! Aku tak ingin lah bermenantukan perempuan macam kau ni! Putri raina lebih layak bersama Qayish berbanding kau!" Elvira menolak kuat bahu Qaseh dengan satu jarinya. Qaseh terundur selangkah. Dia menundukkan kepalanya.

"Aku tak kira kau nak cakap apa sekali pun, aku nak kau minta cerai pada Qayish selepas kau melahirkan. Aku nak Qayish kahwin dengan Raina. Aku tak nak kau jadi menantu aku!"

"Apa kurangnya saya? Sebab saya anak yatim? Tak ada mak bapa sebab tu umi tak suka saya?"

"Ya! Lagipun aku jijik dengan kau! Dasar perempuan tak ada maruah! Kau goda Qayish sampaikan dia kahwin dengan kau kan?!" Tuduh Elvira. Dia mendengar cerita ini sebenarnya dari Raina. Takkanlah Raina mahu membohonginya kan?

"Pelacur macam kau tak layak ada dalam rumah aku ni!!" Bentak Elvira. Qaseh menahan air matanya dari gugur. Betapa hinanya dia di mata umi Qayish sampai digelar pelacur?

"Umi!"

Qaseh dan Elvira menoleh ke empunya suara yang tak kalah tinggi. Qayish tiba dengan wajah bengis. Ya, dia dengar semuanya. Hinaan uminya terhadap Qaseh membuat hatinya turut terluka.

"Umi jangan nak sesuka hati hina isteri Qay macam tu! Dia ada maruah! Umi langsung tak fikir pasal hati dan perasaan isteri Qay kan? Apa? Umi ingat dia anak patung? Tak ada hati? Tak ada perasaan?! Dia manusia biasa umi! Ada hati ada perasaan! Susah sangat ke umi nak terima yang dia dah jadi sebahagian dari keluarga kita! Susah sangat ke?!"

"Apa besar sangat ke salah dia ni sampai umi nilai dia macam tu sekali! Umi nilai dia macam umi ni yang paling sempurna atas dunia ni! Tak pernah buat salah silap! Umi dan isteri Qay tak ada beza! Dua-dua manusia! Hamba Allah! Jangan nak merasa diri tu hebat sangat umi. Jangan disebabkan umi kaya, ada segala-galanya umi sesuka hati tindas orang lain! Jangan kufur dengan nikmat yang telah Allah beri."

" Umi dan Nuha tak ada beza di mata Allah! Dan umi ingat anak umi yang ada di depan ni sempurna sangat? Kalau umi nak tahu.... Qay yang rogol dia!" Elvira terkedu. Dia pandang wajah merah anaknya.

Qaseh masih diam dengan air mata yang berjurai keluar. Tangan memegang perut bagai tidak mahu anaknya tahu apa yang bakal keluar dari mulut Qayish.

"Ya. Anak umi ni yang rogol dia dua tahun yang lepas. Dan disebabkan rasa serba salah, Qah kahwini dia. Qay tak nak dia direndahkan oleh orang lain sebab salah Qay! Qay yang nak bertanggungjawab! Tapi bila kami kahwin, Qay langsung tak jaga hati dan perasaan dia sampai buat dia tinggalkan Qay! Lepas dua tahun, Qay menyesal, Qay cuba ambil hati dia dan Qay akhirnya berjaya ambil kepercayaan dia. Tapi umi... Umi hancurkan semuanya! Umi hina dia, mengata dia macam tak ada maruah! Dan sekarang... Umi suruh pula Qay kahwin dengan Raina. Perempuan yang Qay tak pernah sayang sama sekali cinta? Umi tak sedar ke umi yang punca Qay tak bahagia sekarang ni?!" Bentak Qayish sehingga terhinjut bahu kedua wanita itu.

Mata Qayish melilau seperti mencari sesuatu. Nampak sahaja benda yang dicarinya terus dia capai dan digenggam kuat. Pisau.

Mata Qaseh membulat melihat suaminya memegang pisau yang tajam. Mata lelaki itu pula sudah bertukar sayu. Terdapat air mata jernih mengalir di pipi suaminya sebelum jejaka mendekati mak mertuanya.

Pisau itu bertukar tangan. Qayish memaksa uminya memegang pisau itu. Tangan uminya digenggam kemas supaya tidak melepaskan pisau itu.

"Ambillah pisau ni umi. Lapahlah dada Qay, ambil hati Qay ni umi. Kalau umi nak suruh isteri Qay tinggalkan Qay, bunuh Qay dulu! Sebab perginya Qaseh arnuha ibarat hilangnya nyawa Qay. Qay tak akan kahwin dengan Raina selagi Qaseh arnuha jadi isteri Qay! Sampai mati pun Qaseh arnuha tetap jadi isteri Qay! Tiada siapa boleh ambil tempat dia!" Air mata Elvira turut tumpah melihat air mata anaknya. Qayish lepaskan genggamannya membiarkan uminya memegang pisau itu sendiri.

Tingg!

Bunyi pisau berlaga dengan lantai. Elvira langsung tidak memegang pisau itu. Tangannya lemah. Seluruh tubuhnya lemah tika ini.

Qayish perlahan-lahan menjauhi uminya. Mata masih tidak lepas memandang wajah ibunya itu. Tiba-tiba dadanya terasa sempit! Qayish pegang dadanya. Dadanya berombak kasar. Tercungap-cungap dia mahu mengambil nafas.

Qaseh yang melihat suaminya tiba-tiba kelihatan sukar bernafas mendekatinya. Bahu suaminya dipegang.

"Abang!"

"Nuha... Sakit! A-abang arghh!!" Makin sulit dia mahu bernafas. Qayish cengkam dadanya. Dia memegang hujung island table.

"Kenapa ni?!" Qaseh menoleh ke empunya suara. Qalish! Jejaka itu tiba dengan waktu yang tepat.

Mata Qalish terpandang umi dan pisau yang berada di lantai. Dia pandang pula Qayish yang sedang memegang dada. Kelihatan seperti menahan sakit. Dia mendekati kembarnya.

"Qay kenapa ni?!"

"Alongg... S-sakit! Q-Qay tak b-boleh bernafas!" Ujar Qayish terpotong-terpotong. Mata Qalish membulat. Tanda-tanda ini seperti Qayish terkena anxiety attack!

"Jom along bawa ke bilik!" Qalish memapah Qayish masuk ke dalam bilik. Setelah itu dia menelfon nombor sahabatnya. Doktor Irfan.










Qaseh pandang suaminya yang sedang tidur. Wajah suaminya sangat polos ketika ini. Kelihatan seperti bayi yang sedang nyenyak tidurnya. Qaseh merasa kasihan pada suaminya apabila Doktor Irfan mengesahkan Qayish terkena panic attack tadi. Patutlah suaminya kelihatan susah bernafas, tangan juga sudah berketar. Nasib baik Doktor Irfan ada menenangkan suaminya sehingga jejaka itu dapat tidur dengan tenang.

Qaseh perlahan-lahan baring di sebelah suaminya. Rambut Qayish yang agak serabai itu diraup lembut kebelakang mendedahkan dahi Qayish. Qaseh senyum memandang wajah polos itu sebelum tunduk memandang perutnya.

"Babyy... Untung kan kita? Papa selalu pertahankan kita. Nanti kalau mama dah tak ada, baby jaga papa ya? Jadi penghibur papa... Mama tahu papa lebih banyak terseksa berbanding bahagia sekarang... Semuanya sebab mama. Jadi baby... Tolong mama ya? Hiburkan papa, buat papa happy, tersenyum, bergelak tawa. Mama takut. Mama takut, mama tak ada kesempatan lagi nak buat papa happy." Ujar Qaseh perlahan pada perutnya, tidak sedar air matanya sudah tumpah.

Qaseh tersentak apabila rengekan kecil dari suaminya. Kelopak mata Qayish terbuka, dia memandang wajah Qaseh.

"Tulip."

Qaseh ukir senyuman tipis dan mengusap kepala suaminya.

"Ya abang?"

"Abang penat. Abang nak tidur di bahu Nuha boleh?" Tanya Qayish dengan suara seraknya. Qaseh angguk kecil sebelum membantu Qayish merapatinya. Qayish meletakkan kepalanya di ceruk leher Qaseh dan tangan pula dililitkan di pinggang Qaseh. Qayish menutup matanya kembali. Dia penat. Benar-benar penat.

Entah kenapa air mata Qaseh mudah menitis kali ini. Melihat keadaan suaminya yang benar-benar lelah dan lemah. Dia jadi sedih. Tambah lagi dengan apa yang jadi tadi... Qaseh tersentuh. Dia tersentuh dengan setiap bait kata suaminya yang membelanya.

Qaseh pejam matanya membuatkan air matanya kembali menitis. Dia letakkan dagunya di atas kepala Qayish, belakang tubuh suaminya ditepuk perlahan. Lama dia mendodoi suaminya sebelum dia ikut tidur sama.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now