Bab 17 🌷🖤

1.2K 50 2
                                    

Qayish menatap kosong komputer di hadapannya. Sudah seminggu dia tidak berjumpa Qaseh. Ikutkan hati mahu saja dia pergi ke office Harraz, dapatlah dia jumpa Qaseh walaupun tak lama. Tapi hubungan dia dengan Harraz agak dingin sekarang, syarikat dia dengan Harraz pun sudah tiada lagi kerjasama.

"Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan CEO Q's empire?" Satu suara lunak menyapa di telinga Qayish. Qayish mengangkat wajahnya. Terkedu Qayish melihat wajah cantik itu.

"Raina!"

"Yess! It's me" Putri raina menayang senyuman lebar.

"Kenapa balik Malaysia tak bagitahu?"

"You memang tak nak bagi I duduk ke?" Perli Raina menjeling malas Qayish. Qayish tersengih.

"Sorry sorry I terlebih excited nampak awek doktor I ni. Have a sit" Raina tersenyum manis dan melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Qayish.

"So how are you? Isteri you mana? Macam mana perkahwinan kau orang? Aunty El dah tahu?" Tanya Raina bertubi-tubi. Dia tidak sabar untuk tahu berita itu.

"Err I'm fine macam ni je lah. Tentang perkahwinan I..... Umi masih tak tahu" Balas Qayish perlahan, langsung hilang senyuman yang manis tadi.

"Seriously? Ke... You dah ceraikan 'isteri rahsia' you tu?"

"Tak. Kita orang belum bercerai. Never." Ujar Qayish keras. Raina hanya mengangguk kecil. Jujur rasa sayang dia masih ada pada Qayish, dua tahun tidak cukup untuk hilangkan rasa itu. Lebih-lebih lagi Qayish adalah cinta pertamanya.

"T-then kenapa tak beritahu aunty El? You tak fikir perasaan dia bila dapat tahu semua ni?"

"Raina, I tahu apa yang I buat. Bila tiba masanya nanti I akan beritahu semua orang. I perlu betulkan hubungan I dengan isteri I. We had a problem"

"What is it? You guys gaduh?" Sejujurnya, sejak dua tahun lalu setelah Raina dapat tahu tentang Qayish yang sudah berkahwin, dia terus bawa diri tidak mahu ada kena mengena langsung dengan Qayish. Dia perlu buang perasaan cintanya pada Qayish dengan menjauhi jejaka itu. Tetapi perasaan itu makin besar dan besar.

"I rasa you tak perlu tahu. Jomlah kita makan! Banyak lagi I nak cerita dengan you tentang hal lain" Qayish bangun dari duduknya, telefon yang dipegang tadi dibiarkan di atas meja.

"Okay kita makan tapi you belanja eh!" Raina menuding jarinya telunjuknya pada Qayish. Qayish hanya mengangguk malas.

"Let's go!"

"Ih you ni tak nampak macam doktor langsung. Macam budak tadika baru balik sekolah ada lah" Gumam Qayish mengundang pandangan tajam dari Raina.

"Apa you cakap tadi?!" Mata Raina mencerlung tajam Qayish. Sesuka hati dia je!

"Nothing doctor Putri raina. Sila" Qayish memberi laluan pada Raina keluar dari bilik pejabat tersebut.






Mereka bergelak tawa di dalam restoran bagai sepasang kekasih. Memang tidak dapat dielakkan lagi Raina dan Qayish nampak serasi, sama padan sama cantik. Tetapi Qayish merasa Qaseh lebih serasi dengannya, dia tidak menganggap Raina lebih dari saudaranya.

"Oh my god! Tak sangka Qal bakal jadi ayah lagi! I'm happy for him. Maybe you akan menyusul abang kembar you, soon." Usik Raina.

"Hm mungkin?" Yelah! Baru Qayish ingat dia sudah bersama Qaseh beberapa minggu lepas. Tidak mustahil kalau Qaseh akan mengandung.

"What? Apa maksud you mungkin? You ada sentuh dia? You cakap you bergaduh dengan dia"

"Alah you tak payah fikirlah. Enjoy your food okay. Nah aaa" Qayish mencucuk sosej bakar itu dan menghalanya pada Raina.

Nak tak nak Raina menerima juga suapan itu.

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata memerhati mereka dari tadi. Wanita itu tidak silap, memang Qayish yang sedang dia lihat sekarang ini. Huh! Sangkaannya memang benar, Qayish tidak pernah berubah. Buktinya? Huh sudah ada di depan mata!





"Arghhh!!" Qaseh sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandangnya. Rasa marah menguasai dirinya.

Patutlah jejaka itu hilang selama seminggu ini. Sudah ada pengganti baru, baguslah! Senang Qaseh jadikan sebagai alasan untuk mereka bercerai.

"Lelaki semua sama je"

"Eh mana ada! Tak semua lelaki sama ok!" Entah dari mana datang seorang lelaki menafikan kata-kata Qaseh. Dia bercekak pinggang berdiri di sebelah Qaseh.

Qaseh memandang lelaki itu polos dengan air mata yang tiba-tiba menitis.

Terkedu lelaki itu melihat Qaseh yang mula mengeluarkan air mata. Ah sudah! Habis orang ingat dia buat Qaseh nangis!

"Farhan" Keras tubuh Farhan apabila tubuh tegapnya dipeluk Qaseh. Mak tolong, iman Paan tak kuat!

"Err, eh Qaseh jangan menangis dekat tempat awam ni. Kita duduk ya" Farhan melepaskan pelukan Qaseh. Tangan Qaseh ditarik duduk di atas kerusi batu.

"Cuba awak cakap kenapa? Siapa yang buat awak nangis buat kali kedua ni?" Soal Farhan lembut.

"Hmm orang yang dekat kedai makan dengan awak hari tu ke?" Teka Farhan. Apabila tidak dapat jawapan dari Qaseh, Farhan menganggap jawapannya adalah ya.

"Urghh! Saya dah agak dah! Dari hari tu lagi saya rasa dia lelaki yang tidak baik!" Farhan menggenggam penumbuk. Dalam fikirannya sudah terbayang wajah dingin Qayish sewaktu itu.

Qaseh mengeluh kecil.

"Awak buat apa dekat sini? Awak stalk saya ke?" Tanya Qaseh setelah reda dari menghambur tangisan.

"Eh mana ada! Kebetulan saya suka lepak dekat sini. Tenang. Tak sangka pula dapat jumpa awak! Kuat betul jodoh kita kan?" Seloroh Farhan.

"Saya nak balik." Qaseh meluru bangun dari duduknya, kaki ingin melangkah pergi tetapi tangan Farhan pantas memegang lengannya.

"Eh sekejap! Qaseh boleh kita berkawan?"

"Tak boleh. Saya tak kenal awak."

"Awak kan dah tahu nama saya. Farhan. Nama penuh saya Mohammed Farhan irham bin Mohammed Fairiz" Farhan menghulurkan tangannya pada Qaseh. Qaseh hanya memandang tangan kasar itu tiada niat ingin berjabat tangan dengannya.

"Ok. Kalau sekali lagi kita terjumpa tanpa sengaja. Kita berdua boleh berkawan. Tapi kalau kita dah tak berjumpa lagi, saya harap awak faham" Ujar Qaseh datar. Dia berlalu pergi.

"Okay! Saya tunggu Tuhan pertemukan kita lagi!" Jerit Farhan lantang. Dia tersenyum lebar. Dia yakin akan bertemu dengan Qaseh lagi.

Sangat yakin!

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now