Bab 28 🌷🖤

1K 42 1
                                    

Suasana menjadi kekok apabila teringat pasal semalam. Tiada suara langsung di antara mereka, hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan.

Suasana hening sehinggalah bunyi titisan hujan. Hujan menunjukkan semakin lebat. Qaseh memandang Qayish. Nampak dari gaya Qayish sedaya upaya untuk tenang.

Perasan diri ditenung Qayish memandang mengangkat wajahnya dan tersenyum nipis pada Qaseh. Tanda dia tiada apa-apa.

Bamm!

Bunyi petir menyentakkan mereka berdua. Qaseh dapat melihat peluh dingin di dahi suaminya itu. Sepertinya Qayish cuba melawan traumanya, itu yang diam je tu tak mahu bergerak.

"Kalau awak tak okay, masuklah bilik" Suruh Qaseh. Risau pula dia tengok keadaan Qayish. Wajah itu sudah pucat, nampak dia cuba untuk bernafas tapi kelihatan payah.

Qayish hanya menggeleng kecil.

"It's okay. Saya cuba untuk lawan. Takkan nak biar je kan" Qayish sambung makan makanan yang telah dimasak oleh Qaseh.

Sekali lagi bunyi petir menyapa di telinga mereka. Lebih kuat. Terus Qayish menutup telinganya.

Qaseh bangun dari duduknya dan mendekati suaminya yang menundukkan kepalanya.

"Ilyaz, mari saya bawa awak masuk bilik. Jangan risau saya ada. Saya temankan awak" Pujuk Qaseh tidak ubah seperti ibu yang sedang memujuk anak kecil.

Qayish mengangkat kepalanya memandang polos Qaseh. Qaseh tersenyum nipis. Lambat-lambat Qayish mengangguk kecil. Mereka berdua berjalan masuk ke bilik.

Qaseh menolak lembut Qayish duduk di katil. Qayish hanya patuh dan menutup matanya.

"Eyes on me, Ilyaz. Don't close your eyes" Ujar Qaseh tegas. Qayish tidak mendengarkannya.

"Qayish ilyaz.."

Qayish membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Matanya bersatu dengan mata Qaseh.

Bamm!!

Bunyi petir yang mengejut membuatkan Qayish terus memeluk tubuh kecil Qaseh. Terasa hangat pelukan itu.

"Shhh.. It's okay I'm here. Qaseh arnuha. Your wife" Kepala Qayish diusap lembut sebelum dia mengucup atas kepala suaminya. Dapat dia rasakan tubuh sasa itu menggigil.




"Hello Encik Harraz?"

"Ha Qaseh, lama lagi ke awak cuti? Awak masih tak sihat?" Suara Encik Harraz kedengaran prihatin. Qaseh menelan air liur.

"Emm e-esok mungkin saya datang kerja. Maaf ya Encik Harraz sebab ambil cuti lama." Entah dari mana Qayish muncul, dia mendekatkan telinganya di telefon milik isterinya. Keluar rasa cemburu bila lelaki menelfon isterinya pada waktu malam ini. Mukanya sudah berkerut-kerut mendengar perbualan isterinya dan Harraz.

"It's okay, take your time. Lagipun Wani ada untuk cover awak"

"Baiklah Encik Harraz, saya matikan panggilan ni dulu ya. Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam" Qaseh menoleh ke belakang dan beristighfar melihat Qayish yang entah bila muncul.

"Ya Allah, awak ni! Terkejut saya! Cuba beri salam" Qaseh mengurut dada. Bibir Qayish sudah memuncung.

"Harraz kan tu? Apa dia nak? Tak malu ke call isteri orang malam-malam" Dan bla bla bla. Qayish terus membebel dengan bibir terjuih-juih. Qaseh menahan senyum.

Qayish menjeling tajam isterinya.

"You look cute, my little bear" Qaseh tersenyum lucu. Membulat mata Qayish 'my little bear'?!

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now