Bab 41 🌷🖤

914 43 3
                                    

Qaseh terkedu. Tinggalkan Qayish ilyaz? Syarat apakah itu? Begitu bencinya umi Qayish padanya.

"Kamu boleh buat syarat tu?"

"Puan ambil sahajalah nyawa saya. Saya lebih rela nyawa saya diambil dari tinggalkan suami saya. Saya tak nak jadi isteri nusyuz. Puan sebagai isteri pun mesti tahu kan apa itu nusyuz? Betapa besarnya dosa bila isteri tinggalkan suami tanpa sebab."

"Haih, silap besar saya datang sini. Sangkanya puan ini adalah seorang ibu yang baik, boleh terima salah silap anaknya tapi tak... Puan lebih menangkan ego dari anak sendiri. Terlalu bencikan saya sampai sanggup ketepikan kebahagiaan anak puan." Sambung Qaseh berani.

"Kau tu yang tak layak untuk anak aku! Kau bukanlah kebahagiaan bagi anak aku tetapi kau adalah kesengsaraan! Kau lah punca anak aku tak bahagia sebenarnya! Sebab kau, anak aku jadi anak derhaka! Aku tak ingin menantukan perempuan macam kau!" Suara Elvira mula meninggi.

"Habis tu? Puan nak Raina yang jadi menantu puan?"

"Ya!"

"Kalau macam tu, pergilah cakap dekat Qayish sendiri. Saya nak tengok juga, dia nak ke kahwin dengan perempuan yang dah sebar aib dia." Ujar Qaseh tanpa nada. Dia bangun dari duduknya dan keluar dari bilik kerja Elvira. Elvira mendengus geram. Baginya Qaseh sudah biadab! Harap saja sudah bertudung!








Qayish tergesa-gesa masuk ke dalam butik uminya. Tak sempat dia ingin bersuara pekerja uminya terlebih dahulu menyapa.

"Encik Qayish. Encik Qayish buat apa di sini? Nak jumpa Puan El ya?" Tanya Amani lembut. Mata Qayish memandang bilik kerja uminya sebelum memandang Amani.

"Awak ada nampak seorang perempuan mengandung datang sini?"

"Oh ada. Tapi dia dah balik Encik Qayish."

"Dia buat apa dekat sini?" Tanya Qayish ingin tahu. Dia berharap tiada benda yang serius berlaku. Risau dia pada isterinya itu.

"Dia cakap nak jumpa Puan El. Lepas tu, Puan El ajak dia masuk dalam bilik Puan El, mereka berbual pasal apa saya tak pasti." Jawab Amani senyum tipis. Qayish mengangguk kecil. Sekali lagi bilik uminya dipandang.

"Umi ada?"

"Ada. Lepas je perempuan tu balik, Puan El langsung tak keluar dari bilik kerja dia." Qayish telan air liur sebelum mengangguk kecil.

"Tak apalah s-saya balik dulu. Jangan cakap dekat umi, saya datang ni ya. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam."












Qaseh mengeluh berat. Tasek dihadapannya dipandang kosong. Ya Allah! Biadab ke dia tadi?

"Astagfirrullahalazim!" Qaseh meraup kasar wajahnya. Pasti umi Qayish makin benci padanya!

Qaseh menoleh ke samping apabila terasa seseorang menghampirinya dengan tercungap-cungap. Terkedu Qaseh melihat sosok itu. Qayish!

"A-abang.." Tak sempai Qaseh bersuara lagi, tubuhnya sudah dipeluk erat oleh suaminya. Qaseh juga dapat rasa kucupan suaminya di kepalanya. Qaseh gigit bibir bawahnya.

"Abang... Nuha minta maaf keluar tak minta izin abang. Nuha..."

"Shhh.. Tak apa," Kepala Qaseh diusap lembut sebelum pelukan dilepaskan. Qaseh memandang sayu suaminya.

"Kenapa? Kenapa sanggup buat semua tu untuk abang?" Pertanyaan Qayish membuat air mata Qaseh gugur.

"Abang... Nuha minta maaf. Nuha gagal buat umi terima abang semula. Nuha pentingkan diri! Nuha tak boleh ikut syarat umi! Nuha tak boleh tinggalkan suami Nuha. Nuha-" Tak sempat Qaseh mahu bercakap tubuhnya sekali lagi dipeluk Qayish.

"Terima kasih. Terima kasih sebab tak buang abang. Abang pun nak minta maaf kalau Nuha rasa terabai sebelum ni. Abang terlalu ikut perasaan sampai pinggirkan isteri abang ni." Ujar Qayish lembut. Kepala isterinya dikucup lama. Sejurus itu air matanya terus mengalir.

Silap dia terlalu fikir tentang uminya sampai lupa tentang Qaseh.

Sedang mereka melepaskan semua itu, tidak sedar akan keberadaan Nadine. Huh iyalah, Nadine hanya memerhati mereka dari jauh. Dia tersenyum nipis melihat Qayish kelihatan sedang tertawa bersama isterinya, hilang sudah sedih mereka dalam sekelip mata.

Mungkin betullah mereka ditakdirkan bersama. Pasti mereka lebih bahagia apabila lahirnya anak mereka nanti.



























Nadine tersakiti.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now