Epilog 🌷🖤

2.3K 76 26
                                    

Empat tahun kemudian...

Qayish sudah bersiap ingin ke pantai bersama anaknya. Sedang dia merapikan rambutnya di hadapan pantulan cermin, dia berkerut dahi.

Mana pula anaknya ini? Kenapa senyap je? Selalu Qayl arshan lah yang memeriahkan suasana di dalam rumah ini tapi sunyi pula pagi ini. Qayish senyum nipis. Pasti budak kecil itu belum bangun.

Qayish menggeleng kecil sebelum keluar dari biliknya dan berjalan ke bilik anak terunanya. Bilik mereka tidaklah terlalu jauh. Bersebelahan sahaja.

Qayish tolak pintu bilik berwarna putih itu dan terpandang Qayl arshan yang masih dibuai mimpi. Qayish menggeleng melihat anaknya yang tidur sangat buas. Comforter dan bantal sudah selamat berada di lantai.

Jejaka itu mendekati Qayl arshan yang masih nyenyak tidurnya.

"Qayl arshan, bangun. Sudah pukul berapa ni. Kata nak pergi ke pantai?" Kejut Qayish lembut rambut anaknya yang serabai dibetulkan.

Qayl arshan diam tidak merespon.

"Qayl arshan bin Qayish ilyaz!"

"Hmmm..."

"Ya Allah budak ni! Bangun baby boy papa... Pergi mandi."

"Five minutes papa..." Amboi! Gayanya sudah seperti orang besar! Qayish menggeleng... Sudah! Budak kecil ni ikut perangai dia waktu kecil dahulu! Liat nak bangun pagi!

"Ooo five minutes ya?" Qayish sengih nakal sebelum bertindak menggeletek tubuh kecil anaknya. Qayl arshan terus segar biji mata, tertawa kegelian.

"Papa!" Anak kecil itu cuba memberhentikan tindakan ayahnya tetapi apalah kudrat yang dia ada? Dia hanya mampu tertawa tidak dapat tahan geli.

"Cepat bangun sekarang!!" Qayish ikut gelak melihat anaknya gelak besar hingga terlihat giginya.

"Haa papa tak nak! Ya! Ya! Ashan bangun!" Jerit Qayl arshan bersama tawa kegelian. Qayish gelak sebelum berhenti menggeletek anaknya.

"Okay, go shower now!" Arah Qayish. Qayl arshan terus bangun dari baringnya sebelum memeluk tubuh tegap Qayish.

"Ini kenapa pula nak bermanja-manja ni?"

"Ashan rindu mama. Bila Ashan boleh jumpa mama?" Tanya Qayl arshan tiba-tiba. Tubuh Qayish mengeras mendengar soalan itu.

"A-Ashan... Kan papa dah cakap, mama dah tak ada dekat sini."

"Mama pergi mana? Ashan nak jumpa mama.." Tanya Qayl arshan polos. Dia pandang wajah tampan ayahnya. Qayish telan air liur dengan soalan anak terunanya. Nuha..

"N-nanti papa bawa Ashan pergi jumpa mama ya? Dah pergi mandi dulu. Lepas pergi pantai.. Kita jumpa mama?"

"Pomish?" Qayl arshan tayang jari kelingkingnya yang kecil. Qayish senyum tipis sebelum menyatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking anaknya.

"Promise. Dah go!" Qayish tepuk punggung anaknya memberi arahan untuk masuk ke dalam bilik air. Qayl arshan patuh.







Qayish tersenyum lebar melihat anaknya yang gelak tawa mengejar belon buih yang berterbangan dibawa graviti.

Qayish berhenti dari meniup belon buih setelah merasa mereka sudah lama bermain. Qayl arshan itu memang hiperaktif budaknya, padahal dah lama mereka berdua main di persisiran pantai tetapi Qayl arshan langsung tidak menunjuk penatnya.

"Sudahlah Ashan. Mari kita duduk sekejap, kesian papa tengok anak papa ni." Ujar Qayish lembut, rambut anaknya yang sudah serabai dibetulkan sedikit. Dia pimpin tangan anaknya duduk tikar yang sudah mereka bawa tadi. Qayish bawa anaknya duduk di riba.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now