Bab 31 🌷🖤

1K 47 2
                                    

"Nah surat resign" Qayish meletakkan satu sampul surat di atas meja Harraz. Harraz memandang sampul surat itu dan memandang pula Qayish.

"Sejak bila kau kerja dengan aku ni?"

"Oh! Ini isteri aku punya. Aku tolong hantarkan bagi pihak dia"

"Isteri?!" Makin terkejut Harraz. Isteri? Sejak bila Qayish ni kahwin?! Siapa isteri mamat ni?

Qayish mengangguk kecil. Kut ya pun cover lah sikit muka terkejut tu. Buruk tahu tak. Lari nanti semua perempuan.

"Qaseh arnuha binti azran. My wife." Qayish buat muka selamba. Terkelip-kelip mata Harraz. What?!

"Bila kau orang kahwin?! Kau orang kena tangkap basah ya?! Ke engkau ni dah perangkap dia?!" Qayish diam. Mahu saja dia iya kan soalan terakhir tu.

"Itu bukan urusan kau. Yang penting aku suami dia. Dia isteri aku. Jadi aku nak kau jauhkan diri dari dia. Jangan chat atau call dia tanya macam-macam. Banyak lagi staf perempuan dalam bangunan ni." Ujar Qayish serius. Bukan dia tak tahu Harraz kerap Whatsapp Qaseh tanya macam-macam. Geram je dia.

"Tapi kenapa tiba-tiba berhenti? Eh aku sayang dia tauu" Qayish terus mengacah mahu melayangkan penumbuk tapi sempat Harraz menahan. Panik!

"Maksud aku sebagai pekerja! Dia tu cekap buat kerja, pandai berunding dengan client. Macam ada darah orang koperat dah Qaseh tu!" Ujar Harraz muka sudah cuak selagi Qayish tak jauhkan penumbuknya.

"Hm. Betullah apa yang kau cakap tu. Masa kita orang bekerjasama dulu pun aku perasaan dia tak kekok pun. Padahal baru tiga bulan kerja dengan kau" Qayish jauhkan semula penumbuknya. Dia setuju seratus peratus tentang itu!

"Kannn... Ha! Pasal nama ayah dia pula! Azran. Macam familiar. Kau kenal ak? Kau kan suami dia takkan kau tak kenal ayah Qaseh."

"Err... Aku-"

"Ha baru aku ingat! Arwah Tan Sri Azran! Dia meninggal dua tahun lepas dengan isteri dia sebab kemalangan. Tak silap aku dia ada dua orang anak. Tapi itulah Tan Sri Azran kawal ketat pasal anak dia. Tak ramai tahu siapa anak dia."

"Kau rasa Qaseh tu anak arwah Tan Sri Azran?" Hati-hati Harraz menyoal. Qayish diam.

"Entahlah Harraz" Qayish bersuara dengan nada perlahan. Dia mengingat kembali kejadian dua tahun lalu. Dia langsung tidak ambil tahu tentang keluarga Qaseh. Fikirannya di saat itu hanya mahukan Qaseh. Langsung tidak peduli siapa keluarga Qaseh.

"Aik? Keluarga isteri sendiri takkan tak tahu?"

"A-aku gerak dulu lah. Aku nak balik office aku" Mereka bersalaman sebelum Qayish melangkah pergi dari bilik pejabat Harraz.








Qayish memikir lama. Tak sampai beberapa minit dia mencapai telefonnya dan mendail satu nombor. Telefonnya didekatkan pada telinga.

"Assalamualaikum. Ha Qay, asal? Tiba-tiba je telefon ni?" Suara garau Emir menyapa ditelinga Qayish.

"Waalaikummusalam, Mir. Aku nak kau cari maklumat pasal arwah Tan Sri Azran boleh?" Tanya Qayish lambat-lambat.

"Tan Sri Azran? Emm bukan ke dia dah meninggal dua tahun lepas. Kau tak tahu ke?" Tanya Emir pelik. Kenapa Qayish tiba-tiba mahu tahu?

"Aku tahu. Aku cuma nak tahu ahli keluarga dia yang masih hidup. Anak-anak dia?"

"Hmm yelah, aku cuba cari maklumat pasal anak dia. Tapi lambat sikitlah. Kau boleh tunggu kan?"

"Boleh."

"Ha okay. Aku tutup dulu lah eh? Ada kerja nak kena settle ni" Talian itu terus mati. Qayish jauhkan telefon dari telinganya. Kalau betullah Qaseh anak Tan Sri Azran, kenapa Qaseh duduk di rumah sewa itu? rumah yang serba kekurangan? Kenapa tak tinggal di rumah Tan Sri Azran yang mewah dan serba ada.

Tok tok tok

"Masuk!" Pintu bilik pejabatnya terbuka dari luar. Muncullah abang kembarnya dengan riak wajah yang dingin. Abang kembarnya berjalan ke arahnya dan labuhkan punggung di hadapannya.

"Along, kenapa tiba-tiba datang sini?"

"Kau okay?"

"Kenapa?"

"Yeah after what umi said. She despises your baby. Umi juga halau kau dari rumah." Ujar Qalish perlahan. Qayish hanya senyum tipis.

"Qay tak ambil hati. Memang salah Qay pun. Kahwin tanpa beritahu umi. Buat umi kecewa. I deserve that. But bila dia cakap anak Qay macam tu, Qay sedih. Kenapa umi tergamak cakap anak Qay macam tu? Dia belum lagi lahir tapi sudah dapat hinaan sebegitu sekali." Qayish tundukkan kepala. Dia masih terkilan. Sangat tidak percaya ibu kandungnya sendiri cakap perkara yang tak elok pada anaknya.

"Hm. Actually, abi dah tahu pasal Qaseh lama dah. Two years ago" Beritahu Qalish tenang. Qayish terus mengangkat kepalanya. Hah?!

"M-macam mana abi tahu?"

"Lucas beritahu." Senang saja Qalish menjawab. Qayish terus mengeluh. Lucas. Orang kanan abi. Haih lupa pula Lucas tu serba tahu.

"Patutlah abi tak terkejut bila Qay cakap Qaseh isteri Qay. He know. That meannn..." Abi! Patutlah abi selalu ada dengannya selama dua tahun ini. Abi selalu beri nasihat. Abi juga telah bantu dia mempelajari agama. Dari solat, mengaji dan sebagainya. Abi selalu ada saat dia keseorangan. Rupanya abi sudah tahu apa yang berlaku.

"Abi... Dia terlalu baik. Qay... Tak tahu nak balas jasa abi. Qay, anak yang tak guna. Mesti hati dia hancur bila tahu anak dia kahwin senyap-senyap, but still.... He didn't leave me, he didn't leave me in sin. He always been in my side when I'm down.."

Qayish nangis sepuas hati di atas sejadah itu. Setelah selesai solat tahajud dia banyakkan berzikir, selawat hingga akhirnya dia tumpas dalam perasaan gusar.

Qayish tersentak apabila ada satu tangan kasar memegang bahunya. Dia menoleh kebelakang.

Qash senyum tipis sebelum duduk di sebelah anaknya.

"Abi."

"Nangislah. Nangis sehingga merasa lega. Qay perlu ingat, di dalam Al-Quran, surah at taubah ayat 40. Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Dengan itu ingatlah Dia, maka Dia juga akan ingat kita. Sedih bukan bermaksud Allah tidak sayang kita, Dia hanya mahu menguji."

"Kalau Dia sayang kenapa perlu menguji?" Qayish menyoal seperti anak kecil. Qash tersenyum nipis.

"Sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dia juga mahu kita dekat denganNya." Jawab Qash tenang. Qayish hanya meng'o'kan sahaja.

"Nak dengar tentang kisah Rasullulah SAW semasa kewafatan isteri pertamanya tak?" Tanya Qash lembut. Qayish terus mengangguk kecil. Dia mula merasa minat mahu mendengar semua itu. Dia jadi rasa kagum dengan Rasullulah SAW yang sangat tabah.

Qayish terus menjatuhkan kepalanya di riba abinya. Bersedia mahu mendengar kisah Rasullulah SAW. Qash senyum tipis.

Jikalau Qalish manja dengan isterinya, Qayish pula manja dengannya. Qayish lebih rapat dengannya berbanding dengan isterinya.

Qayish senyum tipis. Teringat akan itu. Sampai tertidur dia mendengar abinya bercerita. Nasib baik abi kejut menyuruh tidur dalam bilik, kalau abi biarkan? Haruuu...

"Oi! Senyum pula. Nak join tak along lunch dengan kak long?" Tanya Qalish buat kali kedua. Tadi sudah ditanya, Qayish langsung tidak menjawab, entah apa yang difikirnya.

"Emm..."

"Ajaklah isteri Qay sekali. Kita makan sama-sama. Bolehlah kak long kenal-kenal dengan Qaseh tu." Cadang Qalish. Hm sebenarnya Mawar yang suruh dia mengajak Qayish dan Qaseh makan sama, Mawar mahu berkenalan dengan Qaseh. Haihh, ikut sajalah kata si isteri itu.

"Yelah, Qay pergi jemput dia dulu. Along share lah location nanti kita orang datang." Qayish bangun dari duduk. Tali leher dibetulkan sedikit.

Qalish bangun sama dan mengangguk kecil. Mereka berdua keluar bersama dari bilik pejabat itu.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now