Bab 33 🌷🖤

1K 46 0
                                    

"Nuha, kenapa balik tak beritahu abang? Abang boleh ambil Nuha. Bahayalah balik seorang-seorang." Qayish terus merapati isterinya. Kedua bahu isterinya dipegang.

"Abang ni, overprotective la. Nuha okay je." Mata Qaseh terkelip-kelip. Risau sangat, macamlah dia ni budak-budak.

"Mestilah abang overprotective, Nuha tu mengandung. Kalau apa-apa jadi? Abang risau tau!" Qaseh terus terdiam. Adakah Qayish akan begini juga waktu dia mengandungkan Muhammad dulu? Overprotective.

"Nuha okay tak ni?" Tanya Qayish melihat perubahan wajah Qaseh. Kenapa tiba-tiba wajah itu mendung. Dia ada salah cakapkah?

"Nuha?"

Qaseh tersentak. Lambat-lambat bibirnya senyum tipis.

"A-abang cakap apa tadi?"

"Nuha okay tak ni? Abang minta maaf kalau abang ada buat Nuha terasa." Laju saja Qayish meminta maaf, takut dia ada buat Qaseh terasa sehingga wanita itu terdiam.

"T-tak. Abang tak perlu minta maaf"

Pap!

Qayish terkedu, mengeras tubuhnya apabila dipeluk Qaseh secara tiba-tiba. Lambat-lambat dia balas juga pelukan itu. Rambut Qaseh diusap lembut.

"Kenapa ni sayang?"

"Terima kasih abang sebab risaukan Nuha." Ujar Qaseh perlahan. Dia tiba-tiba merasa ingin nangis. Entahlah, teremosi pula.

Qayish senyum tipis. Atas kepala Qaseh dicium lama.








"Abang nak kita pindah ke penthouse abang." Pinta Qayish. Qaseh telan air liur. Duduk di rumah itu? Err..

"Kenapa? Abang tak suka ke duduk rumah sewa Qaseh ni?" Tanya Qaseh sayu. Tahulah rumah ini serba kekurangan. Lainlah penthouse mewah dia tu.

"Bukan tak suka. Cuma tempat kerja jauhlah dari sini. Kalau kita duduk penthouse abang senang sikit, boleh cepat sampai ke office." Qaseh mengangguk kecil. Hm, betul juga. Jarak rumah Qaseh dengan penthouse Qayish pun boleh tahan jauh, semua sebab Qaseh enggan terserempak dengan Qayish dulu.

"Kalau abang dah cakap macam tu. Yalah kita pindah sana"

"Lusa kita pindah ya?" Tanya Qayish. Qaseh hanya mengangguk kecil. Qayish senyum tipis.

Tab yang berada di tangan, Qayish letak di atas laci yang berada di sebelah katil. Setelah itu dia menghadap Qaseh. Perut Qaseh diusap.

"Abang tak sabar nak tunggu dia lahir. Mesti dia comel macam abang kan?" Tanya Qayish saja mahu berbual. Kerjanya sudah selesai, jadi tugasnya sekarang melayan isterinya sepenuh masa.

"Abang, comel? Err macam tibe je..."

"Ish abang comel lah! Nuha tahu, masa Nuha tak ada dulu ramai tau yang tackle abang. Tapi abang tak layan. Abang dah berhenti dah jadi buaya darat ni. Semua sebab Nuha."

"Eleh yelah tu. Habis tu Raina? Nuha tengok dia tu terlebih berani sentuh abang masa dekat restoran hari tu."

"Raina tu cuma saudara my tulip. Abang pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba berani sentuh abang. Sebelum ni mana ada kita orang sentuh-sentuh. Tak berani abang nak sentuh dia, nanti habis makan penumbuk Uncle Putra."

"Ye tak sentuh? Yang berpelukan depan Nuha tu?"

"Bila?" Qayish cuba mengingat kembali. Dia peluk Raina? Bila?

"Two years ago. Nuha masih ingat tau! Lepas tu abang tinggalkan Nuha seorang-seorang sebab nak hantar dia balik. Yalah dia kan tengah broken bila dapat tahu abang dah kahwin." Qaseh menahan rasa. Hish! Tak suka betul bila ingat semula.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now