Bab 12 🌷🖤

1.2K 57 2
                                    

Bukk!

Harraz memegang pipinya yang selamat ditumbuk oleh Qayish. Bengis sungguh wajah lelaki dihadapannya sekarang.

"Aduh! Asal kau ni?!"

"Kau! Sebab kau..." Qayish menuding jarinya telunjuknya pada Harraz. Dia tak mampu menyambung kata-katanya.

"Bodoh! Kalau kau tak paksa aku minum semalam, aku tak tanggung semua ni tahu tak?!"

"T-tanggung apa? Qal tahu ke kau minum semalam?" Tanya Harraz takut. Habislah kalau Qalish tahu. Pasti dia akan jadi mangsa Qalish pula selepas ini. Salah dia kan yang paksa Qayish minum semalam.

"Tak. Qal tak tahu. T-tapi aku dah..."

"Ah! Kau tak payah tahulah!"





Qaseh mengurut kepalanya yang terasa pusing. Badannya tidak terlalu sihat tapi tetap juga dia datang kerja kerana banyak lagi pekerjaan yang tertangguh. Dia perlu menyiapkannya secepat mungkin.

"Qaseh. Qaseh okay tak ni? Pucat je muka tu" Tegur Kak Fara risau. Dari Qaseh masuk kerja tadi sehinggalah sekarang wajah Qaseh pucat.

Tangan Kak Fara menyentuh dahi dan leher Qaseh. Panas. Sangat panas.

"Ya Allah! Qaseh demam ni! Kita pergi klinik ya, ambil mc" Ujar Kak Fara risau. Patutlah lesu semacam je.

"Tak apalah Kak Fara, Qaseh okay. Tak payahlah pergi klinik" Ujar Qaseh dengan suara yang lemah. Bibir menguntum senyuman nipis. Cuba meyakinkan Kak Fara.

"Mata Qaseh pun bengkak ni. Qaseh tak nak kongsi apa-apa dengan Kak Fara?"

"Huh! Budak manja! Kak Fara tak perasan merah-merah dekat leher dia tu? Entah-entah malam semalam pergi jual tubuh!" Sampuk satu suara. Qaseh hanya diam, tidak berdaya ingin mengeluarkan suara.

Kak Fara menatap tajam wajah Lia yang memandang sinis pada Qaseh.

"Kau jaga mulut kau, Lia! Pergilah sana buat kerja! Menyibuk hal orang je!" Marah Kak Fara pada Lia.

"Yang Kak Fara nak back up dia ni kenapa? Oi perempuan kau ni depan je nampak baik kan? Belakang, huh manusia bertopengkan syaitan! Tuh bunga yang hari-hari kau dapat tu mesti dari sugar daddy kau kan?"

Pang!

Lia memegang pipinya yang baru ditampar Kak Fara. Tidak berani melawan lagi Lia berlalu pergi dari situ. Sempat juga dia menjeling tajam wajah pucat Qaseh.

"Qaseh tak payah peduli lah pasal mulut Lia tu. Kak Fara percaya Qaseh, takkan Qaseh buat perkara terkutuk tu kan? Emm Qaseh ada nak minum apa-apa? Kak Fara boleh buatkan" Ujar Kak Fara lembut. Qaseh menggeleng kecil.

"Tak apa Kak Fara, Kak Fara pergilah buat kerja Kak Fara. Qaseh okay buat kerja ni seorang diri" Ujar Qaseh masih dengan suara lemahnya.

Kak Fara mengeluh kecil sebelum beredar dari situ. Dia tidak mahu memaksa Qaseh. Biarlah Qaseh menenangkan dirinya.

Qaseh cuba menguatkan dirinya. Kerja itu hampir siap.

Sepuluh minit berlalu. Qaseh bangun dari duduknya ingin pergi fotostat beberapa kertas untuk keperluan.

Hampir sampai di tempat fotostat, badan Qaseh tidak dapat diimbangkan. Tangannya memegang dinding.

Kepalanya yang berdenyut hebat disentuh. Qaseh meringis perlahan.

Tubuhnya tidak dapat diimbang sepenuhnya. Qaseh rebah ke lantai, matanya yang tadi separuh terbuka, tertutup sepenuhnya. Dia hilang segala tenaga.

"Ya Allah Qaseh!" Dari jauh, mata Kak Fara menangkap Qaseh tumbang. Pantas dia berlari ke arah Qaseh.

"Qaseh!"

Kebetulan Qayish yang baru keluar dari pejabat Harraz memandang ke arah punca suara lantang itu.

Mata Qayish memandang sosok yang terbaring lemah di atas lantai. Membulat mata Qayish mendapati sosok itu adalah Qaseh. Pantas dia berlari ke arah Qaseh.

"Tulip!" Qayish menepuk-nepuk pipi Qaseh namun hampa. Qaseh sepenuhnya tidak sedar. Tanpa berfikir apa Qayish mencempung tubuh Qaseh.










Jari Qaseh bergerak perlahan. Serentak dengan itu kelopak mata Qaseh terbuka. Matanya melilau memandang ruang itu.

Hospital?

Qaseh memandang tangannya yang terasa digenggam. Terdapat satu sosok lelaki yang duduk di sebelah katilnya. Kepala lelaki itu elok terletak dikatil.

Qaseh perlahan menarik tangannya tidak mahu membangunkan lelaki itu yang sedang lena.

Jarum yang berada di tangannya dipandang. Tiba-tiba rasa sakit di kepala menyerang.

"Erghh"

Qaseh melihat Qayish yang sedang bergerak tanda lelaki itu sudah terjaga.

"Nuha, awak dah sedar?" Qaseh tidak mempedulikan pertanyaan itu. Mata boleh tengok kan?

Sakit di kepala dibiarkan. Jarum yang tercucuk di kekura tangannya dicabut kasar. Membulat mata Qayish melihat itu.

"Aku nak balik" Qaseh menjatuhkan kakinya pada lantai. Dia berjalan pada pintu keluar dengan rasa sakit yang masih ada. Rasa sakit itu tidak penting baginya sekarang, dia mahu keluar dari sini.

"Tapi awak belum sihat lagi" Qayish memegang lengan Qaseh membantu wanita itu. Risau dia kalau Qaseh akan tidak sedar diri seperti tadi.

"Kau juga yang buat aku macam ni kan" Qaseh merentap kasar lengannya. Dia merasa jijik dengan lelaki itu. Hipokrit.

"Nuha, saya dah minta maaf kan"

"Maaf kau tak cukup dengan apa yang aku tanggung sekarang ni! Eh dah lah aku penat tahu tak?! Anggap jelah semalam tugas terakhir aku sebagai isteri kau. Aku dah tak sanggup nak bersuami kan lelaki iblis macam kau! Ceraikan aku!" Qaseh mula meninggikan suaranya membuatkan rasa sakit masih kuat.

"Tak! Berapa kali saya kena cakap saya takkan ceraikan awak. Awak isteri saya selamanya"

"In your dream Qayish ilyaz! Kalau kau nak sangat seseorang yang boleh jadi pemuas nafsu kau, cari perempuan lain, bukan aku!" Qaseh membuka kasar pintu itu sebelum pergi dari situ dengan rasa sakit yang masih ada.

"Nuha..."





"Nuha!"

Panggilan itu dihiraukan. Qaseh buntu mahu ke mana sekarang ini. Dia jalan sahaja sehinggalah keluar dari bangunan hospital itu.

"Nuha!" Terasa tangannya di rentap kasar dari belakang.

"Ish kau nak apa lagi! Tak cukup ke semalam kau dah rogol aku!"

Pap!

Qaseh tergamam apabila tubuhnya di peluk. Terasa juga bahunya basah. Qayish menangis kah?

Terasa Qayish melepaskan pelukan itu namun tangan tidak lepas dari memegang bahu Qaseh.

"Tolonglah bagi saya jelaskan. S-saya tak sengaja semalam. Saya betul-betul tak sengaja. Demi Allah"

"Tak sengaja? Yang kau mabuk tu? Kau nak cakap yang kau tak sengaja juga ke hah?" Tanya Qaseh dingin.

"I-itu saya"

"Saya penatlah dengan permainan awak, Encik Qayish ilyaz. Di mata awak, saya ni memang perempuan yang murah kan? Tak ada harga. Sebab tu dengan mudahnya awak datang dekat saya, merayu dekat saya, cakap dekat saya yang awak dah berubah. But the truth? Awak. Tak. Pernah. Berubah. Itu yang saya nampak. Awak tak boleh tinggalkan semua benda haram tu. It's okay saya tak paksa pun pasal tu, diri awak kan. Tapi saya minta sangat awak lepaskan saya. Saya tak sanggup nak hadap benda ni. Perkara yang awak buat semalam, terlalu pahit untuk saya telan. Awak buat saya macam anak patung" Tangisan Qaseh mula kedengaran. Dia tak mampu nak lalui perkara ini buat kali kedua. Dia tidak mahu kejadian dua tahun lalu diulang.

Qayish menarik tubuh Qaseh. Memeluk tubuh kecil itu. Dalam masa yang sama dia cuba menelan kata-kata yang dilemparkan oleh Qaseh. Perit. Bukan Qaseh saja kecewa, dia turut kecewa dengan dirinya. Seakan baru tersedar, dia sememangnya tidak layak untuk Qaseh.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now