Bab 13 🌷🖤

1.2K 38 0
                                    

Bunyi titisan hujan menyapa di telinga Qayish. Badan mereka sudah dibasahi hujan.

"Sayang" Tidak sedap hati Qayish apabila tiada respon dari Qaseh. Badan wanita itu pula longlai.

Qayish memandang wajah Qaseh. Ternyata benar, Qaseh sudah tidak sedarkan diri. Pantas Qayish mencempung tubuh Qaseh dibawa masuk ke dalam kereta. Mujur jarak kereta tidak jauh dari mereka.

Qayish memutuskan untuk bawa Qaseh ke penthouse nya. Mungkin di situ Qaseh lebih selesa. Atau tidak??






Elvira ulang alik ke kiri ke kanan. Dia risau akan anaknya. Panggilan langsung tidak di jawab. Haih, Qayish memang susah untuk di uruskan berbanding Qalish.

"Elvira sayang, boleh tak duduk sekejap. Pening kepala saya tengok awak ulang-alik ke kiri ke kanan" Tegur suami Elvira. Elvira berdecit sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Qash.

"Awak ni, saya tengah risaukan Qay. Saya call dia tak jawab pun. Susah betullah anak awak yang seorang tu"

"Dia dah besar. Pandai-pandailah dia jaga diri. Janganlah risau sangat. Nanti kalau dia ada masa dia balik la sini"

"Huh tahu pun dia dah besar. Tapi masih tak berkahwin. Senang cerita kita kahwinkan sajalah dia dengan Raina. Anak sepupu awak juga kan. Baik buruk dia kita dah tahu" Ujar Elvira. Qash menggelengkan kepalanya, isteri dia ni ingat dalam drama ke nak main kahwin-kahwinkan ni? Tak ke mengamuk Qayish nanti.

"Jangan masuk campur urusan anak. Mana tahu dia dah ada calon tapi tak kenalkan pada kita? Kita tunggu sajalah."

"Atuk! Nenek!" Satu budak kecil yang menerjah masuk ke dalam rumah banglo itu berlari riang ke arah Qash dan Elvira.

"Eh Ayyin cucu atuk!" Qash pantas melebarkan senyumannya. Tubuh Adalyn di dukung.

"Assalamualaikum, abi, umi" Sepasang suami isteri pula masuk ke dalam rumah banglo itu.

"Waalaikummusalam"

Qalish dan Mawar menggeleng kecil melihat anak mereka yang berada di dukungan Qash. Manja sangat dengan atuknya.

"Ha baguslah kamu bertiga datang. Boleh kita dinner sama-sama malam ini" Ujar Elvira. Tangannya mencuit manja hidung Adalyn.

"Qay tak datang sini? Adik mana?" Tanya Qalish memandang sekeliling ruang tamu.

"Umi banyak kali dah call Qay, tapi tak diangkat. Adik pula keluar dengan kawan-kawan"

"Oh, Qay sibuk mungkin" Ujar Qalish ingin menyedapkan hati uminya. Dalam sudut hatinya sudah tahu apa yang dibuat oleh kembarnya.









Kelopak mata Qaseh terbuka perlahan-lahan. Ruangan itu dipandang. Familiar.

Dia memandang sebelahnya yang terasa dihuni seseorang. Sama seperti di hospital tangannya di genggam oleh lelaki itu tetapi kali ini tangan mereka bersatu dan terletak di dada lelaki itu.

Dapat Qaseh melihat air mata yang sudah kering di wajah Qayish. Adakah itu air mata yang tulus? Atau dusta belaka.

"Nuha"

"Nuha.."

Terkedu Qaseh melihat air matanya yang keluar dari kelopak mata yang tertutup itu. Dia menangis lagi?

Pantas Qaseh bangun dari baringnya. Dia cuba mengejutkan Qayish yang masih meracau namanya.

"Ilyaz"

"Nuha... Jangan pergi.."

"Ilyaz"

"Nuha!"

Qayish terbangun dari baringnya. Dia meraup kasar wajahnya dan beristighfar. Baru tersedar tangannya masih menggenggam tangan Qaseh.

"Mimpi yang sama?" Tanya Qaseh seakan tahu apa yang dimimpi Qayish. Di mana dia meninggalkan Qayish. Adakah mimpi itu satu kebenaran? Atau hanya mainan tidur? Qaseh menyerahkan semuanya pada Allah. Dia Maha mengetahui.

Qayish mengangguk kecil.

"Kita ada anak ke?" Pertanyaan Qayish membuatkan tubuh Qaseh mengeras. Tolonglah jangan dibicarakan tentang itu. Hati Qaseh menjadi sakit mendengarnya.

"T-tak"

"Habis siapa bayi yang berada di dukungan awak dalam mimpi tu?"

"Mimpi itu hanya mainan tidur awak sahaja. M-mana mungkin kita ada anak."

"Jadi budak itu siapa? Mana dia sekarang?"

"Itu anak kakak saya. Saya jaga dia buat sementara. Sekarang mereka dah menetap di Italy" Bagai tahu dengan maksud pertanyaan Qayish. Pasti Qayish bertanya tentang Ayyish.

Suasana hening. Qaseh memandang sekeliling sudut bilik itu. Dia sudah mengingatinya. Pantas dia merentap kasar tangannya yang berada di genggamam Qayish.

Qaseh menjejakkan kakinya di lantai. Dia tidak mahu berada di dalam bilik ini. Bilik ini, neraka baginya.

Qayish pantas mengejar langkah Qaseh yang ingin keluar dari biliknya. Bahu Qaseh dipegang kemas.

"Lepaslah! Saya nak balik!"

"Awak masih belum sihat. Berehatlah di sini dahulu. At least sampai awak sihat. Saya risau awak duduk rumah seorang-seorang. Bahaya, kalau jadi apa-apa macam mana?"

"Saya benci tempat ni! Lagi bagus saya mati seorang-seorang jelah dalam rumah saya daripada duduk dalam rumah ni yang macam neraka!" Qaseh tidak suka melihat isi ruang di bilik itu. Semuanya mengingatkannya pada masa lalu. Kenangan pahit yang cuba dia lupakan.

"Erghhh!" Rasa sakit kembali menyerang. Qaseh memegang sisi kepalanya. Huh! Masa ni lah dia nak menyerang. Padah tinggikan suara pada suami agaknya.

"N-Nuha" Qayish menuntun Qaseh duduk di birai katil.

"Awak rehat dulu ya. Saya buatkan bubur untuk awak"

"Tak payah! Saya tak lapar"

Kriukkk

Qaseh berdecit. Dasar perut! Tak nak bagi kerjasama langsung!

Qayish menahan senyum.

"Tunggu sekejap ya. Saya pergi buat bubur. Jangan pergi mana-mana!" Qayish berlari pantas keluar dari biliknya ke dapur. Qaseh tersenyum nipis, Qayish tampak lucu. Tapi.... Bolehkah jejaka itu masak? Jangan letak racun sudah.

Ting!

Qaseh memandang handphone milik Qayish.

Harraz
-Bro, aku minta maaf aku paksa kau minum semalam. Aku nampak kau stress lately ni sebab tu aku bagi kau minum. Aku tak nak kau fikirkan masalah kau. Sorry bro.

Qaseh terkedu. Qayish dipaksa minum oleh majikan Qaseh. Qaseh sudah salah anggap.

Qaseh memandang waktu di skrin handphone milik Qayish. Sudah pukul sebelas malam. Hmm memang patut pun dia tidak pulang sewaktu ini.

Patutkah dia melihat keadaan Qayish di dapur? Huh entah apa yang jadi dekat dapur tu. Tak mengapa, bukan dapurnya pun. Dia tidak kesah, tapiiii... Macam mana kalau Qayish tercedera?

Ish! Kenapa pula kena fikir pasal tu! Biarlah, Qayish dah besar. Pandai-pandailah dia.




Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now