Bab 9 🌷🖤

1.3K 51 2
                                    

Bunyi guruh yang kuat menyapa di telinga Qaseh. Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana langit yang gelap tambah lagi dengan rintihan hujan.

Qaseh keluar bersama payung ditangannya. Mata Qaseh terpandang tepi rumahnya. Qayish yang sedang duduk di atas tanah, kepalanya merapati lutut. Tangan pula menutup telinganya.

"Ya Allah Ilyaz!" Qaseh pantas merapati Qayish. Qaseh memegang bahu jejaka itu melihat keadaan Qayish yang sudah basah kuyup terkena hujan.

"Ilyaz!"

Qayish mengangkat kepalanya memandang Qaseh dengan wajah takut.

"Tulip" Susah payah Qayish menyebut perkataan itu. Dia menggigil ketakutan. Bunyi ribut petir masih tidak berhenti, dia takut. Peristiwa beberapa tahun yang lalu terlintas di ingatannya.

"Ilyaz" Qaseh melutut di hadapan jejaka itu dan memeluknya. Qayish turut membalas pelukan itu.

Tubuh Qaseh turut basah kerana bersentuhan dengan Qayish yang sudah basah lencun.

"Jom kita masuk!" Qaseh membantu Qayish bangun. Mereka berdua masuk ke dalam rumah Qaseh.







Qaseh memandang Qayish yang masih tidur dengan wajah polosnya. Jejaka itu demam. Nasib baik ada baju arwah ayahnya kalau tidak tak tahu lah nak bagi Qayish ni pakai baju apa.

Qaseh terfikir bagaimana Qayish menghadapi rasa takutnya sewaktu ribut petir? Siapa yang membantunya?

Tangan Qaseh bergerak mengusap rambut Qayish.

"Bila saya dah mula lupakan awak, kenapa awak datang semula? A-awak buat saya rasa serba salah. Hebat betul awak sampai mampu buat saya naik gila" Bicara Qaseh sendiri.

"N-Nuha." Qaseh tersentak. Qayish menyebut namanya?

"Ilyaz"

"Nuha.... Nuha!" Qayish terjaga dari lenanya. Mata melilau seperti mencari sesuatu.

"Astagfirrullahalazim" Qayish mengusap kasar wajahnya, sakit kepala tiba-tiba menyerang.

"Awak mimpi apa?" Tanya Qaseh ingin tahu. Qayish memandang Qaseh penuh makna.

"B-bayi. B-bayi itu iras dengan muka saya. Dia berada di dukungan awak" Jawab Qayish. Tubuh Qaseh mengeras.

"Awak dan bayi tu senyum pada saya. Kemudian.." Hati Qaseh tidak sedap. Takut dengan sambungannya.

"Awak dan bayi tu pergi tinggalkan saya. Kau orang pergi pada arah cahaya. S-saya panggil awak, t-tapi awak langsung tak toleh dekat saya" Air mata Qayish gugur. Mimpinya tadi memberi kesan besar padanya.

Makin terguris hati Qaseh melihat air mata Qayish. Terasa matanya juga panas, mungkin bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah.

"A-awak dah bangun. Pergilah balik. S-saya nak keluar" Qaseh mengubah topik. Tidak sanggup lagi dia mendengar kata-kata Qayish. Mimpi Qayish tadi sangat menyakitkan hatinya.

"Sampai hati awak halau suami sendiri" Qayish memberi alasan. Mimpi tadi dia cuba ketepikan, dia mahu bersama Qaseh hari ini.

"Ye. Memang sampai je hati ni. Dah baliklah, nanti apa jiran-jiran saya cakap"

"Tapi kita dah kahwin, jadi tak salah kalau saya duduk rumah isteri saya"

"Ada bukti ke? Kad kahwin pun tak ada" Qaseh menjeling malas Qayish.

"Hmm kalau macam tu tak apalah biar jiran-jiran awak nampak. Nanti dia orang panggilkan jais bolehlah kita kahwin lagi sekali."

"Tak lawak. Keluarlah" Qayish berdecit. Dia berfikir lama sebelum tersenyum kecil.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now