Flashback V 🌷🖤

1.6K 52 0
                                    

Qaseh mula merasa bosan. Sudah dua hari Qayish tidak pulang ke rumah. Sepatutnya dia berasa bahagia dan boleh mengambil kesempatan untuk lari tetapi tidak. Dia mula merasa risih apabila Qayish tidak berada di sisinya.

"Ilyaz, mana awak?"

Ding dong

Ding dong

Bunyi loceng terlintas di pendengaran Qaseh. Bibir Qaseh menguntum senyum, Qayish sudah pulang!

Qaseh mengambil seribu langkah ke pintu dan membukanya.

Senyuman Qaseh mati melihat wajah mendung Qayish. Mata Qaseh tertancap pada tangan Qayish yang berdarah. Membulat mata Qaseh sebelum memandang Qayish yang masih menundukkan kepalanya.

"Ilyaz, tangan awak kenapa?" Tanya Qaseh risau. Qayish tidak memberi respon. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah Qaseh dan memeluk tubuh itu.Wajah di sembam pada leher Qaseh.

"Nuha. Along.." Lemah suara Qayish mengeluarkan dua perkataan itu.

Giliran Qaseh berdiam diri. Along? Abang Qayish kah? Kenapa dengan dia?

Terkedu Qaseh apabila mendengar tangisan yang tidak lain tidak bukan dari Qayish. Qayish menangis.

"I-Ilyaz, apa kata kita masuk dalam dulu. Lepas tu awak cerita pada saya apa yang jadi ye?"






Qaseh memandang Qayish yang sedaya upaya menahan air mata dari mengalir. Aduh nanti tak macho la nangis depan Qaseh, air mata ni pun satu. Tak berhenti-henti nak mengalir. Hmph!

"Kenapa dengan along?" Tanya Qaseh memecahkan keheningan. Qayish memandang Qaseh dengan mata yang masih berair. Pandangan Qayish beralih pula pada tangannya yang sudah dibalut dengan bandage oleh Qaseh tadi.

"Along accident. Dia kritikal. Doktor cakap hanya ada tiga puluh peratus untuk bertahan." Qaseh hanya mendengar saja cerita Qayish.

"Kenapa awak balik sini? Tak tunggu dekat hospital sampai along awak sedar?" Tanya Qaseh hati-hati.

Ting tong! Ting tong!

"Err biar sayalah buka pintu tu." Qaseh bangun dari duduknya. Baru sahaja ingin melangkah tetapi Qayish terlebih dahulu menahan.

"Biar aku yang buka." Qayish berjalan ke pintu dengan tangan yang masih berdarah. Qaseh ada memberi tawaran ingin merawar lukanya tapi Qayish menolak. Dia telah menelfon seseorang untuk merawatnya.

"Ya Allah Qay! What happened to you?" Raina terus merempuh masuk, tangan Qayish diambil dan dilihat. Dapat Raina lihat serpihan kaca yang ada di tangan yang sudah berlumuran dengan darah itu.

"That's why I called you Doctor Raina" Ujar Qayish sinis. Tangannya ditarik, dia berjalan ke sofa dan duduk di situ. Raina menempatkan dirinya di sebelah Qayish. Kotak kecemasan yang dibawanya di buka. Dia mula melakukan aksinya sebagai doktor.

Qaseh hanya melihat dari jauh seorang wanita merawat tangan Qayish. Oh. Patutlah Qayish tidak beri dia untuk merawat luka di tangan itu. Dia dah panggil doktor cantik rupanya.

"By the way Qay, I tumpang sedih dengar berita tentang Qal. I hope he will be fine. Kesian I dekat isteri dia." Ujar Raina sambil mencuci luka Qayish. Qayish hanya diam. Matanya tajam memandang Qaseh yang berada di sebalik pintu. Dok jenguk-jenguk, cemburu ke?

"Come here" Raina berkerut dahi selepas selesai membalut bandage di tangan Qayish. Qayish bercakap dengan dia kah? Raina angkat kepala, matanya mengikut arah mata Qayish. Qayish bercakap dengan siapa?

"You cakap dengan siap-" Raina tidak dapat menghabiskan kata-katanya melihat sosok wanita yang merapati mereka. Wanita itu setia menunduk. Membulat mata Raina. Qayish simpan perempuan dalam rumah ini?!

"Qay who is she? Why she's here?" Tanya Raina. Qaseh dan Qayish dipandang bersilih ganti.

"Raina, I think this is the time you should know that.... I married. She's my wife." Ujar Qayish matanya tidak lepas memandang Qaseh yang setia menunduk.

"What?! N-no you bohong! Mustahil you dah kahwin. Aunty dengan uncle pun tak cakap apa-apa! Jangan cakap.."

"Kita orang bukan kena tangkap basah. I sendiri yang panggil Tok Kadi untuk nikahkan kami. Selebihnya, I rasa you tak perlu tahu." Ujar Qayish tenang.

"Kenapa you beritahu I? Why? You tahu kan semua ni mampu membunuh I. You know right that I love you. Since we're kid!" Raina terus tinggikan suara. Dia berdiri tegak di tengah-tengah antara Qaseh dan Qayish.

"That's why I told you about this. I tak nak beri harapan pada you. Raina you're perfect, you boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada I." Ujar Qayish lembut. Dia turut bangkit berdiri di hadapan Raina.

"No... I can't accept this." Raina mula menangis. Dia tidak dapat terima semua ini. Kenapa? Kenapa Qayish perlu kahwin dengan perempuan yang tidak tahu asal usul ini? Sangat tidak masuk akal!

"Please Qay, tell me this is not true..." Sayu suara Raina. Qayish terus menarik Raina dalam pelukan. Raina terus membalas pelukan itu. Wajahnya di sembam pada dada Qayish.

"Sorry but this is the truth. I'm married to Qaseh arnuha.." Walaupun tubuhnya dipelukan Raina tapi matanya tertumpu pada Qaseh. Kelihatan gadis itu juga ingin mengeluarkan air mata.

Dia penat. Qayish ingin hentikan semua ini. Dia mahu Raina datang ke rumahnya supaya Raina tahu dia sudah berkahwin dan akan lupakannya dalam pada masa yang sama dia juga mahu menyakitkan hati Qaseh, supaya wanita itu sendiri pergi dari hidupnya. Dia.... Dia tak layak untuk kedua-dua wanita ini. Dia tidak sempurna. He was a evil after all. He's the worst.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now