Bab 50 🌷🖤

1K 37 2
                                    

Sebulan kemudian...

Qaseh tak berhenti usap perutnya. Entah kenapa akhir-akhir ini dia rasa tak sedap hati. Terasa ada perkara buruk yang bakal buruk.

"Nuha, kenapa tak tidur lagi? Dah lewat dah ni." Setelah selesai menyiapkan kerjanya Qayish terus masuk ke dalam bilik mereka ingin melihat isterinya. Fikirnya Qaseh sudah tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam, nyatanya tidak.

Qaseh senyum sebelum tepuk lembut di sebelahnya memberi isyarat supaya Qayish bersandar di kepala katil sebelahnya. Qayish turut sebelum selitkan rambut Qaseh ke belakang telinga.

"Heyy tidurlah dah lewat ni. Kenapa? Kaki Nuha sakit ke? Nak abang urutkan?"

"Tak. Nuha cuma nak tunggu abang siapkan kerja. Nuha rinduu..." Ujar Qaseh lembut. Qayish gelak kecil. Yelah, selesai solat isyak dia terus bergerak ke bilik kerja kerana ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.

"Baru berapa jam abang tak ada dah rindu hm? Macam mana kalau abang tak ada selamanya nanti?"

Pap!

"Abang ni! Kalau Nuha cakap macam tu tahu pula nak marah. Ini abang pula cakap macam tu!" Jelingan tajam dihadiahkan. Qayish sengih.

"Sowwyy..."

Qaseh buat pekak. Langsung tidak pandang wajah suaminya. Qayish gigit bibir bawahnya sebelum dia tunduk sedikit ke perut Qaseh.

"Baby, baby cakaplah dekat mama, papa minta maaf. Papa tak sengaja, papa cuma bergurau je. Baby janganlah biarkan mama merajuk lama-lama dengan papa. Nanti papa nak kawan dengan siapa?" Qayish mencebik bibir dan membuat raut wajah sedih.

"Babyyy, cakap dekat papa kalau sekali lagi dia cakap macam tu, mama gigit dia!" Qaseh jeling tajam suaminya. Qayish terus sengih.

"Okay okay! Papa pomish dah tak cakap macam tu. Tapi dengan syaratt... Mama pun tak boleh cakap macam tu lagi! Kalau takkk... Papa yang gigit mama nanti!" Qayish buat wajah garang dan membuat gaya ingin menggigit.

Qaseh berdecit.











Qaseh perlahan-lahan buka matanya apabila samar-samar cahaya masuk di celah matanya. Qaseh toleh. Dia pandang Qayish yang sedang tertidur dengan posisi bersandar di kepala katil.

Qaseh pantas bangkit dari baring. Matanya melirik gambar di tangan suaminya. Gambar umi Qayish. Qaseh toleh melihat suaminya semula. Dapat dia lihat air mata yang sudah kering di pipi suaminya.

Itulah Qayish... Di depan Qaseh dia tunjuk raut wajah yang ceria tapi apabila Qaseh sudah tidur? Huh sepuasnya Qayish nangis sambil menatap gambar uminya.

Qaseh jatuh kasihan melihat suaminya. Nampak rasa rindu pada umi di raut wajah polos itu. Qaseh usap lembut perutnya.

"Baby, kita sama-sama doa ya supaya umi papa terima papa semula. Nanti dapatlah kita lihat kebahagiaan papa." Ujar Qaseh lembut pada perutnya. Qaseh angkat kepala semula dan usap rambut suaminya yang sedikit serabai.

"Ya Allah, Kau ambillah rasa sedih suamiku. Kembalikan ibunya. Jika aku perlu menjadi galah ganti, aku sanggup Ya Allah. Asalkan suamiku dekat dengan uminya."

Tidur Qayish terganggu dengan suara Qaseh. Perlahan-lahan matanya terbuka. Qayish tersentak melihat Qaseh dihadapannya.

"Eh sayang, kenapa bangun ni? Lapar ke? Atau kaki Nuha sakit?" Tanya Qayish bertubi-tubi sebelum matanya mengikut apa yang dilihat isterinya. Gambar umi yang berada di tangannya. Qayish terus sorokkan gambar itu dibawah bantal. Senyuman palsu diukir.

Qaseh pandang wajah suaminya. Sampai bila abang nak sorok perasaan ini? Sampai bila?!

"Abang rindukan umi?" Tanya Qaseh lembut. Qayish telan air liur.

"A-abang masih rasa serba salah Nuha. Abang masih ingat abang tinggikan suara pada umi sebab nak pertahankan Nuha dan anak kita."

Qaseh ambil tangan suaminya. Tangan yang sejuk itu digenggam erat. Qaseh tarik nafas dalam-dalam sebelum lepaskannya.

"Kalau abang rasa semua ni salah... Kita turut permintaan umi. Kita berpisah cara baik ya abang?"

"Tak. Tak sayang abang tak akan ceraikan sayang. I have told you so many time tulip... Abang pentingkan diri sendiri ke? Abang mahukan umi tapi pada masa yang sama abang mahukan isteri abang ada di sisi abang. Am I selfish?" Lirih Qayish. Dia tundukkan kepala menahan tangis.

Kenapa semua tak faham dia? Umi tak mahu maafkan dia. Isteri dia mahu dilepaskan. Kenapa? Kenapa semua orang nak pergi dari hidup dia? Dia memang tak layak untuk sesiapa ke?

Qaseh geleng laju sebelum tarik kepala Qayish bersandar di bahunya "Takk... Abang janganlah macam ni. Nuha cuma tak nak tengok abang sedih menanggung rindu pada umi."

"Nuha tahu? Abang lebih sedih bila Nuha minta dilepaskan. Nuha tahukan abang dah tak ada sesiapa. Hanya Nuha saja. Nuha saja yang ada dengan abang sekarang. Tapi bila Nuha minta dilepaskan tadi abang rasa separuh dari nyawa abang dah hilang. Tolongg... Jangan cakap macam tu."

"Nuha minta maaf. Nuha cuma nak umi terima abang semula. Biarlah Nuha terus dibenci tapi bukan abang."

"Abang lebih rela dibenci daripada Nuha tinggalkan abang."

"I'm sorry abang..." Sayu suara Qaseh. Qayish terus jauhkan diri dari Qaseh.

"Nuha sambunglah tidur Nuha. Maaf abang dah ganggu tidur Nuha. Abang keluar dulu. Jangan tunggu abang." Ujar Qayish perlahan sebelum berlalu pergi. Qaseh tundukkan kepala. Argh! Kenapa bodoh sangat dia ini!

Berdosanya dia sudah buat suaminya sedih.

"Maafkan Nuha abang..."

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now